Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang baik atau sebaliknya mengenai produk ASB loan (Amanah Saham Bumiputera) yang telah digunakan.
Nah, ini boleh menjadi pengalaman buruk yang berlaku atau terdapat beberapa ketakserasian yang Anda lihat ketika Anda membuat pinjaman ASB. Sehingga Anda akhirnya memilih untuk tamatkan ASB loan.
ASB biasanya akan menampung permintaan pembatalan pinjaman. Ini adalah hak calon pelanggan atau yang telah menjadi pelanggan.
Cara Terminate ASB Loan
Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk melabur wang dalam jumlah yang besar, boleh menggunakan pelaburan ASB sehingga kewangan Anda akan teruruskan dengan baik.
Namun sayangnya, banyak orang tidak mampu untuk membayar ASB loan kerana hal lain seperti harus membayar ansuran kereta, bil elektrik, rumah dan lain-lain.
Ada juga orang yang kurang begitu yakin dengan ASB, kerana dividen tahunan ASB mula turun sejak 2-3 tahun lepas. Kerana hal tersebut, ramai orang yang mahu tamatkan ASB loan lebih cepat.
Ada tiga bank yang menawarkan ASB Loan iaitu Maybank, RHB dan CIMB, berikut adalah cara tutup ASB loan kepada tiga bank tersebut:
Cara Pembatalan ASB Loan Maybank
Cara terminate pinjaman ASB loan Maybank mudah sahaja, hal yang perlu Anda bawa adalah kad pengenalan (IC), nombor akaun pinjaman ASB loan Anda.
- Sila pergi ke cawangan Maybank terdekat.
- Maklumkan bahawa Anda ingin tutup akaun ASB loan Anda.
- Pegawai bank akan semak status akaun pinjaman Anda.
- Pegawai bank akan memberikan borang untuk terminate ASB loan, sila isi borang tersebut.
- Sila tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga Anda mendapat balik bayaran Anda.
Untuk makluman, proses pembatalan akaun pinjaman ASB akan mengambil masa tempoh 2-3 bulan. Walau bagaimanapun, Maybank cadangkan Anda untuk merujuk dan berhubung dengan cawangan asal bagi akaun akaun pinjaman ASB tersebut untuk bantuan dan semakan lanjut.
Selagi akaun pinjaman ASB tersebut masih belum dibatalkan, Anda perlu melakukan pembayaran bulanan seperti biasa.
Cara Pembatalan ASB Loan RHB
Pastikan membawa kad pengenalan (IC) untuk tamatkan pinjaman ASB Anda di RHB Bank.
- Sila pergi ke cawangan RHB yang mula-mula Anda apply loan ASB.
- Sampai ke kaunter pertanyaan RHB, maklumkan bahawa Anda ingin tutup akaun ASB loan Anda.
- Pegawai bank akan semak status akaun pinjaman Anda, sekiranya pinjaman Anda itu masih belum cukup 36 bulan bayaran maka pihak bank akan menggalakkan untuk membatalkan pinjaman kerana akan dikenakan denda. Tetapi, sekiranya ASB loan Anda sudah melebihi 36 bulan dan ke atas, maka Anda boleh memilih untuk terminate.
- Pegawai bank akan memberikan borang untuk pembatalan ASB loan, sila isi borang tersebut.
- Sila tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga Anda mendapat jualan balik.
Harap maklum bagi perkara berkenaan pinjaman ASB, Anda boleh menghubungi pihak RHB di talian 03-26106000 dan mereka akan berikan bantuan yang diperlukan.
Cara Pembatalan ASB Loan CIMB
Sama seperti 2 cara diatas, Anda mesti membawa kad pengenalan (IC) supaya pihak bank dapat semak nombor ASB Anda.
- Sila pergi ke cawangan CIMB bank terdekat.
- Maklumkan bahawa Anda ingin tutup akaun ASB loan Anda.
- Pegawai bank akan semak status akaun pinjaman Anda.
- Pegawai bank akan memberikan borang untuk tutup ASB loan, sila isi borang tersebut.
- Sila tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga Anda mendapat balik bayaran CIMB.
Cara Terminate ASB Loan Online
Pada masa ini cara terminate ASB loan secara online belum tersedia. Pelanggan ASB perlu kunjungi cawangan yang mula-mula Anda apply loan ASB, sila buat pembatalan di cawangan tersebut.
Sekiranya Anda apply melalui agen RHB sila pergi bank RHB, kalau agen CIMB pergi bank CIMB. Jangan Anda buat di Maybank pergi tutup di RHB. Hal tersebut hanya akan buang masa je nanti.
Itulah cara nak cancel ASB loan Maybank, CIMB dan RHB bank, mudah sahaja kan? Sila semak baki akaun CIMB, Maybank dan RHB secara online untuk melihat wang ASB sudah masuk atau belum.