Cara Memohon Pinjaman Peribadi RHB Easy Loan

Posted on

RHB Easy Loan ialah perkhidmatan pinjaman wang yang dimiliki oleh RHB Bank. Pelanggan boleh menggunakan RHB Easy Loan untuk memenuhi keperluan harian mereka, sebagai dana kecemasan, dan modal perniagaan.

Banyak bank konvensional dan institusi kewangan lain menawarkan pinjaman wang segera, dan faedah rendah dalam talian. Di RHB Easy Loan, Anda boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM150,000.

Melalui pinjaman ini, Anda boleh menggunakannya untuk keperluan peribadi dan perniagaan. Bayar bil hospital, keperluan rumah dan banyak lagi. Di bawah ini kami kongsikan maklumat lengkap mengenai pinjaman peribadi RHB Easy Loan.

RHB Easy Loan
RHB Easy Loan

Kelebihan RHB Easy Loan

Berikut adalah kelebihan RHB Easy loan yang ditawarkan.

  • Pembiayaan sehingga RM150,000.
  • Kadar Faedah Serendah 12.75% p.a. (bersamaan dengan Kadar Rata 6.91%).
  • Sektor Swasta Umur antara 21 dan 60 tahun.
    Kelulusan dan pengeluaran di tempat.
  • Serendah RM46.54/bulan.
  • Tempoh sehingga 7 tahun.
  • Penyatuan hutang.
  • Kaedah Pembayaran Balik Bulanan (Pembayaran sendiri dan arahan Auto debit).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon RHB Easy Loan adalah bergantung kepada jenis pekerjaan Anda. Di bawah ini adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon:

Jika Pekerja

  • Salinan MyKad (depan dan belakang).
  • Slip Gaji / Penyata Komisen 1 bulan terkini.
  • Penyata bank 1 bulan terkini.
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini.
  • Borang B/BE terkini (dengan resit pembayaran yang telah disahkan kepada LHDN).

Jika Bekerja Sendiri

  • Salinan MyKad (depan dan belakang).
  • Borang 9, 24, 49 atau Sijil Pendaftaran Perniagaan.
  • Penyata bank 1 bulan terkini.

Jika penerima komisen

  • Salinan MyKad (depan dan belakang).
  • Slip Gaji / Penyata Komisen 6 bulan terkini.
  • Penyata bank 6 bulan terkini.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi RHB Easy Loan

Sila ikuti cara mohon pinjaman peribadi RHB Easy loan berikut ini.

Anda boleh mohon RHB Easy Loan melalui mana-mana cawangan RHB Bank yang berdekatan.

  1. Kunjungi cawangan RHB, pastikan Anda membawa senarai syarat dan dokumen diatas.
  2. Selepas sampai di bank, sila cakap kepada staff bank kalau Anda nak buat pinjaman peribadi RHB Easy loan.
  3. Ambil nombor giliran yang diberikan, tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
  4. Setelah nombor giliran Anda di panggil, sila berikan semua dokumen yang Anda bawa.
  5. Isi borang permohonan pinjaman peribadi RHB yang diberikan oleh staff bank. borang permohonan pinjaman peribadi RHB
  6. Pihak bank akan memberikan keputusan permohonan dalam tempoh 24 jam sekiranya semua dokumen lengkap. Duit pula akan masuk ke dalam akaun bank pilihan Anda dalam tempoh 24-48 jam selepas lulus.
  7. Selesai.

Sebelum mohon pinjaman RHB Easy Loan, pastikan Anda telah mengetahui syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Jika Anda mengalami telat pembayaran, akan dikenakan penalti mengikut waktu keterlambatan.

Sekiranya Anda pekerja swasta, Anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi untuk swasta gaji rendah. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.