Masalah ingat nombor akaun ni memang perkara biasa, lebih-lebih lagi kalau Anda ada banyak akaun bank. Nombor akaun ni pulak biasanya panjang, susah nak hafal kalau tak selalu guna.
Bila tiba masa nak guna, baru kita sedar tak ingat nombor akaun tu, dan mulalah kelam-kabut nak cari balik.
Kalau Anda guna GXBank, masalah ni boleh diselesaikan dengan mudah. GXBank dah sediakan satu cara yang sangat senang untuk Anda semak nombor akaun Anda yang terlupa tu, tanpa perlu pergi ke cawangan bank atau telefon customer service.
Berapa Digit Nombor Akaun GXBank?
Nombor akaun ni ibarat IC untuk akaun bank Anda. Kalau takde nombor akaun, macam mana nak buat transaksi?
Tak kisahlah nak transfer duit, bayar bil, atau terima gaji. Sebab tu, penting sangat untuk Anda ingat atau at least, tau cara nak semak nombor akaun Anda.
Nombor akaun GXBank ada 13 digit. Jangan pening kalau terlupa berapa digit, sebab semua akaun di GXBank memang standard 13 digit.
Kalau Anda rasa macam blur berapa digit dia, takde masalah, boleh semak terus guna aplikasi GXBank.
Cara Semak Nombor Akaun GXBank
Kalau Anda betul-betul dah lupa nombor akaun GXBank, ikut je langkah-langkah kat bawah ni:
- Mula-mula sekali, Anda kena log masuk dulu ke aplikasi GXBank. Guna ID pengguna dengan kata laluan yang Anda dah set sebelum ni.
- Lepas Anda berjaya log masuk, Anda akan nampak halaman utama aplikasi tu. Kat situ, Anda cari dan klik kat menu Akaun Utama.
- Bila Anda dah klik Akaun Utama, Anda akan nampak nombor akaun GXBank Anda yang 13 digit tu kat bahagian atas kiri skrin.
Lepas dah dapat nombor akaun tu, simpan elok-elok. Kalau takut lupa lagi, tulis kat tempat yang selamat.
Tip Senang Ingat Nombor Akaun Anda
Walaupun sekarang teknologi dah canggih, kita masih kena ingat nombor akaun kita sendiri. Kat sini aku kongsikan beberapa tip untuk bantu Anda:
- Anda boleh simpan nombor akaun dalam aplikasi nota kat phone.
- Kalau malas nak ingat semua, Anda boleh cuba ingat 4-5 digit terakhir. Senang sikit nak ingat macam ni.
- Kadang-kadang, Anda boleh kaitkan nombor akaun dengan tarikh lahir, nombor telefon, atau apa-apa nombor yang Anda senang ingat. Tapi make sure, jangan sama dengan nombor lain untuk elak kekeliruan.
Zaman sekarang, memang senang nak semak nombor akaun guna aplikasi. Tapi, Anda kena jugak tau cara simpan dan ingat nombor akaun Anda sendiri untuk elakkan masalah bila perlu buat transaksi.
Harap panduan ni membantu Anda untuk semak nombor akaun GXBank dengan mudah. Ingat, sentiasa simpan maklumat ni dengan baik supaya Anda tak pening kepala lagi lepas ni