Anda pasti dah selalu dengar pasal kod TAC ni kan? Fungsi TAC ni untuk jadikan urusan perbankan Anda lagi selamat.
Tapi ada la situasi yang TAC tak boleh guna, contohnya bila Anda kehilangan nombor telefon atau tak boleh akses nombor tu.
Anda yang kehilangan nombor telefon tu tak boleh guna TAC dari Alliance Bank sebagai cara verify urusan perbankan Anda.
TAC tu akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang berdaftar dengan akaun perbankan Anda. Jadi, kalau nombor tu dah tak boleh akses, TAC pun tak boleh diterima.
Tapi jangan risau, kalau macam tu Anda kena la cepat-cepat hubungi bank untuk tukar nombor telefon dalam akaun Anda.
Lepas tu, Anda boleh la minta kod TAC yang baru melalui aplikasi mobile banking AllianceOnline atau internet banking Alliance.
Tapi Anda kena ingat, tukar nombor telefon tu kena la berhati-hati dan ikut prosedur bank betul-betul.
Pastikan Anda bagi maklumat yang sah dan terverifikasi supaya tak kena tipu atau jadi mangsa jenayah yang merugikan Anda.
Apakah TAC Fungsi Alliance Online
TAC (Transaction Authorization Code) dalam Alliance Online adalah kod pengesahan yang digunakan untuk mengesahkan transaksi perbankan dalam akaun perbankan pengguna di Alliance Bank.
Kod TAC dihantar ke nombor telefon bimbit yang terdaftar dalam akaun perbankan pengguna melalui SMS.
Apabila pengguna ingin melakukan transaksi perbankan seperti pindahan wang, pembayaran bil atau pembelian dalam talian, Anda akan diminta untuk memasukkan kod TAC sebagai pengesahan. Setelah Anda memasukkan kod TAC yang betul, transaksi perbankan Anda akan diluluskan.
TAC merupakan satu lagi lapisan keselamatan yang digunakan oleh Alliance Bank untuk memastikan bahawa transaksi perbankan Anda selamat dan terjamin. Fungsi ni membantu mengurangkan risiko penipuan dan penggunaan akaun perbankan secara tidak sah.
Penting untuk diingat bahawa kod TAC tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. Jangan pernah berkongsi kod TAC dengan orang lain, termasuk dengan wakil Alliance Bank atau orang yang mengaku dari pihak bank.
Selalu pastikan bahawa nombor telefon bimbit Anda yang terdaftar dalam akaun perbankan adalah betul dan sentiasa dikemaskini bagi memastikan Anda menerima kod TAC dengan cepat dan selamat.
Di bawah ni kami kongsikan cara-cara untuk tukar no telefon Alliance Bank.
Kemaskini Nombor Telefon Alliance Bank di ATM
Langkah-langkah cara kemaskini nombor telefon Alliance Bank di ATM:
- Pergi ke mesin ATM Alliance Bank yang berdekatan.
- Pilih English.
- Masukkan PIN kad ATM Anda.
- Pilih Other Services
- Pilih More Services
- Pilih Internet Banking Handphone Update
- Masukkan nombor telefon baru Anda. Lepas tu tekan Press If Correct.
- Sahkan penukaran, tekan Yes.
- Selesai.
Lepas update no HP Alliance Bank di ATM, Anda boleh semak baki akaun Alliance Bank untuk melihat baki terkini.
Kemaskini No HP Alliance Bank di Cawangan
Langkah-langkah cara kemaskini no HP Alliance Bank di kaunter:
- Pergi ke cawangan Alliance Bank yang berdekatan.
- Sila bawa kad pengenalan dan no telefon baru Anda.
- Ambil nombor giliran untuk bahagian Customer Service/khidmat pelanggan.
- Lepas nombor giliaran Anda dipanggil, sila beritahu pegawai bank kalau Anda nak tukar no telefon lama dengan yang baru.
- Berikan alasan kenapa Anda nak tukar no telefon lama dengan yang baru, contoh no telefon lama dah expired, hilang atau rosak.
- Pegawai bank akan minta no kad pengenalan dan no telefon baru Anda.
- Tunggu sekejap, no telefon dah berjaya dikemaskini.
- Selesai.
Update No HP Alliance Bank Online
Untuk keselamatan pelanggan, buat masa ni tiada perkhidmatan penukaran no telefon secara online.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara tukar no telefon Alliance Bank, Anda boleh layari web rasmi www.alliancebank.com.my