Semak insurans Etiqa secara online tentu sahaja lebih memudahkan dan seronok, sebab Anda boleh jimat masa dan tenaga.
Etiqa menawarkan kemudahan yang dikenali MyAccount. MyAccount menawarkan cara selamat untuk mengakses dasar/sijil Anda mengikut keselesaan Anda, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Sekiranya Anda mempunyai polisi insurans atau sijil takaful dengan Etiqa, Anda boleh semak polisi insurans atau sijil takaful Etiqa Anda dengan ikuti langkah di bawah:
Semak Insurans Etiqa Melalui Online
Anda boleh mengakses portal melalui telefon pintar atau tablet selagi Anda mempunyai sambungan internet untuk mengaksesnya.
- Layari https://www.etiqa.com.my
- Klik MyAccount.
- Pada laman MyAccount, klik Register.
- Pada laman Terms & Conditions, klik I Agree.
- Isikan butiran Anda di Registration, klik Proceed.
- Anda akan menerima SMS kod pengaktifan.
- Isikan kod pengaktifan Anda, klik Proceed.
- Isikan laman Security Settings, klik Save.
- Anda akan menerima Email Pendaftaran Berjaya.
- Tahniah, Anda telah berjaya mendaftar.
Kami nasihatkan Anda untuk ikuti panduan cara daftar MyAccount Etiqa yang telah kami kongsi sebelum ini.
Soalan Lazim
Di bawah ini adalah pertanyaan mengenai insuran Etiqa.
1. Macam mana ya nak tau yang kita dah daftar dalam etiqa tu, sebab saya dah isi borang dekat ejen etiqa, tapi tiada pulak maklum balas yang memberitau permohonan saya dah lulus, saya nak tau macam mana ya?
Anda boleh membuat semakan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di 1 300 13 8888 untuk bantuan selanjutnya.
2. Macam mana saya nak dapatkan semula nombor polisi insurans etiqa takaful saya?
Anda boleh berhubung dengan bahagian khidmat pelanggan Etiqa di talian 1 300 13 8888 untuk bantuan selanjutnya.
3. Tolong check polisi saya?
Sila kemukakan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemilik polisi melalui Live Chat Etiqa sebagai pengesahan bagi membolehkan Etiqa mengambil tindakan yang selanjutnya.
4. Macam mana nak print penyata bayaran tahunan Etiqa?
Anda boleh login MyAccount kemudian ke My Document untuk memuat turun penyata bayaran tahunan.
5. Apa perlu dilakukan kalau polisi Etiqa hilang?
Sekiranya polisi hilang, Anda perlu ke pesuruhjaya sumpah untuk membuat pengakuan kehilangan polisi. Kemudian Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Etiqa yang terdekat untuk membuat salinan polisi kedua.