Transaksi melalui aplikasi GO by Bank Islam kini digunakan lebih sering daripada menggunakan website perbankan internet Bank Islam online. Ramai pengguna beranggapan bahawa membuat transaksi melalui aplikasi GO Bank Islam lebih cekap, mudah dan pantas kerana semua transaksi boleh dilakukan melalui aplikasi yang dipasang pada telefon.
Namun, dengan kemudahan berurus niaga melalui app Bank Islam Go, masih terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pengguna. Salah satu masalah yang sering berlaku adalah pengguna tidak boleh log masuk ke aplikasi Bank Islam Go.
Sekiranya anda tidak boleh log masuk ke aplikasi Go Bank Islam, anda tidak perlu risau kerana kami akan berkongsi maklumat tentang cara atasi tak boleh login app Go Bank Islam.
Tak Boleh Login App Bank Islam Go
Punca paling biasa aplikasi GO Bank Islam mengalami masalah apabila diakses oleh pengguna adalah disebabkan oleh penyelenggaraan (maintenance) pada server Bank Islam.
1. Tak Boleh Login Lepas Update
Jika Anda tak boleh login lepas kemaskini ataupun update aplikasi di Google Playstore atau App Store, sila cuba cara ni ye:
- Sila pergi ke Settings/Tetapan di telefon Anda.
- Pilih Pengurusan Aplikasi.
- Lepas tu cari Senarai Aplikasi.
- Selepas itu cari aplikasi Bank Islam (GO Bank Islam).
- Pilih Penggunaan Storan.
- Klik Bersihkan Data, klik OK.
- Seterusnya sila buka semula aplikasi GO Bank Islam, pilih benarkan Bank Islam membuat dan mengurus panggilan telefon.
- Sila tunggu sebentar 30 detik, jika paparan aplikasi GO Bank Islam tak boleh keluar juga. Cuba padam balik, lepas tu masuk balik aplikasi.
- Selesai.
2. Uninstall dan Download Balik
Sekiranya cara diatas tak berjaya, kami nasihatkan Anda untuk uninstall atau padam aplikasi GO Bank Islam, lepas tu Anda download balik aplikasi tersebut.
Jika sudah, sila login aplikasi GO Bank Islam seperti biasanya.
Namun, sekiranya masalah ini masih belum selesai, Anda boleh menghubungi customer service Bank Islam atau mengunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran.
Soalan Lazim
Di bawah ni adalah beberapa soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.
1. Kenapa tak boleh login aplikasi GO Bank Islam?
Kebiasaannya masalah ini berlaku kerana cahce pada aplikasi GO Bank Islam, selain itu sila pastikan sambungan internet Anda stabil.
2. Apakah baki akaun akan hilang?
Tidak.
3. Adakah terdapat caj/kos kalau tak boleh login App GO Bank Islam?
Tidak. Proses ini adalah percuma.
4. Lepas berjaya log masuk, bolehkah saya membuat transaksi macam biasanya?
Boleh.