Adakah Anda tahu bahawa sebenarnya Anda boleh membuat semakan baki pinjaman kereta CIMB bank secara online melalui perkhidmatan internet banking?
Ramai orang tidak tahu bagiamana nak semak baki pinjaman kereta ini, kerana mereka tidak mahu bertanya kepada pihak bank.
Untuk boleh membuat semakan online di CIMB Bank, Anda wajib mendaftar terlebih dahulu. Sila ikuti langkah-langkah yang pernah kami kongsi pada artikel cara daftar CIMB Clicks.
Kami menasihati untuk segera memiliki akaun online banking CIMB. Beberapa kemudahan berikut akan Anda dapatkan sekiranya sudah memiliki akaun berdaftar:
- Semak baki pinjaman kereta
- Semak baki akaun CIMB
- Transfer wang
- Topup kredit
- Download e-statement
- Pembayaran marketplace
- Dan lain-lain
Selain kemudahan diatas, Anda juga boleh menyemak baki pada bila-bila masa melalui handphone.
Sila gunakan browser Google Chrome atau Opera, Anda juga boleh menggunakan aplikasi CIMBclick Malaysia yang boleh Anda muat turun di Google Playstore untuk handphone Android dan App Store untuk pemilik handphone Iphone.
Semakan Baki Pinjaman Kereta CIMB Bank
Sekiranya Anda mempunyai pinjaman kereta di Bank CIMB, adalah baik untuk mengetahui berapa banyak baki pinjaman kereta supaya Anda boleh menganggarkan pada bila-bila ansuran lunas.
Berikut langkah-langkah cara semak baki pinjaman kereta CIMB online yang boleh Anda ikuti:
- Buka laman CIMBClicks
- Masukkan username dan password
- Pilih menu My Accounts > Loan/Financing
- Maklumat baki pinjaman kereta CIMB Anda akan terlihat
Adakah semak baki online ini percuma? Ya tentu saja, Anda tidak dikenakan bayaran atau caj apapun.
Peranti yang perlu Anda siapkan untuk membuat semakan iaitu laptop, komputer atau handphone yang tersambung ke internet.
Perlu Anda ketahui, jika sistem online banking CIMB sangat selamat jadi jangan bimbang untuk segera memiliki akaun berdaftar di CIMB Clicks.
Sekiranya Anda sudah mengetahui sisa baki pinjaman kereta CIMB, sila lakukan pembayaran tepat waktu sehingga Anda tidak terkena denda.
Baca panduan cara bayar loan kereta CIMB secara online guna CIMB Clicks dan ATM.
Itulah cara mudah semakan baki pinjaman kenderaan CIMB Bank secara online, semoga maklumat yang kami kongsi boleh bermanfaat untuk Anda.