Cara Tukar Kad ATM Bank Muamalat
Cara Tukar Kad ATM Bank Muamalat

Cara Tukar Kad ATM Bank Muamalat Expired Rosak

Posted on

Anda pemegang atau pemilik akaun Bank Muamalat? Dah check tempoh aktif kad Bank Muamalat Anda ke? Sekiranya kad ATM Anda hampir tamat tempoh atau expired, sila renew kad ATM Bank Muamalat Anda segera.

Untuk makluman, kad ATM debit yang telah tamat tempoh kebiasannya tidak boleh digunakan untuk transaksi di mesin ATM contoh keluarkan wang. Tapi Anda boleh lagi buat transfer online guna online banking i-Muamalat.

Cara tukar kad debit Bank Muamalat tamat tempoh, rosak atau expired sangat mudah. Berikut kami kongsikan langkah-langkahnya.

Cara Tukar Kad ATM Bank Muamalat
Cara Tukar Kad ATM Bank Muamalat

Syarat Renew Kad Bank Muamalat Tamat Tempoh

Berikut adalah syarat yang diperlukan untuk penggantian kad ATM Bank Muamalat.

  • Anda merupakan pemegang atau pemilik kad ATM
  • Mengisi borang kemaskini kad debit (borang akan diberikan oleh staff bank)
  • Membawa kad pengenalan seperti MyKad (IC) atau Kad ID Polis atau Tentera atau Passport
  • Baki dalam akaun bank mesti sedia RM15 (pembayaran untuk kad baru RM12 di tolak dari akaun bank)

Cara Tukar Kad ATM Bank Muamalat

Sila ikuti langkah-langkah berikut ini untuk penggantian kad ATM lama dengan yang baru.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan/branch Bank Muamalat terdekat.
  2. Bawa kad pengenalan dan kad ATM lama
  3. Sesampai di branch, tanya pegawai bank/guard yang bertugas. Beritahu dia bahawa Anda ingin tukar kad ATM expired atau tamat tempoh
  4. Selepas itu pegawai bank akan berikan Anda nombor giliran
  5. Sekiranya no giliran Anda dah dipanggil, Anda akan diberi borang untuk Anda kemaskini sila isikan maklumat lengkap dan detail
  6. Selepas Anda lengkapkan borang tersebut, sila berikan borang tersebut kepada pegawai bank
  7. Serahkan kad ATM lama pada pegawai bank, pegawai bank akan renew kad ATM Bank Muamalat baru
  8. Kemudian Anda mesti masukkan nombor PIN ATM
  9. Selesai

Cara Tukar Kad Debit Bank Muamalat Online

Ramai yang bertanyakan, boleh ke tukar kad ATM Bank Muamalat expired atau tamat tempoh secara online?

Kami telah confirm kepada Bank Muamalat, bahawa bagi urusan penukaran kad Bank Muamalat yang baru, ia boleh dilakukan melalui cawangan Bank Muamalat sahaja buat masa ini.

Jadi, sila kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat untuk penukaran kad debit Bank Muamalat Anda. Temujanji Bank Muamalat tidak diperlukan untuk penggantian kad.

Soalan Lazim

1. Setelah Kad ATM saya diperbaharui, adakah kad ATM yang lama masih boleh digunakan?

Kad ATM lama akan dibatalkan secara automatik. Anda tidak lagi boleh menggunakan kad lama.

2. Adakah saya perlu membawa Kad Pengenalan semasa saya pergi ke cawangan?

Ya, sila bawa bersama MyKad atau Pasport Anda (untuk warga negara asing) bersama-sama Kad ATM yang akan tamat tempoh untuk tujuan pengesahan

3. Adakah nombor kad gantian baharu (kad ATM baru) adalah sama atau adakah saya boleh mengekalkan nombor yang sama seperti Kad saya yang tamat tempoh?

Tidak. Nombor kad gantian tidak akan sama dan Anda akan diberikan enam belas (16) digit nombor Kad ATM baharu. Anda tidak akan dapat mengekalkan nombor lama seperti kad Anda yang telah tamat tempoh.

4. Adakah saya perlu memperbaharui Penyedia Perkhidmatan Bayaran Berulang (Auto-Debit) saya contoh ASTRO, TNB, Unifi, Maxis, dll dan memautkannya ke nombor kad baharu saya?

Ya. Anda perlu mengemas kini semua Penyedia Perkhidmatan Pembayaran Berulang Anda untuk memautkan akaun Auto-Debit Anda dengan nombor Kad Debit-i (ganti) baharu Anda dan tarikh tamat tempoh untuk terus menikmati perkhidmatan Anda tanpa sebarang gangguan.

5. Adakah PIN Kad ATM saya turut terjejas dengan perubahan ini? Adakah saya perlu menetapkan nombor PIN baharu?

Semasa penggantian kad di cawangan, staff Bank Muamalat yang bertugas akan menasihati Anda tentang pilihan untuk Anda berkaitan dengan PIN Anda.