Penipuan berleluasa sehingga hari ini. Banyak perkhidmatan pembayaran digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu.
Selain membuat transaksi yang selamat melalui perkhidmatan yang dipercayai, Anda juga harus tahu cara report scammer online .
Adakah Anda sudah tahu cara melaporkan penipuan secara online? Jika Anda tidak tahu, Anda tidak perlu risau. Kerana pada kesempatan kali ini, kami akan berkongsi cara check scammer online dan cara nak report akaun bank scammer untuk mendapatkan wang Anda kembali. Sila ikuti step di bawah ini.

Semak Akaun Bank Scammer
Laman website ini sedia membantu Anda mengesan nombor akaun yang digunakan oleh pelaku dalam tindakan penipuan, terutamanya tipu online.
CCID merupakan singkatan bagi Commercial Crime Investigation Department atau Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial.
- Pertama sekali sila buka laman website CCID melalui link https://semakmule.rmp.gov.my
- Pada bahagian kategori, sila pilih Akaun Bank.
- Lepas tu, masukkan nombor akaun bank yang ingin Anda semak.
- Seterusnya masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan. Klik Semak Maklumat.
- Pada laman tersebut Anda akan dapatkan maklumat berikut:
- Tiada Laporan Diperolehi: Apabila nombor akaun bank yang Anda masukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
- Namun, sekiranya nombor akaun bank tersebut pernah dilaporkan, Anda akan mendapat maklumat mengenai akaun tersebut.
Semak No Telefon Scammer
Di Portal CCID, Anda boleh check nombor telefon scammer juga. Sila ikuti langkah berikut:
- Buka portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my
- Pada bahagian kategori, sila Nombor Telefon.
- Masukkan nombor telefon yang ingin check.
- Isikan captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan. Klik Semak Maklumat.
- Tiada Laporan Diperolehi: Apabila nombor telefon bank yang Anda masukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
- Walau bagaimanapun, sekiranya nombor HP tersebut pernah dilaporkan, Anda akan mendapat maklumat mengenai akaun tersebut.
Baca juga cara semak nama blacklist Bank Negara online.
Aplikasi Check Scammer Online
Selain melalui laman website CCID, Anda juga boleh buat semakan melalui HP. Sehingga Anda tidak tertipu semasa membuat pemindahan wang kepada pihak ketiga yang Anda tidak kenali seperti contoh pembelian atas talian.
- Sila buka aplikasi Google Playstore atau App Store, kemudian buat carian Semak Mule CCID.
- Seterusnya download dan instal aplikasi tersebut.
- Sila pilih kategori akaun bank atau no telefon.
- Masukkan nombor akaun bank atau no telefon yang ingin Anda semak.
- Apabila Anda mendapat amaran report polis, Anda boleh mengelakkan daripada meneruskan transaksi dan membuat laporan terus melalui pihak PDRM.
- Selesai.
Selain perkhidmatan online ini, Anda juga boleh membuat semakan, laporan atau pertanyaan melalui saluran berikut:
- CCID Scam Response Center : 03- 2610 1559 / 03- 2610 1599
- Whatsapp CCID Infoline : 013- 211 1222
- Facebook: @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP
Tips Mencegah Tipu Online
Berhati-hati setiap kali Anda akan melakukan transaksi melalui internet perlu dilakukan agar Anda tidak menjadi mangsa.
Perkara penting yang mesti Anda perhatikan ialah sentiasa memilih e-commerce dan syarikat yang dipercayai dalam setiap transaksi online. Jika Anda menggunakan kad kredit sebagai kaedah pembayaran, pastikan Anda mengekalkan kerahsiaan maklumat kad kredit Anda.
Demikian penjelasan kami tentang cara melaporkan penipuan dalam talian. Sebagai langkah berjaga-jaga Anda terdedah kepada penipuan, pastikan Anda sentiasa menggunakan perkhidmatan pembayaran yang selamat dan dipercayai.