Hari ini kita nak cakap pasal scholarship JPA yang memang hangat dibincangkan oleh ramai pelajar yang baru habis SPM atau tengah dalam perjalanan nak masuk universiti.
Anda yang baru lepas habis SPM, dengar-dengar biasiswa JPA ni mesti macam peluang emas kan?
Dalam artikel ni, kami akan kongsikan maklumat lengkap tentang biasiswa ni. So, kalau Anda ada kawan-kawan yang tak tau lagi, bolehlah kongsi info ni.
Apa Itu Biasiswa JPA
Scholarship JPA atau biasanya dipanggil biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan satu tajaan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.
Biasiswa ni memang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dan berjaya dalam peperiksaan SPM.
Tujuan utama biasiswa ni ialah untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dalam dan luar negara.
Kelebihan Biasiswa JPA
Kalau Anda terfikir, “Eh, kenapa la nak susah-susah apply Biasiswa JPA ni?” Hang on, ada beberapa kelebihan yang Anda patut ambil kira:
- Biasiswa JPA ni boleh cover semua kos pengajian dari segi yuran, elaun, kos sara hidup, dan sebagainya. Jadi, tak payah la Anda risau pasal duit belanja.
- Pelajar yang dapat Biasiswa JPA berpeluang nak belajar di universiti-universiti terkemuka dalam dan luar negara.
- Biasiswa ni ada syarat yang pelajar kena sedia untuk berkhidmat dalam sektor awam selepas tamat pengajian. So, kalau Anda minat dengan kerjaya dalam perkhidmatan awam, ni peluang emas.
- Kalau dapat biasiswa untuk belajar luar negara, Anda bukan sahaja dapat ilmu, malah pengalaman hidup yang sangat berharga.
Senarai Program Persediaan SPM
Senarai program persediaan yang ditaja di bawah program khas lepasan sijil pelajaran Malaysia dalam negara.
Number | PROGRAM PERSEDIAAN |
---|---|
1 | Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) |
2 | Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) |
3 | Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) |
4 | Asasi Universiti Awam (UA) Contoh: Asasi UIAM, Asasi Sains UM, Asasi UNIMAS, Asasi UMS, Asasi UniSZA, Asasi Pengajian Islam UM, Tahmidi USIM, Asasi UKM dan lain-lain |
5 | Program ASASIpintar, Pusat PERMATApintar Negara |
6 | Program Persediaan di International Islamic School Malaysia (IISM) |
7 | Foundation IPTS5: Foundation Programme, A-Level, International Baccalaureate (IB) Diploma Programme, Australian Matriculation (AUSMAT) |
Senarai Universiti dan Bidang Penajaan
Number | INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI |
---|---|
1 | Universiti Malaya (UM) |
2 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
3 | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
4 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |
5 | Universiti Sains Malaysia (USM) |
6 | Universiti Malaysia Pahang (UMP) |
7 | Universiti Utara Malaysia (UUM) |
8 | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
9 | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
10 | Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) |
11 | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
12 | Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) |
13 | Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) |
14 | Universiti Malaysia Terengganu (UMT) |
15 | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) |
16 | Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) |
17 | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) |
18 | Universiti Malaysia Sabah (UMS) |
19 | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) |
20 | Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA |
Nota: Semua bidang kecuali Pendidikan, Penerbangan, Kejururawatan, Separa Perubatan, Kursus Profesional, Program Berkembar.
Number | INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI | Bidang Pengajian |
---|---|---|
1 | International Medical University (IMU) | Perubatan |
2 | Monash University Malaysia | Perubatan |
3 | Universiti Kuala Lumpur – Royal College of Medicine Perak | Perubatan |
4 | UCSI University | Perubatan |
5 | University of Cyberjaya (UoC) | Perubatan |
6 | Management & Science University (MSU) | Perubatan |
7 | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) | Perubatan |
8 | Taylor’s University | Perubatan |
9 | SEGi University | Perubatan |
10 | Lincoln University College | Perubatan |
11 | WIDAD University College | Perubatan |
12 | International Medical University | Pergigian |
13 | SEGi University | Pergigian |
14 | Lincoln University | Pergigian |
15 | UCSI University | Farmasi |
16 | International Medical University (IMU) | Farmasi |
17 | University of Cyberjaya (UoC) | Farmasi |
18 | SEGi University | Farmasi |
19 | Lincoln University College | Farmasi |
20 | Monash University Malaysia | Farmasi |
21 | Management & Science University Malaysia | Farmasi |
22 | Taylor’s University | Farmasi |
23 | Universiti Kuala Lumpur – Royal College of Medicine Perak | Farmasi |
24 | UTM - Malaysia Japan International Institute of Technology | Kejuruteraan |
25 | (MJIIT) | Kejuruteraan |
26 | Universiti Teknologi Petronas (UTP) | Kejuruteraan |
27 | Monash University Malaysia | Kejuruteraan |
28 | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) | Kejuruteraan |
29 | Multimedia University (MMU) | Kejuruteraan |
30 | Universiti Kuala Lumpur (UniKL) | Kejuruteraan |
31 | Taylor’s University | Kejuruteraan |
32 | The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM) | Kejuruteraan |
33 | Manipal International University | Kejuruteraan |
34 | Swinburne University of Technology Sarawak Campus | Kejuruteraan |
35 | Curtin University, Malaysia | Kejuruteraan |
36 | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) | Kejuruteraan |
37 | UCSI University | Kejuruteraan |
38 | Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) | Kejuruteraan |
39 | SEGi University | Kejuruteraan |
40 | Tunku Abdul Rahman University College | Kejuruteraan |
41 | TATI University College | Kejuruteraan |
42 | Taylor’s University | Seni bina |
43 | UCSI University | Seni bina |
44 | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) | Seni bina |
45 | Universiti Teknologi Petronas (UTP) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
46 | International Medical University (IMU) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
47 | Monash University Malaysia | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
48 | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
49 | Universiti Kuala Lumpur (UniKL) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
50 | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
51 | Curtin University, Malaysia | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
52 | The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
53 | Swinburne University of Technology Sarawak Campus | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
54 | UCSI University | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
55 | Multimedia University (MMU) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
56 | Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
57 | Management And Science University (MSU) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
58 | Taylor’s University | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
59 | Asia Pacific University Of Technology & Innovation (APU) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
60 | Sunway University | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
61 | SEGi University | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
62 | Manipal International University | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
63 | University of Cyberjaya (UoC) | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
64 | Lincoln University College | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
65 | Tunku Abdul Rahman University College | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
66 | University College TATI | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
67 | Widad University College | Sains dan Teknologi & Sains Sosial |
Syarat Permohonan
Pelajar mestilah memenuhi syarat umum berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kesihatan yang baik
- Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama
- Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian
- Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan).
- Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
Syarat Khusus Calon
Pelajar mestilah memenuhi syarat umum berikut:
- Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada).
- Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran semasa
Cara Memohon Biasiswa JPA
Pelajar yang berminat, wajib mengisi profiling secara online di laman web http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada senarai calon yang dipaparkan dalam laman web berkenaan sahaja.
Pastikan Anda membuat permohonan sesuai dengan tarikh yang ditetapkan oleh JPA, sebab kalau Anda buat permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Nak tahu cara memohon biasiswa ni? Jangan risau, kita bagi step by step:
- Pastikan Anda layak memohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Biasiswa ni memang competitive, so Anda kena ada result yang baik.
- Portal permohonan akan dibuka selepas keputusan SPM diumumkan.
- Isi borang permohonan mengikut arahan yang diberikan dalam portal. Jangan lupa letak semua maklumat dengan betul.
- Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Tunggu je la keputusan. Kalau berjaya, tahniah! Kalau tak, jangan putus asa. Banyak lagi peluang lain.
Cara Memohon Program Penajaan JPA ePermohonan
Dah pernah dengar tak tentang ePermohonan untuk program penajaan JPA? Kalau Anda tengah fikir nak memohon biasiswa atau program penajaan JPA, berikut kami kongsi cara-cara nak memohon program penajaan JPA melalui ePermohonan.
- Pertama sekali, Anda kena buka laman web ePermohonan JPA.
- Bila dah sampai kat laman ePermohonan, Anda akan nampak butang Daftar kat halaman utama.
- Lepas Anda klik, mesti keluar borang pendaftaran akaun pengguna. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tu.
- Lepas dah isi semua, tekan butann Teruskan Pendaftaran.
- Lepas Anda daftar akaun, Anda akan dapat emel pengaktifan dari ePermohonan JPA. Biasanya, emel ni hantar secara automatik, so check la emel Anda.
- Kalau emel tu tak nampak dalam Inbox, jangan risau. Check dalam Spam atau Junk Mail folder. Kadang-kadang emel ni tersalah terus masuk situ.
- Kalau betul-betul tak jumpa, Anda boleh klik butang Masalah Log Masuk kat halaman utama ePermohonan tu. Diorang akan tolong hantar emel pengaktifan semula.
- Bila akaun Anda dah aktif, balik la ke laman ePermohonan JPA tu.
- Kat situ, Anda boleh la tekan butang Log Masuk.
- Lepas dah log masuk, Anda akan nampak senarai program penajaan yang boleh Anda pohon. Pilih la program yang sesuai dengan minat dan keperluan Anda.
- Baca betul-betul syarat-syarat dan arahan yang diberikan untuk setiap program. Kalau ada dokumen yang perlu disediakan, pastikan Anda dah ada semua sebelum nak teruskan permohonan.
- Bila dah yakin semua betul, tekan butang Mohon atau Apply yang ada di bawah setiap program.
- Selesai.
Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman (JKPJ)
Program Khas JKPJ ni sebenarnya Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.
Program ni memang penuh dengan peluang menarik untuk pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T), serta Sains Sosial.
Bestnya lagi, program ni berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana Anda akan ditaja untuk belajar luar negara dan kemudian berkhidmat dalam sektor awam Malaysia.
Program Penajaan Nasional (PPN)
Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar berbakat yang telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang, bagi meneruskan pengajian ke universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.
Pelajar-pelajar terpilih akan diberikan penajaan untuk menempuh pengajian peringkat Persediaan hingga Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bagi mereka yang ingin mengambil Ijazah Pertama, peluang diberikan untuk memilih dari senarai 20 universiti yang telah dipilih berdasarkan Ranking Universiti Sedunia Quacquarelli Symonds (QS) dalam pelbagai bidang.
Senarai ini merangkumi universiti-universiti dari tiga buah negara utama iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Australia.
Program Khas Bagi Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
Program Khas LSPM merupakan satu program penajaan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diberikan kepada pelajar berprestasi tinggi yang telah mendapat sekurang-kurangnya 9A+ dalam SPM, bagi melanjutkan pengajian dalam negara.
Pelajar-pelajar terpilih akan diberikan penajaan untuk mengejar pengajian dari peringkat Persediaan hingga Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang telah ditetapkan dalam negara.
Walau bagaimanapun, penajaan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Punca Kena Senarai Hitam JPA
Kena senarai hitam oleh JPA adalah perkara serius dan boleh membawa implikasi besar terhadap peluang pelajar untuk mendapatkan penajaan atau biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pelajar tersebut mungkin tidak akan mendapat peluang penajaan atau biasiswa daripada JPA dalam masa yang akan datang. Punca kena senarai hitam JPA boleh termasuk:
- Sekiranya pelajar terlibat dalam kesalahan etika atau disiplin di sekolah atau dalam aktiviti-aktiviti sosial, boleh menyebabkan pelajar disenarai hitam oleh JPA.
- Memberikan maklumat palsu atau memalsukan dokumen semasa memohon program atau biasiswa JPA boleh menyebabkan pelajar disenarai hitam.
- Jika pelajar yang sudah dianugerahkan penajaan atau biasiswa JPA gagal menjalankan tanggungjawab mereka, seperti tidak mengikuti pengajian dengan baik atau tidak mencapai prestasi yang diharapkan, ini juga boleh menyebabkan mereka disenarai hitam.
- Pelajar yang tidak mematuhi peraturan dan garis panduan program penajaan JPA, seperti tidak mematuhi tempoh pengajian atau tidak memberi laporan perkembangan seperti yang dikehendaki.
- Jika terdapat aduan atau maklumat negatif tentang pelajar dari institusi pengajian, guru, atau pihak berkuasa yang berkaitan, ini boleh membawa kepada senarai hitam.
- Berkahwin tanpa kelulusan daripada pihak jpa scholar semasa tempoh pengajian.
- Tidak melaporkan diri setelah tamat pengajian kepada pihak jpa scholar.
Hotline JPA Scholarship Contact Number
Anda boleh hubungi hotline JPA di talian 03-8885 3297. Ingat, waktu operasi hotline ni dari jam 9.00 pagi hingga 4:00 petang.
Selain daripada hotline, Anda juga boleh dapatkan maklumat melalui emel. JPA ada menyediakan alamat emel untuk pelbagai pertanyaan yang Anda mungkin ada:
- Pelajar Tajaan (Dalam Negara): Kalau Anda pelajar dalam negara yang nak tahu pasal tajaan, emel lspdn@jpa.gov.my adalah alamat yang Anda boleh guna.
- Hadiah Latihan Persekutuan / Latihan Dalam Perkhidmatan: Untuk maklumat tentang latihan dalam perkhidmatan, hantarkan emel ke ldp@jpa.gov.my.
- Elaun dan Kemudahan (Pegawai dan Pelajar Tajaan): Nak tahu tentang elaun dan kemudahan? Emel ke bayaran.bmi@jpa.gov.my untuk dapatkan maklumat.
- Bayaran Balik Pinjaman / Gantirugi Biasiswa: Kalau nak tanya pasal bayaran balik pinjaman atau gantirugi biasiswa, hantarkan emel ke kutipan@jpa.gov.my.
- Pelajar Tajaan (Kolej Persediaan dan Luar Negara): Bagi yang nak tahu tentang pelajar tajaan untuk kolej persediaan atau luar negara, emel ke lspln.bmi@jpa.gov.my.
Biasiswa JPA memang satu peluang yang tak boleh dilepaskan oleh pelajar-pelajar cemerlang Malaysia. Dengan pembiayaan penuh dan peluang belajar di universiti terkemuka, siapa tak nak kan?
Jadi, untuk Anda yang bakal lepas SPM atau tengah dalam proses permohonan, jangan takut untuk cuba. Siapa tahu, Anda boleh jadi salah seorang yang bertuah dapat biasiswa ni.
Itulah beberapa perkara penting tentang scholarship JPA. Kalau Anda ada kawan yang tengah keliru pasal benda ni, jangan lupa share artikel ni kat diorang.
Manfaatkan peluang emas ni untuk cemerlang dalam bidang pendidikan.