Memulakan perniagaan sendiri memang impian ramai orang, terutamanya golongan wanita yang nak bantu tambah pendapatan keluarga. Namun, realitinya tak semudah yang disangka.
Banyak cabaran yang perlu dihadapi dari segi modal, pengetahuan tentang bisnes, hingga ke sokongan moral. Banyak yang cuba tapi tersangkut di tengah jalan sebab tak cukup modal.
Ada juga yang tak tahu mana nak dapatkan bantuan untuk mula berniaga.
Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ni? Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim ni direka khas untuk wanita yang nak mulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menyediakan pembiayaan fleksibel dan sokongan penuh dari Yayasan Hijrah Selangor.
Syarat Kelayakan
Untuk pastikan yang betul-betul perlukan bantuan ni dapat manfaat, ada beberapa syarat Anda kena penuhi:
- Warganegara Malaysia (wanita sahaja)
- Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun
- Mengundi dan bermastautin di negeri Selangor
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah
- Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak
Syarat Pembiayaan
NaDI ni bagi pinjaman yang fleksibel dengan beberapa syarat:
- Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM50,000
- Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
- Membuat bayaran kadar keuntungan dan Tabung Simpanan mengikut pembiayaan
- Mencarum Takaful Pembiayaan
Dokumen Permohonan
Nak mohon Skim Niaga Darul Ehsan NaDI, Anda kena sediakan beberapa dokumen ni:
- Gambar berukuran passport
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan bil utiliti premis perniagaan atau rumah
- Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak Yayasan Hijrah Selangor
Proses Permohonan
Langkah-langkah ni Anda kena ikut untuk mohon skim ni:
- Pastikan Anda penuhi semua syarat.
- Sediakan semua dokumen yang diperlukan.
- Borang boleh didapati kat laman web Yayasan Hijrah Selangor.
- Hantar borang dengan dokumen yang lengkap.
- Yayasan Hijrah Selangor akan nilai permohonan Anda dan bagi maklum balas.
Kelebihan Menjadi Usahawan NaDI
Jadi usahawan bawah skim NaDI bukan je dapat modal untuk start bisnes, tapi ada banyak kelebihan lain:
- Anda akan dapat latihan dan bimbingan dari Yayasan Hijrah Selangor.
- Peluang untuk bina network dengan usahawan lain.
- Yayasan Hijrah Selangor bantu Anda dapat akses ke pasaran yang lebih luas.
Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) ni peluang emas untuk wanita kat Selangor yang nak mulakan bisnes kecik-kecik.
Dengan pembiayaan fleksibel, sokongan dari Yayasan Hijrah Selangor, dan banyak lagi kelebihan lain, Anda ada semua yang diperlukan untuk berjaya.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila klik kat pautan ni Mikrokredit Selangor
Jangan lepaskan peluang ni! Mohon sekarang dan mulakan langkah pertama untuk jadi usahawan berjaya.