Bila nak urus kewangan, salah satu benda paling penting adalah penyata bank/salinan akaun bank. Tapi, ramai yang keliru macam mana nak dapatkan penyata Bank Public Bank online, terutama yang tak berapa mahir dengan teknologi.
Masalah ni selalu timbul bila kita perlu penyata tu dengan cepat untuk urusan penting macam mohon pinjaman, urus niaga, atau susun bajet.
Kalau tak tahu cara yang betul, memang boleh buat kita rasa stres dan tertekan.
Sebagai pegawai bank yang selalu tolong pelanggan, kami nak kongsi cara mudah dan cepat untuk semak penyata Bank Public Bank secara online, siap dengan contoh salinan sekali.
Dengan panduan ni, Anda tak perlu risau lagi pasal nak ke bank atau beratur panjang kat kaunter. Semuanya boleh diselesaikan dalam beberapa minit je.
Jom kita tengok langkah-langkah yang Anda boleh ikut untuk semak, cetak dan muat turun penyata bank Public Bank.
Kelayakan Jenis Akaun e-Statement
Di bawah ini merupakan kelayakan jenis akaun yang boleh dapatkan e-Statement:
- Current/Savings
- Fixed Deposit
- Gold Investment
- Credit Card
- Loan
- Hire Purchase
Cara Download Statement Bank Public Bank
Cara dapatkan penyata bank Public sangat mudah, jika Anda pemilik akaun Peribadi Anda boleh ikuti langkah A dan jika Anda merupakan pemilik akaun corporate Anda boleh ikuti langkah B.
Langkah A
Untuk Akaun Peribadi PBe:
- Lawati https://www.pbebank.com
- Pada bahagian ujung kanan, klik Login.
- Klik PBe.
- Masukkan User ID Anda.
- Klik Next.
- Sahkan Phrase Correct Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Kemudian, pilih E-Statements Registration.
- Pilih akaun yang ingin Anda daftarkan.
- Baca Terma dan Syarat.
- Klik I Agree untuk melengkapkan pendaftaran.
- Selesai.
Tidak mempunyai akaun pbebank? Jom daftar sekarang, baca panduan cara daftar pbebank.
Langkah B
Untuk akaun Korporat PBe:
- Lawati website https://www.pbebank.com
- Pada bahagian ujung kanan, klik Login.
- Klik PBe.
- Masukkan User ID Anda.
- Klik Next.
- Sahkan Phrase correct Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik pada Statement
- Klik pada Register e-Statement
- Pilih akaun Anda dan pilihan penyata pilihan Anda.
- Klik Next.
- Baca terma dan syarat yang tersedia,
- Klik I Agree.
- Selesai.
Semak Penyata Bank Public Bank Online
Selepas Anda membuat pendaftaran, langkah seterusnya adalah ikuti panduan cara semak penyata bank Public Bank online berikut ini:
- Lawati laman website https://www.pbebank.com
- Pada bahagian ujung kanan, klik Login.
- Klik PBe.
- Masukkan User ID Anda.
- Klik Next.
- Sahkan Phrase correct Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Statement.
- Kemudian, klik pada E-Statement.
- Pilih akaun yang Anda ingin semak penyata.
- Klik Next.
- Klik Statement Date, e-Penyata akan dipaparkan dalam fail PDF. Penyata dipaparkan selama 12 bulan kebelakang.
- Anda dapat simpan salinan e-Statement pada PC/komputer/laptop Anda.
- Selesai.
Cara Cetak Salinan Akaun Bank di Cawangan
Anda juga boleh dapatkan salinan akaun bank atau statement bank di cawangan, ikuti langkah di bawah:
- Anda boleh guna Google Maps atau laman web rasmi Public Bank untuk cari cawangan yang paling dekat dengan Anda.
- Pastikan Anda bawa kad pengenalan (IC) atau pasport sebagai pengenalan diri.
- Setibanya di cawangan, terus pergi ke mesin nombor giliran dan ambil nombor untuk urusan di kaunter perkhidmatan pelanggan.
- Duduk dan tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
- Bila sampai giliran Anda, pergi ke kaunter dan beritahu pegawai bank yang Anda nak cetak salinan akaun. Serahkan dokumen pengenalan diri yang diperlukan.
- Pegawai bank akan minta Anda isi borang permohonan cetak salinan akaun. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Tanyakan pada pegawai bank jika ada sebarang bayaran yang dikenakan untuk cetak salinan akaun. Sediakan wang tunai untuk buat pembayaran jika perlu.
- Pegawai bank akan proses permintaan Anda dan cetak salinan akaun. Tunggu sebentar sementara mereka selesaikan.
- Setelah menerima salinan akaun, semak maklumat pada dokumen tu untuk pastikan semuanya betul dan lengkap.
- Simpan salinan akaun yang Anda dapat di tempat yang selamat untuk kegunaan masa depan.
Itulah langkah-langkah cara daaptkan statement Public Bank melalui, semoga maklumat yang kami kongsikan bermanfaat untuk Anda.