Temujanji Bank Islam
Temujanji Bank Islam

Temujanji Bank Islam

Posted on

Ramai yang bertanyakan kenapa perlu buat temujanji Bank Islam online terlebih dahulu sebelum kena pergi ke bank dan macam mana cara buat permohonan temujanji Bank Islam?

Kenapa perlu buat temu janji Bank Islam? Sebab, Bank Islam di Malaysia sedang mengalami pertambahan jumlah pelanggan baru yang ingin membuka akaun bank.

Untuk cara daftar temujanji Bank Islam secara online mudah sahaja, sila baca penuh artikel ini.

Temujanji Bank Islam
Temujanji Bank Islam

Cara Buat Temujanji Bank Islam Online

Bagi buat permohonan appointment atau temu janji Bank Islam melalui online, Anda boleh gunakan peranti smartphone (handphone) atau laptop. Seterusnya ikuti panduan di bawah ini.

  1. Klik pautan https://vao.bankislam.com.my/BOBA/ untuk memohon tarikh janji temu untuk pembukaan akaun baru.
  2. Isikan maklumat seperti Nama Penuh, No Telefon, Emel, Office (optional), Office Number (optional), pilih produk dan cawangan Bank Islam terdekat. Borang Temujanji Bank Islam
  3. Klik butang Send.
  4. Selepas Anda hantar borang tersebut, pegawai Bank Islam akan menghubungi Anda untuk memberi tarikh dan waktu temujanji.

Nota: Pastikan maklumat yang Anda masukkan betul agar memudahkan proses pengesahan/verifikasi. Sekiranya Anda adalah seorang pelajar dan ingin buka akaun Bank Islam, pada ruangan Office sila isikan pelajar/student account untuk memudahkan urusan pembukaan akaun pelajar.

Notis rasmi dari Bank Islam mengenai cara mohon temujanji online bagi mengelakkan kesesakan di cawangan yang mahu dikunjungi serta waktu operasi bagi cawangan di seluruh Negeri.

Waktu Operasi Bank Islam

Waktu Operasi Bank Islam

Sebelum Anda pergi ke cawangan bank, pastikan Anda telah mengetahui maklumat waktu operasi Bank Islam terbaru di bawah ini.

WilayahWaktu Operasi
SemenanjungIsnin - Jumaat : 9.30 pagi - 4.30 petang
Kelantan & TerengganuAhad - Khamis : 9.30 pagi - 4.30 petang
Sabah, Sarawak & WP LabuanIsnin - Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim yang kerap ditanyakan.

1. Kalau nak renew expired card kena buat temu janji juga ke? atau boleh walk in ya?

Sila datang terus ke cawangan Bank Islam terdekat lebih pagi agar Anda mendapat nombor giliran lebih awal sehingga proses renew kad bank Islam expired dapat dilakukan dengan cepat. Tak perlu buat temujanji dahulu.

2. Bagaimana nak tukar nombor telefon di online banking?

Sila baca artikel cara tukar no telefon Bank Islam.

3. Macam mana cara dapatkan statement Bank Islam?

Untuk print penyata bank Islam mudah sahaja, boleh lihat artikel cara dapatkan penyata akaun Bank Islam secara online.

4. Kalau account tak aktif dah? Nak aktifkan balik kena buat apa?

Perlu ke cawangan Bank Islam untuk aktifkan semula akaun tersebut. Sila bawa kad pengenalan asal dan pelanggan diminta untuk melakukan transaksi melalui kaunter ya.

Boleh rujuk pada website Bank Islam untuk semak waktu operasi cawangan.

5. Saya nak buka akaun anak untuk tujuan PTPTN. Bolehkah saya terus pergi ke Bank?

Boleh terus ke cawangan untuk pembukaan akaun. Sila bawa kad pengenalan, sijil lahir dan juga surat tawaran belajar.

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan Bank Islam, Anda boleh hubungi Bank Islam di di 0326 900 900 atau melalui akaun media sosial rasmi Bank Islam.