Macam mana cara tukar limit transfer BSN? Had transfer MyBSN mempunyai jumlah yang telah ditetapkan. Had pemindahan harian BSN bertujuan untuk melindungi pelanggan daripada perbuatan jenayah seperti penyalahgunaan kad ATM atau kehilangan hak akses akaun BSN. Had maksimum transfer dibezakan berdasarkan jenis transaksi yang digunakan oleh pelanggan.
MyBSN ialah produk perbankan elektronik daripada BSN. Kemudahan transaksi dan keselamatan yang terjamin menjadikan aplikasi ini seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan moden, yang kini kebanyakannya berasaskan digital.
MyBSN memberikan had transfer pembayaran, yang bermakna pelanggan hanya boleh membuat pembayaran dengan jumlah maksimum yang dibenarkan oleh bank. Sekiranya Anda ingin ubah limit transfer BSN, Anda boleh ikuti cara yang kami kongsikan berikut ini.
Cara Tukar Limit Transfer BSN
Ikuti langkah-langkah cara tukar had transfer MyBSN berikut ini.
- Lawati pautan rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
- Masukkan Username akaun BSN Anda.
- Klik Login.
- Klik Yes, untuk sahkan Security Image Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Manage Account.
- Kemudian, klik Update Transaction Limit.
- Sila pilih jenis transaksi yang Anda ingin tukar limit.
- Misalnya, klik 3rd Party Fund Transfer (Anda juga boleh menukar lebih dari satu)
- Klik Next.
- Masukkan Jumlah Limit Baru yang Anda inginkan.
- Klik Submit.
- Klik Request TAC.
- Masukkan Nombor TAC yang dihantar ke handphone Anda melalui SMS.
- Klik Confirm.
- Tahniah, Anda berjaya tukar limit transfer BSN.
Nota: Tiada sebarang caj yang dikenakan apabila Anda menukar limit transfer.
Baca juga langkah cara tukar nombor telefon BSN.
Soalan Lazim
Senari soalan lazim di bawah ini kerap orang tanyakan:
1. Macam mana saya boleh menyemak Rekod Pemindahan Dana saya?
Selepas Anda login, sila klik Account Overview dan pilih akaun Anda. Kemudian, klik View MyBSN Transaction History. Rekod Pemindahan Dana Anda akan dipaparkan dan yang akan dapat dilihat iaitu pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.
2. Bolehkah saya buat pemindahan dana ke bank lain?
Ya. Boleh. Anda boleh pindahan dana ke bank lain dengan menggunakan GIRO Antara Bank (IBG) melalui MyBSN.
3. Berapa lama masa diambil bagi dana dipindahkan kepada akaun bank lain?
Seperti perkhidmatan IBG lain, pemindahan dana diselesaikan dalam masa 3 hari bekerja.
Itulah panduan langkah-langkah cara tukar transfer limit yang dapat kami kongsikan. Sekiranya, ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Centre BSN di 1300-88-1900