Semak Nama Blacklist Bank Negara Online
Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Posted on

Anda tidak diluluskan pada masa membuat pinjaman wang daripada perbankan dan institusi kewangan lain? Pihak perbankan tidak meluluskan pinjaman yang Anda buat kerana, boleh sahaja Anda masuk ke dalam senarai nama blacklist Bank Negara.

Anda perlu melakukan semakan segara, sekiranya Anda ingin mengetahui dan memastikan bahawa nama Anda masuk ke dalam database blacklist negara.

Di Malaysia ada platform yang mengurusi dan merekod aktiviti korang semasa membuat pinjaman dan bayaran. Platform tersebut bernama CCRIS dan CTOS.

Semak Nama Blacklist Bank Negara Online
Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Apa Itu CCRIS

CCRIS singkatan dari Central Credit Reference Information System atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit.

Bank Negara Malaysia (BNM) mencipta sistem ini untuk mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam.

Apa Itu CTOS

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit, syarikat tersebut mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan.

CTOS boleh digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS.

Jenerali, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan pandangan sebenar keadaan kredit pemohon.

Tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan, muflis individu, status kes dan sebagainya, masuk ke dalam sistem CTOS.

CCRIS dan CTOS mencatatkan maklumat mengenai pembayaran kredit. Sila ambil perhatian, CCRIS dan CTOS adalah sistem yang mengandungi maklumat penghutang dan kemudahan kredit untuk ditukar dengan institusi kewangan lain.

CCRIS dan CTOS menyimpan identiti penghutang, pemilik dan pengurusan, penyediaan dana atau pembiayaan yang diterima, cagaran, penjamin, dan kolektibilitas.

Semua maklumat dari CCRIS dan CTOS boleh diakses oleh institusi kewangan, bank dan bukan bank, 24 jam sehari.

Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Cara semak nama blacklist Bank Negara online boleh menggunakan laman eCCRIS.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Buka laman https://eccris.bnm.gov.mysemak senarai hitam bank
  2. Sila masukkan username dan password
  3. Selepas berjaya masuk ke sistem CCRIS, pilih Carian kemudian pilih Carian Sendiri – Individu.Cek CCRIS Online
  4. Beri penanda pada kotak Saya Setuju, teruskan dengan klik butang Carian Laporan
  5. Sekiranya Anda mahu muat turun laporan, sila klik butang Muat Turun, klik Save untuk menyimpan salinan laporan tersebut.
  6. Laporan yang berjaya di muat turun tersebut, akan dilindungi oleh kata laluan/password.Laporan CCRIS Online
  7. Sila masukkan password untuk membuka laporan.
  8. Sila instal software atau perisian untuk membuka file PDF seperti Adobe Reader.

Cara Daftar eCCRIS Online

Sekiranya Anda belum memiliki akaun CCRIS, silakan buat dahulu dengan mengikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Buka laman https://eccris.bnm.gov.my
  2. Klik Log Masuk Kali Pertama atau First Time Login
  3. Pilih Kewarganegaraan MalaysiaRegister eCCRIS Online
  4. Masukkan maklumat Nombor ID (12 digit MyKad/nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport)
  5. Masukkan Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS), klik Hantar
  6. Tetapkan ID Pengguna dan kata laluan
  7. Masukkan email, klik butang Hantar
  8. Pilih Imej Keselamatan dan masukkan Kata KeselamatanLogin CCRIS
  9. Pilih Soalan Keselamatan dan masukkan Jawapan.
  10. Selesai

Butuh wang segera? Baca cara dapatkan pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai

Itulah cara semakan nama blacklist Bank Negara online melalui laman CCRIS, semoga maklumat yang kami kongsi boleh bermanfaat untuk Anda.