Bagaimana cara tukar limit transfer OCBC Bank? Aktiviti transfer wang secara online sudah biasa banyak orang lakukan untuk memenuhi kebutuhan/keperluan harian, seperti membeli baju, makanan, bayar gaji, bagi pinjam kawan dan banyak lagi.
Dan pernahkah terjadi kepada Anda semasa mahu transfer wang dalam jumlah yang besar tetapi transaksi tersebut gagal? Mungkin Anda tertanya-tanya kenapa dapat gagal dan apa perlu buat agar transaksi tersebut dapat berjaya?
Gagal transfer wang boleh terjadi kerana beberapa hal, seperti tiada cukup wang di akaun, salah memasukkan kod OTP/TAC dan limit transfer pada akaun bank Anda belum di ubah. Sebetulnya, sebelum Anda membuat transfer wang kepada orang lain, Anda mestilah mengetahui berapa baki terkini dan limit transfer yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, OCBC Bank membenarkan pelanggan meningkatkan had transfer sehingga RM30,000 untuk dana harian. Anda juga dapat menukar had pemindahan OCBC Bank secara online. Sekarang kami akan kongsikan kepada Anda cara tukar limit transfer OCBC bank internet banking agar transaksi wang dalam jumlah besar dapat berjaya.
Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank
Ikuti langkah-langkah cara tukar limit transfer OCBC Bank di bawah ini:
- Buka laman website OCBC Bank https://internet.ocbc.com.my
- Masukkan Login ID akaun Anda.
- Klik Next.
- Klik Confirm, untuk sahkan Security Phrase dan Security Image.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Seterusnya, pada menu atas klik Payments & Transfers>To An Account.
- Klik Update Transaction Limits.
- Pada Regular Transfer & Enets, pilih Had limit baru yang Anda inginkan.
- Kemudian, pilih Transaksi lain yang Anda ingin ubah limitnya.
- Selepas selesai, klik Next.
- Semak butiran yang tadi Anda ubah dan klik Submit.
- Kemudian, masukkan Kod OTP yang dihantar ke handphone Anda.
- Klik Confirm dan Klik Done.
- Selesai.
Baca juga langkah cara tukar no telefon OCBC Bank jika no HP Anda di block atau hilang.
FAQ Tukar Limit Transfer OCBC Bank
Beberapa soalan lazim berkaitan dengan transfer OCBC Bank.
1. Berapakah limit tukar maksimum transfer OCBC Bank?
Anda dapat menukar had transfer melalui perbankan internet dengan jumlah maksimum yang dibenarkan untuk 3rd Party dan antara bank ialah RM30,000 sehari.
2. Bolehkah saya memilih akaun yang saya ingin daftarkan untuk DuitNow?
Ya, Anda boleh menukar akaun Anda sebaik sahaja ciri tersedia di Internet OCBC atau Perbankan Mudah Alih dan di mana-mana cawangan OCBC Bank mulai Disember 2018
3. Adakah yuran dan caj jika menggunakan online banking OCBC Bank?
Perbankan online adalah percuma. Walau bagaimanapun, yuran transaksi standard untuk sesetengah perkhidmatan perbankan mungkin dikenakan.
Sekiranya Anda menggunakan internet banking untuk pemindahan wang dengan jumlah yang besar (melebihi RM30,000) dan transaksi tersebut gagal, Anda dinasihatkan untuk pergi ke juruwang/kaunter untuk meminta bantuan pemindahan, sebab di juruwang tiada had.