Adakah Anda pelanggan Maybank? Jika ya, adakah Anda tahu cara memindahkan wang dari Maybank ke bank lain? Terdapat pelbagai cara untuk memindahkan antara bank yang boleh Anda guna.
Maybank menyediakan perkhidmatan pemindahan wang antara bank untuk memudahkan pelanggan yang ingin membuat pemindahan dari akaun Maybank ke akaun bank lain.
Anda boleh membuat transaksi antara bank melalui beberapa kemudahan perbankan iaitu ATM atau aplikasi Maybank2u, dan perbankan internet.
Sekiranya Anda pengguna Maybank2u dan mengalami masalah tak boleh transfer guna Maybank2u, Anda dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan mudah.
Kenapa Tak Boleh Transfer Guna Maybank2u
Terdapat pelbagai sebab transfer maybank2u tidak berjaya, antaranya.
- Nombor akaun penerima salah
- Salah masukkan kod TAC/OTP
- Server bank error
- Baki akaun habis
Kebiasaanya Maybank maklumkan bahawa sistem sedang mengalami penyelenggaraan bagi kemudahan pindahan menerusi Maybank2u, dari jam 2:30am sehingga 5:30am (waktu Malaysia).
Anda boleh merujuk pengumuman rasmi mengenai penyelenggaraan ini di laman Maybank2u.
Anda tidak perlu bimbang, Anda boleh mencuba untuk melakukan urusniaga berkenaan semula selepas tamat waktu penyelenggaraan tersebut.
Namun, sekiranya Anda tak terima nombor OTP/TAC ketika membuat transaksi, Anda boleh baca cara atasi masalah tak terima notifikasi Secure2u Maybank.
Sekiranya Anda masih tak boleh transfer guna Maybank2u, sila hubungi:
- 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Overseas)
- Email: mgcc@maybank.com.my
Soalan Lazim
Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai Maybank.
1. Macam mana kalau duit sudah transfer dekat orang tapi dia tipu kita?
Harap maklum bahawa jika ia melibatkan kes penipuan, Maybank cadangkan Anda untuk membuat laporan dengan pihak polis (PDRM) dan mengunjungi cawangan Maybank yang berdekatan dengan membawa dokumen sokongan (resit transaksi dan laporan polis) untuk laporan lanjut.
Maybank mencadangkan untuk membuat janji temu sebelum mengunjungi ke cawangan tersebut melalui Maybank EzyQ.
Pemulangan semula wang tersebut adalah tertakluk kepada status siasatan serta kebenaran pihak penerima. Oleh itu, pemulangan wang pindahan tersebut adalah tidak dijamin oleh pihak bank.
2. Kenapa saya tidak dapat melihat transaksi saya hari ini?
Harap maklum bahawa sejarah transaksi akan tersedia pada jam 6:00 pagi dan seterusnya setiap hari. Ini disebabkan oleh penyelenggaraan berjadual setiap hari dari 12:00am – 6:00am.
Anda boleh mencuba semula mengakses sejarah transaksi Anda selepas 6:00 pagi.
3. Kenapa tidak boleh memuat semula melalui m2u? Ralat M1.
Kod ralat M1 merujuk kepada transaksi tambah nilai yang gagal dilakukan melalui Maybank2U disebabkan isu yang terputus-putus. Maybank cadangkan Anda mencuba lagi.
Sekiranya isu itu berterusan, sila muat semula peranti/rangkaian Anda dengan melakukan cache yang jelas, padamkan sejarah penyemakan imbas/ data/ fail sementara/kuki, mulakan semula peranti Anda dan cuba lagi.
Anda juga boleh mencuba semula menggunakan penyemak imbas atau peranti lain selepas 24 jam.