Ramai calon pengguna aplikasi MAE Maybank2u mengalami masalah ketika mencuba untuk download aplikasi MAE Maybank2u dari Google Play Store atau App Store ataupun coba log masuk aplikasi MAE.
Menurut laporan, masalah ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti pembaruan sistem, masalah sambungan atau masalah dengan peranti. Walau bagaimanapun, masalah ini sangat menjengkelkan/kacau bagi pengguna yang ingin menggunakan pembayaran MAE Maybank2u.
Oleh itu, untuk membantu pengguna yang mengalami masalah tersebut, pihak Maybank berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan secepat mungkin. Ini termasuk memperbaharui aplikasi dan memastikan ia boleh di download dengan lancar dari kedua-dua platform, Google Play Store dan App Store.
Kenapa Tak Boleh Download MAE Maybank2u
Masalah tak boleh download MAE Maybank2u adalah masalah yang sedang diatasi oleh pihak Maybank. Pengguna yang mengalami masalah ini boleh bersabar dan memberikan masa kepada pihak Maybank untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Berdasarkan semakan kami, sistem MAE dah beroperasi seperti biasa pada ketika ini. Pihak Maybank hargai jika Anda dapat PM (private message di laman facebook Maybank https://www.facebook.com/Maybank) lampiran gambar bersertakan kod ralat yang dipaparkan kepada Anda untuk semakan lanjut.
Kalau nak daftar MAE, sila baca artikel ni ye cara daftar MAE Maybank2u.
Soalan Lazim
Di bawah ni adalah pertanyaan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.
1. Kalau saya tak guna telefon Android ataupun iOS hanya pakai fon Nokia, macam mana cara muat turun aplikasi MAE Maybank2u?
Bagi model telefon yang Anda gunakan tu tidak disokong oleh aplikasi MAE Maybank2u. Anda perlu menggunakan telefon bimbit model iOS atau Android sahaja yang boleh disokong untuk menggunakan perkhidmatan Secure2U tersebut.
2. Apa option yang ada kalau SMS TAC dihentikan?
Perkhidmatan Secure2u akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk perkhidmatan yang terpilih di laman website dan aplikasi Maybank2u, dan ia akan menggantikan SMS TAC sedia ada. Sila gunakan model telefon Android atau iOS ye.
3. Kenapa guna MAE tak boleh transfer dari tabung haji je account?
Untuk makluman Anda, transaksi pindahan dari Tabung Haji hanya boleh dilakukan menerusi log masuk laman web Maybank2u sahaja. Bagi perkhidmatan menerusi aplikasi MAE, ianya hanya bagi semakan baki Tabung Haji dibahagian Wealth.
4. Macam mana nak dapat kad MAE ni, saya dah install apps tu dan buat akaun MAE?
Anda boleh melakukan permohonan kad MAE menerusi langkah berikut:
Login MAE App > Maybank2u > Pilih MAE account > Klik pada Elevate your MAE App experience with the MAE card.
Anda akan diminta untuk mengisi alamat bagi penerimaan kad dan kad akan dihantar dalam tempoh masa 5 hari bekerja.
Jika Anda memerlukan bantuan lanjut, pihak Maybank hargai jika Anda dapat PM (Mesej Peribadi di laman Facebook Maybank) nama penuh dan nombor telefon Anda.