Cara Transfer Guna Mesin ATM Bank Islam
Cara Transfer Guna Mesin ATM Bank Islam

Cara Transfer Guna Mesin ATM Bank Islam IBG IBFT

Posted on

Dalam dunia perbankan masa kini, kemudahan untuk transfer duit adalah satu perkara yang paling penting bagi semua orang. Salah satu cara yang paling popular adalah melalui mesin ATM.

Bagi Anda yang menggunakan perkhidmatan Bank Islam, Anda mungkin tertanya-tanya cara nak transfer duit guna mesin ATM mereka, terutamanya menggunakan perkhidmatan seperti IBG (Interbank Giro) dan IBFT (Interbank Fund Transfer).

Perkongsian kali ini kami akan berkongsi panduan ringkas cara nak transfer duit guna mesin ATM Bank Islam menggunakan IBG dan IBFT.

Cara Transfer Guna Mesin ATM Bank Islam
Cara Transfer Guna Mesin ATM Bank Islam

Pindahan Segera (MEPS IBFT)

MEPS IBFT adalah satu sistem yang membolehkan kita untuk mentransfer wang dari akaun Bank Islam kita kepada akaun bank lain di Malaysia.

Ia adalah cara yang sangat cepat dan mudah untuk buat pemindahan duit tanpa perlu ke bank fizikal atau mesin ATM.

Bagaimana Cara Nak Guna MEPS IBFT

Ok, sekarang kita nak terangkan macam mana nak guna MEPS IBFT. Anda boleh buat ini dengan mudah melalui cawangan Bank Islam, mesin ATM Bank Islam, atau pun online banking.

  • Bank Islam Cawangan: Kalau Anda pergi ke cawangan Bank Islam, pergi ke kaunter dan beritahu pegawai bank Anda nak buat MEPS IBFT. Bagitahu mereka maklumat penerima, nombor akaun, dan jumlah yang nak dipindahkan.
  • Mesin ATM Bank Islam: Anda boleh juga guna mesin ATM Bank Islam. Masukkan kad ATM dan PIN macam biasa. Ikut arahan yang keluar di skrin, masukkan maklumat yang diperlukan, dan konfirmasi transaksi tu.
  • Online Banking: Cara paling senang adalah melalui online banking. Daftar masuk ke akaun online banking Anda, pilih MEPS IBFT, masukkan maklumat yang diperlukan, dan konfirmasi pemindahan wang.

Berapa Lama Pemindahan MEPS IBFT Ambil Masa?

Biasanya, pemindahan MEPS IBFT adalah sangat pantas. Dalam masa beberapa minit, duit Anda akan sampai ke akaun penerima.

Tapi, pastikan Anda buat pemindahan dalam waktu operasi bank. Kalau buat lepas waktu operasi, pemindahan mungkin akan ambil masa lebih lama.

Cara Transfer MEPS IBFT Bank Islam

Cara pindahan segera (MEPS IBFT) di ATM Bank Islam:

  1. Masukkan kad ATM Anda ke dalam mesin ATM.
  2. Pilih bahasa yang Anda fahami daripada pilihan yang diberikan.
  3. Masukkan nombor peribadi (PIN) Anda untuk mengesahkan identiti.
  4. Pilih Transaksi Bank Islam daripada menu utama mesin ATM.
  5. Di dalam menu Transaksi Bank Islam, pilih Pindahan Wang.
  6. Dalam menu Pindahan Wang, pilih Pindahan Ke MEPS IBFT.
  7. Mesin ATM akan meminta Anda untuk menekan butang TERUSKAN jika Anda bersetuju bahawa nama Anda akan didedahkan kepada penerima jika diminta. Tekan TERUSKAN jika bersetuju.
  8. Pilih akaun yang akan didebitkan jika Anda mempunyai lebih dari satu akaun dalam bank ini.
  9. Sila pilih jenis akaun yang akan dikreditkan (contohnya, akaun simpanan atau akaun semasa).
  10. Masukkan kod bank penerima yang Anda ingin transfer duit kepadanya, kemudian tekan butang BETUL.
  11. Masukkan nombor akaun penerima dan tekan BETUL.
  12. Masukkan amaun yang Anda ingin pindahkan, dan tekan BETUL.
  13. Semak butiran transaksi yang telah dimasukkan, pastikan semuanya betul. Kemudian, tekan butang Sahkan untuk melengkapkan transaksi.
  14. Mesin ATM akan mengeluarkan resit sebagai bukti transaksi. Ambillah resit ini dan simpan sebagai rekod.
  15. Jika Anda tidak mempunyai urusniaga lain yang ingin dilakukan, tekan TIDAK untuk menamatkan sesi transaksi dan ambil kad ATM Anda.

Ingatlah bahawa had pindahan termasuk pindahan ke Bank Islam, IBFT, IBG, dan Tabung Haji.

Pindahan GIRO (IBG)

IBG ni kependekan untuk Interbank Giro, yang bermaksud Anda boleh transfer duit dari akaun Bank Islam Anda ke akaun bank lain dalam Malaysia.

Ia adalah cara yang selamat dan murah untuk buat pemindahan wang.

Cara Nak Gunakan IBG Bank Islam

Nak tahu macam mana nak guna IBG? Senang je! Anda boleh buat ini melalui beberapa cara:

  • Bank Islam Cawangan: Kalau Anda suka pegi bank, pergilah ke cawangan Bank Islam dan beritahu pegawai bank Anda nak buat IBG. Bagitahu mereka maklumat penerima, nombor akaun, dan jumlah yang nak dipindahkan.
  • Mesin ATM Bank Islam: Anda juga boleh guna mesin ATM Bank Islam. Masukkan kad ATM dan PIN macam biasa. Lepas tu, pilih Pindahan Giro (IBG). Ikut arahan yang keluar di skrin, masukkan maklumat yang diperlukan, dan konfirmasi transaksi tu.
  • Online Banking: Log masuk ke akaun online banking Anda, pilih IBG, masukkan maklumat penerima, nombor akaun, dan jumlah wang yang nak dipindahkan.

Berapa Lama IBG Ambil Masa

Biasanya, pemindahan akan ambil masa sehari bekerja atau dua hari bekerja untuk sampai ke akaun penerima. Jadi, kalau Anda takde keperluan nak segera, IBG ni pilihan yang ok.

Untuk lebih faham, Anda boleh rujuk artikel IBG transfer berapa hari duit masuk akaun bank penerima.

Cara Transfer IBG GIRO Bank Islam

Cara pindahan GIRO (IBG) di ATM Bank Islam:

  1. Masukkan kad ATM Anda ke dalam mesin ATM.
  2. Pilih bahasa diberikan.
  3. Masukkan PIN Anda.
  4. Pilih Transaksi Bank Islam.
  5. Dalam menu Transaksi Bank Islam, pilih Pindahan Wang.
  6. Di dalam menu Pindahan Wang, pilih Pindahan GIRO (IBG).
  7. Mesin ATM akan meminta Anda untuk menekan butang TERUSKAN jika Anda bersetuju bahawa caj dan waktu sebenar dana dikreditkan bergantung kepada bank penerima. Tekan TERUSKAN jika bersetuju.
  8. Pilih akaun yang akan didebitkan jika Anda mempunyai lebih dari satu akaun dalam bank ini (jika ada).
  9. Isikan kod bank penerima yang Anda ingin transfer duit kepadanya, kemudian tekan butang TERUSKAN.
  10. Isikan no akaun penerima dan tekan BETUL.
  11. Isikan amaun yang Anda ingin pindahkan, dan tekan BETUL.
  12. Semak butiran transaksi yang telah dimasukkan, pastikan semuanya betul. Kemudian, tekan butang Sahkan untuk melengkapkan transaksi.
  13. Ambillah resit yang keluar dari mesin ATM dan simpan sebagai rekod.
  14. Jika tidak ada urusniaga lain yang ingin dilakukan, tekan TIDAK untuk menamatkan sesi transaksi dan ambil kad ATM Anda.

Pemindahan Wang ke Pihak Ketiga (Bank Islam ke Bank Islam)

Pemindahan Wang ke Pihak Ketiga dalam Bank Islam merujuk kepada proses memindahkan duit dari akaun Bank Islam Anda ke akaun Bank Islam orang lain.

Jadi, maksudnya, Anda nak transfer duit dalam bank yang sama. Kenapa Anda mungkin nak buat benda ni?

Contohnya, kalau Anda nak bayar hutang kawan atau nak masukkan duit dalam akaun keluarga, cara ni memang mudah.

Cara Transfer Bank Islam ke Bank Islam

Jadi, berikut adalah cara-cara nak buat Pemindahan Wang ke Pihak Ketiga (Bank Islam ke Bank Islam):

  1. Masukkan kad ATM Anda ke dalam mesin ATM.
  2. Pilih bahasa yang Anda fahami daripada pilihan yang diberikan.
  3. Masukkan nombor peribadi (PIN) Anda untuk mengesahkan identiti.
  4. Pilih Transaksi Bank Islam daripada menu utama mesin ATM.
  5. Dalam menu Transaksi Bank Islam, pilih Pindahan Wang.
  6. Pilih transaksi Pindahan ke akaun Bank Islam.
  7. Pilih akaun yang akan didebitkan (akaun Anda) untuk transfer duit.
  8. Jika Anda nak transfer ke akaun lain dalam Bank Islam (contohnya, akaun keluarga), pilih Lain-lain untuk akaun yang akan dikreditkan, jika ada.
  9. Masukkan nombor akaun yang Anda nak transfer duit kepadanya, kemudian tekan butang BETUL.
  10. Masukkan amaun yang Anda ingin pindahkan, dan tekan BETUL.
  11. Semak butiran transaksi yang telah dimasukkan, pastikan semuanya betul. Kemudian, tekan butang Sahkan untuk melengkapkan transaksi.
  12. Mesin ATM akan mengeluarkan resit sebagai bukti transaksi. Ambillah resit ini dan simpan sebagai rekod.
  13. Sekiranya Anda tidak mempunyai urusniaga lain yang ingin dilakukan, tekan TIDAK untuk menamatkan sesi transaksi dan ambil kad ATM Anda.

Maksimum Pindahan IBG, MEPS IBFT dan Pemindahan Wang Ke Pihak Ketiga

Maksimum pindahan untuk IBG (Interbank Giro), MEPS IBFT, dan Pemindahan Wang ke Pihak Ketiga di mesin ATM Bank Islam adalah RM30,000.

Jadi, kalau Anda nak transfer duit dalam jumlah yang lebih besar daripada tu, Anda mungkin perlu gunakan kaedah yang lain atau datang ke cawangan Bank Islam untuk uruskan pemindahan wang Anda.

Tapi untuk pemindahan dalam jumlah biasa, RM30,000 tu memadai.