Tempoh Cek Masuk Dalam Akaun Maybank Bank In

Posted on

Semalam aku baru lepas hantar cek Maybank kat mesin deposit. Aku tak tau la kenapa, tetiba je rasa macam nak check duit cepat masuk ke tak. Selalunya la kan, bila kita dah hantar cek, confirm tak sabar nak tengok dalam akaun.

So, bila aku dah hantar Jumaat pagi tu, kepala pun dah berputar fikir, “Eh, bila la duit ni nak masuk dalam akaun Maybank aku ni?” Kan, tak best kalau tunggu berbulan-bulan. Tetiba rasa macam zaman dulu-dulu pulak, macam lambat je proses ni.

Pastu, aku pun start la buat research sikit, tanya kawan-kawan. Barulah tau, rupanya, tempoh cek masuk dalam akaun Maybank ni kena tunggu hari bekerja.

Tempoh Cek Masuk Dalam Akaun Maybank
Tempoh Cek Masuk Dalam Akaun Maybank

Proses Masukkan Cek

Sekiranya Jumaat pagi tu, Anda dah hantar cek Maybank ke mesin deposit. Memang excited nak tengok duit tu masuk dalam akaun, betul tak? Tapi Anda mesti tertanya-tanya, bila la agaknya cek tu nak clear?

Untuk makluman Anda, tempoh pemprosesan cek yang Anda masukkan menerusi mesin deposit adalah selama 3 hari bekerja.

Tapi jangan lupa, hari Sabtu dan Ahad tak kira sebagai hari bekerja. Kalau Anda hantar cek tu pada Jumaat pagi, start kiraan tempoh tu bermula dari hari Isnin.

So, kalau Anda nak tau bila duit tu masuk, semak baki akaun Maybank Anda pada hari Selasa.

Tak kisah la awal pagi ke, tengahari ke, tapi pastikan Anda semak sebelum jam 12 tengah malam. Kalau lepas tu, tunggu esok la pulak.

Apa Jadi Kalau Selepas 3 Hari Masih Tak Masuk?

Kalau dah lepas 3 hari bekerja tapi duit cek Anda masih tak masuk, ada kemungkinan cek tu dah dibatalkan atau ditolak.

Jangan panic dulu! Yang penting, jangan tunggu lama-lama. Teruslah ke cawangan Maybank yang Anda depositkan cek tu.

Minta tolong mereka semak dengan lebih lanjut. Siapa tahu, mungkin ada hal teknikal ke apa.

Eh, kalau tersalah taip nama tapi nombor akaun betul, macam mana ye? Relax, kesilapan ni memang boleh terjadi.

Tapi kalau Anda nak pastikan duit tu masuk betul-betul, jangan tunggu lama. Terus call Maybank untuk dapatkan bantuan.

Maybank akan tolong Anda resolve masalah ni.

Ingat, Anda perlu isi maklumat di belakang cek untuk pastikan proses deposit berjalan lancar. Kalau Anda tertinggal langkah ni, mungkin proses pemprosesan cek tu jadi tergendala. Jadi, jangan lupa ya!

Cara Mengeluarkan Duit Cek / Tunaikan Cek

Siti Noor nak kongsi tips kalau Anda baru dapat cek gaji ke, cek daripada client ke, ni la steps yang Anda kena buat.

Senang je, tapi kena hati-hati jugak. Jom kita tengok!

Cara Pertama: Check & Fill Up

  1. Semak betul-betul nama Anda kat cek tu, pastikan jumlah dalam Ringgit pun betul.
  2. Pastikan ejaan nama kat bahagian bayaran tu betul.
  3. Lepas yakin, tulis nama Anda kat belakang cek.
  4. Jangan lupa, isi no akaun dan no telefon kat belakang cek tu.
  5. Seterusnya, kita kena hantar cek tu ke bank.
  6. Kalau cek Anda Maybank, pergilah Maybank. Kalau CIMB, pergilah CIMB. Jangan tersalah bankin kat tempat lain.
  7. Sampai je kat bank, cari mesin Deposit Cek. Biasa la, kita panggil je ATM. Sebab tu familiar.
  8. Ikut je langkah-langkah kat skrin mesin tu. Senang je, takdelah susah sangat.
  9. Biasanya, kena pilih Deposit Cek, masukkan no akaun, pastu masukkan jumlah cek. Confirm, lepas tu masukkan cek dalam slot yang ada.
  10. Tunggu resit keluar, simpan baik-baik. Resit tu penting kalau nak follow up dengan bank.
  11. Lepas tu, tunggu je beberapa hari. Duit akan masuk dalam akaun Anda.

Cara Kedua: Fast Deposit Machine

  1. Kalau Anda nak lagi cepat, ada Fast Deposit Machine. Lebih kurang je macam ATM, tapi lagi laju prosesnya.
  2. Ikut je langkah 1-7 macam biasa, pastu masukkan cek dalam Fast Deposit Machine.
  3. Ada jugak yang kena masukkan dalam sampul, so pastikan Anda buat ikut arahan bank.
  4. Ingat, Fast Deposit Machine tak bagi resit. Ambil gambar cek tu sebagai backup, just in case.

Cara Ketiga: Bank In di Kaunter (Housing Cheque)

  1. Kalau Anda nak cepat sangat, bolehlah cuba cara ni, khas untuk housing cheque. Cek Maybank ke Maybank.
  2. Semak cawangan bank kat belakang cek. Contoh, kalau Johor, pergilah Maybank Johor.
  3. Ambil no, cakap kat kaunter nak bank in cek. Bankin sebelum cut off, kalau tak, esok la baru masuk.

Biasanya, kalau kita bank in cek cara biasa, mesti kena tunggu 1-3 hari bekerja. Lama betul tunggu tu, kan? Tapi, Anda nak tahu tak? Ada cara lebih pantas, dalam sehari je cek Anda boleh siap diproses.

Cash Cheque

Apa itu cash cheque? Ni cek yang kat bahagian nama, tulis CASH. Faham tak? Jangan main tulis nama sendiri, tulis ‘CASH’ je.

Jadi, Anda boleh terus pergi ke kaunter bank yang tertera kat cek tu. Kalau cek tu tulis Maybank, pergilah Maybank.

Bawak la cek tu, masuk kaunter, dan cakap Anda nak “cash cheque”.

Risiko Cash Cheque

Tapi, ada la risikonya jugak. Kalau cek tu tercicir, atau sesiapa je jumpa, dia boleh pergi bank dan ambil duit tu. Bahaya sikit, kan?

Jadi, pastikan Anda simpan cek tu dengan betul. Kalau boleh, jangan la tercicir mana-mana. Cek ni memang jarang dibuat, cuma untuk keadaan urgent je.