Tempoh Bayaran Balik PTPTN
Tempoh Bayaran Balik PTPTN

Tempoh Bayaran Balik PTPTN

Posted on

Di dalam dokumen perjanjian atau dikenali Dokumen Tawaran Pinjaman PTPTN telah dinyatakan bahawa setiap peminjam mesti bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

Bayar balik tersebut termasuk perlindungan takafakul, kos upah, cukai setem hasil dan bayaran lainnya.

Tempoh Bayaran Balik PTPTN
Tempoh Bayaran Balik PTPTN

Tempoh Bayaran Balik PTPTN

Peminjam perlu mengetahui maklumat berikut:

  1. Peminjam mestilah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian. Untuk membuat bayaran balik, Anda tidak perlu menunggu notis bayaran balik daripada PTPTN.
  2. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.
  3. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
  4. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.

PTPTN menasihatkan kepada peminjam untuk membuat bayaran balik lebih awal agar tidak dikenakan kos upah. Peminjam juga perlu tahu jadual bayaran balik PTPTN.

Diskaun Bayaran PTPTN

Apakah Anda tahu bahawa PTPTN memberikan diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15%, insentif ini mesti Anda manfaatkan agar jumlah baku hutang pinjaman Anda boleh berkurang.

  • 15% – Baki hutang penyelesaian penuh.
  • 12% – Bayaran 50% baki hutang dalam sekali bayaran.
  • 10% – Potongan gaji/debit mengikut jadual.

Permohonan Diskaun Bayaran 10%

Anda boleh dapatkan diskaun 10% apabila Anda membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Debit Terus. Permohonan ini boleh dibuat secara online.

Langkah buat permohonan bayaran balik guna debit terus:

  1. Lawati pautan https://www.ptptn.gov.my/debit-terus
  2. Pilih menu permohonan debit terus (Debit Terus Pinjaman/Debit Terus Simpan SSPN Prime/Debit Terus Simpan SSPN Plus)
  3. Sekiranya Anda memilih permohonan debit terus pinjaman, sila log masuk menggunakan kad pengenalan awam
  4. Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan password semasa permohonan pinjaman
  5. Selepas Anda berjaya log masuk, pilih menu Penyata Baki
  6. Klik Pendaftaran untuk Debit Terus
  7. Log masuk menggunakan No KP dan No Pinjaman
  8. Sekiranya Anda lupa nombor pinjaman PTPTN, Anda boleh hubungi careline PTPTN di 03-2193 3000 utnuk dapatkan no pinjaman. Klik Hantar.
  9. Klik Pendaftaran untuk Debit Terus
  10. Klik Permohonan Baru
  11. Isikan maklumat lengkap seperti No. Telefon Bimbit, Email Peribadi, klik butang Seterusnya.
  12. Masukkan Amaun Potongan Debit Terus (RM), lalu tanda pada kotak (checkbox), klik butang Seterusnya
  13. Lepas tu, tandakan kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat permohonan, klik butang Seterusnya Cara Dapatkan Diskaun PTPTN
  14. Semak maklumat yang telah Anda isikan, klik butang Bayar
  15. Klik pada pilihan senarai bank bagi penetapan bank pembayaran untuk potongan debit terus
  16. Isikan alamat emel peribadi Anda. Pastikan alamat emel Anda tidak melebihi 27 aksara bagi mengelakkan kegagalan potongan Bayaran Balik PTPTN Debit Terus
  17. Klik pada kotak pengesahan
  18. Klik Bayar dengan FPX
  19. Pembayaran FPX berjaya dilakukan. Klik butang Kembali
  20. Klik butang Cetak untuk membuat cetakan akuan penerimaan permohonan yang telah berjaya Tempoh Bayaran Balik PTPTN Terbaru
  21. Selesai.

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Sekiranya Anda ingin dapatkan diskaun 12% atau 15% sila baca penuh artikel cara dapatkan diskaun bayaran balik PTPTN.

Maklumat Lanjut

Apabila Anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan PTPTN, Anda boleh menghubungi PTPTN melalui saluran di bawah:

  • Careline PTPTN di 03-21933000 (Beroperasi Isnin – Jumaat, jam 9.00AM – 5.00PM)
  • Live Chat di www.ptptn.gov.my
  • e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my
  • Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
  • Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat yang kami kongsikan dapat bermanfaat.