Cara semak baki pinjaman Singer mengikut nombor kontrak (No Agreement) boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah. Singer ialah sebuah syarikat yang memberikan pembiayaan dan perniagaan macam furniture, refrigrator, washing machine, motor dan banyak lagi.
Setiap penghutang atau pelanggan akan mendapat nombor kontrak yang berguna sebagai identiti peminjam. Nombor kontrak (No Agreement) boleh didapati dari buku ansuran atau dengan menghubungi pusat panggilan Singer di 1300888288 atau +603 7985 9090.

Semak Baki Pinjaman Singer
Cara semak baki pinjaman Singer dengan nombor kontrak boleh dilakukan dengan mudah. Terdapat pelbagai kaedah untuk semak bayaran balik pinjaman Singer.
1. Check Baki Pinjaman Singer Guna No Contract
Langkah pertama untuk semak baki hutang Singer melalui customer service Singer.
- Hubungi 1300888288.
- Beritahu pegawai Singer kalau Anda nak check hutang Singer.
- Pegawai tu akan minta no kad pengenalan, nama penuh dan no contract Anda.
- Lepas tu pihak Singer akan beritahu maklumat baki pinjaman Anda.
2. Check Baki Pinjaman Singer Melalui Email
Anda juga boleh semak baki loan Singer melalui email, sila ikuti step berikut:
- Hantar emel ke contactus@singer.com.my
- Subject: Semak Baki Pinjaman Singer (No Contract XXXXXX)
- Isi email:
Saya Mail Zainal Arifin memohon maklumat baki pinjaman SINGER.
Nama dan No. Kad Pengenalan saya adalah seperti berikut:
Mail Zainal Arifin
123456-55-6666
No Contract: WJX-7391
Sekiranya pihak SINGER mendapati saya masih lagi ada baki tertunggak dan belum membuat bayaran penuh, sila lampirkan butir penyata penuh penerimaan bayaran bulanan dan jumlah bayaran yang masih tertunggak melalui alamat emel Mail.Zainal.Arifin@gmail.com
Saya boleh dihubungi di 01866741234 pada bila-bila masa atau hadir untuk temu janji dengan pihak SINGER sekiranya diperlukan.
Sila buat emel macam diatas tu ye.
3. Check Baki Pinjaman Singer Melalui Kedai/Ejen
Sila kunjungi kedai Singer, lepas tu cakap kepada mereka kalau Anda nak semak baki pinjaman Singer, mereka akan minta no kad pengenalan Anda.
Lepas tu Anda akan diberikan maklumat mengenai baki pinjaman Anda.
Selain sebagai identiti, nombor kontrak Singer juga berfungsi untuk check hutang Singer. So, kalau Anda nak check baki loan motor Singer atau barangan lain, Anda boleh ikuti step di diatas ni ye.
Tips Tentang Hutang Singer
Semak baki pinjaman Singer adalah salah satu cara untuk memantau baki hutang Anda bagi pinjaman yang diambil dari Singer.
Ini sangat penting untuk memastikan anda tidak terlepas bayaran bulanan dan memastikan bahawa anda dapat check perkembangan baki hutang Anda dengan mudah.
1. Bolekah pihak Singer bekukan akaun saya dan buat tindakan mahkamah?
Nasihat kami, tolong jangan takut bila di sebut tindakan mahkamah. Malah kami syorkan pada Anda agara jika ada panggilan yang sah dari pihak peguam untuk menghadiri mahkamah, hadirkan diri.
Apabila Anda menghadiri mahkamah hutang itu akan lebih jelas jumlah nya. Jika tidak debt collector akan terus menyebut angka yang akan berubah ubah. Kalau Anda hadir ke mahkamah kemungkinan amat tinggi untuk tindakan beku akaun atau penyitaan itu tidak akan berlaku.
Menghadiri mahkamah adalah lebih mudah dari mahu menjawab pengutip hutang.
2. Pihak Singer mengugut untuk membekukan duit di dalam bank dan menyita barang saya, perlu saya buat?
Tiada tindakan yang boleh berlaku tanpa perintah mahkamah.
3. Macam nak bayar hutang tertunggak?
Sila call customer service singer dulu.
4. Saya tu dah berpuluh kali tanya berapa baki bayaran, berapa dah bayar dari jumlah keseluruhan tapi tak boleh?
Kalau macam tu, sila cuba terus ke kedai Singer mintak statement (penyata) yang pernah bayar sebelum ni dan baki mintak depa print out.