Semak Baki Pinjaman PTPK Online
Semak Baki Pinjaman PTPK Online

Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Posted on

Kemahiran menjadi syarat penting bagi seseorang dalam mempersiapkan masa depan. Sayangnya kos mengasah kemahiran yang mahal sering menjadi halangan untuk terus ke tahap yang lebih tinggi.

Terutama jika Anda telah tamat sekolah dan merasakan kemahiran Anda masih kurang dan ingin meningkatkan langkah seterusnya, wang yang diperlukan pastinya boleh menjadi lebih banyak lagi.

Tapi tenang sahaja, pemerintah Malaysia telah menyiapkan langkah terbaik untuk membantu masyarakat meningkatkan kemahiran melalui perkhidmatan PTPK.Semak Baki Pinjaman PTPK Online

Apa Itu PTPK

PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK.

Latihan kemahiran ini dibuka untuk pelatih yang mahu mengikuti program latihan DKM (Diploma Kemahiran Malaysia), DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia).

Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Ramai orang yang tanya bagaimana nak semakan baki pinjaman PTPN online? Jawapannya mudah sahaja, Anda hanya perlu membuat beberapa langkah dibawah ini.

Sekiranya Anda sudah berdaftar dalam program PTPK, tentu ingin tahu berapa baki pinjaman PTPK milik Anda.

  1. Pergi ke laman web PTPK online
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan, klik Masuk.Check Baki Pinjaman PTPK Online
  3. Klik No AkaunCek Baki Pinjaman PTPK Online
  4. Maklumat baki pinjaman PTPK Anda akan terlihat secara detail.Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Tidak Boleh Masuk PTPK Online

Untuk makluman, pada masa Anda memasukan ID (no kad pengenalan), pastikan rapat dengan ruangan kotak isian untuk password 11/22334 (No akaun) rapat dengan ruangan kotak isian juga.

Lupa Kata Laluan PTPK

Saya berjumpa dengan beberapa orang dan bertanya bagaimana cara dapatkan kata laluan PTPK yang terlupa. Berikut langkah-langkah cara dapatkan kata laluan PTPK online:

SMS

Sila buat SMS dengan format PTPK AKAUN No Kad Pengenalan hantar ke 15888

Contoh: PTPK AKAUN 876547451011 hantar ke 15888

Email

Cara kedua, sila buat email dengan subject “Terlupa Kata Laluan” pada isi email masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan Peminjam dan Nama Peminjam sila hantar email tersebut ke skillsfund@ptpk.gov.my

Kaedah Bayaran Balik

  • Kaunter bayaran di Ibupejabat Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Pejabat Pos, BSN dan Bank Rakyat.
  • Pembayaran secara Perbankan Internet : Pos Malaysia, cimbclicks, maybank2u, iRakyat.
  • Pembayaran secara Pos atas nama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran melalui kiriman wang pos/ draf bank/ Banker Cheque dan dialamatkan kepada : Ketua Eksekutif, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Tingkat 15,16,17,18,19 dan 27, Menara Dato’ Onn, Putra World Trade Centre, No 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Itulah panduan cara semakan baki pinjaman PTPK online yang dapat kami kongsi, semoga maklumat tersebut bermanfaat untuk Anda.