Semakan Penyata Bank BSN Online
Semakan Penyata Bank BSN Online

Semakan Penyata Bank BSN Online

Posted on

Sekarang setiap pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) memiliki akses untuk memeriksa transaksi kewangan melalui aplikasi myBSN, email dan ATM.

Paparan urus niaga kewangan ini sama dengan yang Anda dapat lihat semasa print buku simpanan.

Penyata bank BSN akan memberikan laporan sejarah transaksi dalam bentuk e-penyata (e-statements). Jadi, Anda tidak perlu lagi print penyata di buku simpanan.

Anda boleh memuat turun penyata bank BSN secara dalam talian melalui internet banking dan email.

Semakan Penyata Bank BSN Online

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN via Email

Sekiranya Anda mahu setiap bulan menerima penyata bank BSN di alamat emel Anda. Sila ikuti langkah dibawah ini:

Sila hantar SMS dengan format:

STMT<jarak>No.KP<jarak> alamat emel hantar ke 66300

Contoh: STMT 790416777788 siti.noordiana@gmail.com

Semakan Penyata Bank BSN Online

Bagi Anda yang ingin check statement bank BSN online mesti mempunyai akaun berdaftar di myBSN.

Jika Anda tak mempunyai akaun internet banking myBSN, sila baca panduan cara daftar BSN online banking.

Sekiranya Anda telah mempunyai akaun myBSN, sila ikuti panduan di bawah untuk check statement bank BSN online:

  1. Buka link www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Klik Account Overview
  4. Klik E-Statement
  5. Klik Nama Account
  6. Pilih Sejarah Transaksi yang Anda mahu
  7. Klik Print

Anda boleh tengok keluar masuk dalam e-statement secara lengkap melalui perkhidmatan BSN online banking.

Print Penyata Bank BSN di ATM

Mini statement hanya boleh print sebahagian transaksi wang keluar dan masuk, Anda tidak dapat print statement secara terperinci.

Sekiranya Anda ingin dapatkan penyata bank secara terperinci, kami syorkan Anda untuk mendaftar BSN online banking.

Langkah print penyata bank BSN di ATM:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN terdekat
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda
  3. Pilih Lain-Lain Urusniaga/Other
  4. Pilih Khidmat Penyata/Statement
  5. Pilih Penyata Mini/Bank Statement
  6. Pilih Cetak/Print
  7. Ambil resit untuk melihat penyata bank Anda

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan Anda, dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 bagi semakan berkenaan dengan paparan penyata melalui myBSN.

Itulah panduan cara check penyata bank BSN secara online, email dan ATM.