Pelanggan Bank Islam pasti sudah mengetahui mengenai perkhidmatan Mobile Banking atau Internet Banking yang disediakan oleh bank. Perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan transaksi pelanggan.
Perkhidmatan Mobile Banking Bank Islam dikenali sebagai GO by Bank Islam, dan Internet Banking Bank Islam dikenali sebagai Bank Islam IB. Dengan memiliki salah satu perkhidmatan ini, transaksi kewangan Anda boleh dilakukan melalui telefon bimbit atau laptop.
Namun dengan nota bahawa Anda sudah mempunyai akses untuk masuk atau log masuk ke perkhidmatan, seperti User ID dan kata laluan/PIN. Untuk mendapatkannya, sila daftar dengan datang ke pejabat cawangan bank Islam.
Walau bagaimanapun, Anda tidak perlu risau sekiranya Anda terlupa User ID dan kata laluan Bank Islam online banking. Di sini kami kongsikan cara mengembalikan akses profil akaun Bank Islam jika Anda terlupa.
Sebab Lupa Kata Laluan dan User ID
Ada beberapa faktor/sebab kenapa Anda lupa kata laluan atau dan User ID Bank Islam IB. Secara amnya, pelanggan atau pengguna perkhidmatan Internet Banking Bank Islam adalah sebagai berikut.
- User ID dan kata laluan sukar di ingat
- Terdapat gabungan huruf, simbol dan nombor
- Sudah tukar kata laluan baru tetapi masih ingat kata laluan lama
- Sudah lama tak log masuk internet banking Bank Islam
Syarat Dapatkan User ID dan Password
Berikut adalah senarai syarat yang mesti Anda sediakan terlebih dahulu.
- Kad Debit/Credit
- No Handphone yang telah berdaftar di Bank Islam IB
Macam mana jika kad bank Islam hilang, apa perlu buat? tak perlu risau, sila baca artikel cara dapatkan kad bank Islam hilang.
Dan jika no handphone bank Islam juga hilang atau sudah tukar ke nombor baru, sila baca artikel cara tukar no telefon Bank Islam.
Lupa Username dan Password Bank Islam
Cara dapatkan semula akses akaun Bank Islam jika terlupa User ID dan Password Bank Islam.
- Buka website Bank Islam https://www.bankislam.biz
- Klik Internet Banking.
- Klik Forgot User ID/Password.
- Masukkan ATM Card/Debit Card No.
- Masukkan ATM PIN Kad Anda.
- Klik Continue.
- Klik Request i-Access Code.
- Masukkan i-Access Code yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- Klik Continue.
- Kemudian, User ID Anda akan dipaparkan.
- Klik Reset Password.
- Sila cipta Password Baru.
- Pada Confirm Password, masukkan sekali lagi password baru Anda.
- Klik Submit.
- Tahniah, Anda berjaya dapatkan semula User ID dan Password Anda.
Itulah panduan cara dapatkan kembali User ID dan Password Bank Islam online banking, semoga membantu.