Siapa Boleh Bagi Pinjam Duit Kecemasan Online Selamat

Posted on

Setiap orang pasti pernah mengalami situasi yang tidak dijangka, tiba-tiba kena bayar bil hospital, kereta rosak di tengah jalan, atau perlu duit untuk hal-hal kecemasan lain.

Memang stres bila dah terdesak, tapi duit pulak takde. Masa ni lah ramai yang mula panik, tak tahu nak cari siapa untuk pinjam duit.

Nak pinjam dengan ah long, lagi bahaya. Banyak yang tertipu dan akhirnya terjerat dengan bunga yang tinggi melampau. Takutnya, dari masalah kecemasan, jadi beban hutang yang susah nak langsai.

Bila keadaan macam ni jadi, apa pilihan yang kita ada? Macam mana nak pastikan yang kita boleh dapatkan bantuan kewangan tanpa perlu risau ditipu atau terjerat dengan hutang yang tinggi?

Jangan risau, kami nak kongsikan beberapa panduan yang boleh membantu anda. Ada beberapa alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman kecemasan dengan cara yang selamat.

Tempat Untuk Dapatkan Pinjaman Wang

Membuat pinjaman wang urgent boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Berikut adalah beberapa tempat untuk meminjam wang peribadi yang boleh Anda cuba.

1. Keluarga atau Saudara mara

Anda boleh membuat pinjaman duit peribadi apabila ada keperluan mendesak iaitu kepada keluarga atau saudara terdekat.

Anda boleh melawat secara peribadi dan menerangkan sebab membuat pinjaman peribadi.

Meminjam duit daripada saudara mara adalah penyelesaian terpantas jika Anda memerlukan duit untuk kecemasan tanpa perlu risau untuk menyediakan syarat dan dokumen seperti membuat pinjaman di bank.

Anda juga boleh pinjam duit dengan orang kaya apabila Anda tak boleh dapatkan duit pinjaman daripada rakan ataupun keluarga.

2. Bank

Bank juga boleh menjadi pilihan sebagai tempat meminjam wang untuk semua keperluan Anda. Biasanya setiap bank mempunyai perkhidmatan produk pinjaman yang berbeza.

Ada yang berbentuk wang tunai, untuk perniagaan, loan kereta dan pembiayaan rumah.

Jangan risau, kerana bank adalah institusi pinjaman yang selamat. Namun, untuk membuat pinjaman di bank memerlukan pelbagai syarat dan prosedur yang mesti dipatuhi.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Status sebagai ahli koperasi.
  3. Isi borang permohonan pinjaman.
  4. Mempunyai bil elektrik, dan slip gaji.

Selepas semua fail disediakan, langkah seterusnya ialah pergi ke koperasi. Sila pastikan koperasi berdaftar dan juga mempunyai lesen rasmi.

3. Koperasi

Koperasi juga boleh menjadi tempat meminjam wang yang patut dicuba. Koperasi merupakan institusi bukan bank untuk menjalankan aktiviti simpanan dan pinjaman.

Sekiranya Anda ingin membuat pinjaman di koperasi, Anda dikehendaki menjadi ahli koperasi tersebut terlebih dahulu.

4. Pinjaman Wang Online

Hari ini, terdapat banyak aplikasi pinjaman online Malaysia yang boleh dimuat turun dari Playstore / Appstore. Memohon pinjaman melalui apps pinjaman online adalah cara paling mudah dan senang untuk mendapatkan wang segera.

Kini terdapat banyak aplikasi pinjaman duit online yang boleh memberikan duit dalam masa 24 jam dengan tawaran interest yang rendah.

5. Manfaatkan Ciri Paylater

Paylater adalah salah satu ciri yang menyediakan pinjaman wang tanpa kad kredit. Biasanya fungsi ini digunakan untuk membeli barangan/pelbagai produk yang ditawarkan oleh e-commerce, contohnya Shopee.

Anda boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM3,000 yang boleh digunakan untuk membeli-belah dengan tempoh pinjaman sehingga 3 bulan.