Tak boleh log masuk BSN online? Jangan risau, sebab Anda boleh dapatkan semula hak akses untuk log masuk akaun myBSN Anda dengan cara yang kami kongsikan dalam artikel ini.
Seiring dengan perkembangan teknologi, perkhidmatan perbankan internet telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden yang mengiringi aktiviti harian kita.
Di sebalik segala kemudahan yang diberikan, sebenarnya ada risiko yang kadangkala terlupa atau kita tidak ambil peduli dengan ancaman tersebut.
Istilah jenayah perbankan dalam dunia internet dikenali sebagai Hacking atau Cyber Crime. Jenayah internet ini menjadi lebih mudah berlaku apabila kita tidak memahami cara untuk menjamin transaksi online di bank.
Jadi jika akaun myBSN Anda disekat atau terdapat error semasa akan log masuk, boleh jadi pihak bank ingin selamatkan Anda dari Cyber Crime/penipuan. Selain itu, boleh jadi akaun Anda disekat atau di block kerana kesalahan Anda sendiri sebab salah masukkan username dan password beberapa kali.
Reset Password BSN Online Banking
Sekiranya akaun Anda telah di block oleh pihak bank, Anda boleh cuba cara ini:
- Klik pautan website https://www.mybsn.com.my
- Klik menu Log Masuk, myBSN.
- Klik Forgot Password.
- Masukkan Username.
- Masukkan Nombor Debit Card/Credit card.
- Masukkan CVV (CVV adalah nombor tiga digit yang dicetak di ruang tandatangan di bahagian belakang kad Anda)
- Expiry Date, masukkan Bulan dan Tahun.
- Masukkan IC Number.
- Klik Submit.
- Selepas itu Anda akan dibawa ke laman untuk membina kata laluan BSN online baru.
- Paparan akan menunjukkan username Anda, pastikan bahawa username tersebut adalah betul milik Anda.
- Masukkan kata laluan baru (New Password). Contoh: Kereta123!
- Masukkan kembali kata laluan baru (Confirm Password).
- Request OTP, masukkan OTP tersebut di bahagian OTP Number.
- Klik Submit, selesai.
Sekarang Anda boleh login myBSN online banking seperti biasanya.
Macam mana jika akaun saya dormant? Anda boleh baca artikel cara aktifkan semula akaun BSN.
Cara Tukar Password BSN Online
Ikuti langkah-langkah cara tukar password BSN online berikut, jika Anda ingin menukar kata laluan lama dengan kata laluan baru yang lebih mudah di ingat:
- Lawati pautan rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Klik Yes, untuk sahkan Security Image Anda.
- Masukkan Password Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Profile Management.
- Kemudian, pilih Change Password.
- Klik Request TAC.
- Kemudian, masukkan Nombor TAC yang dihantar ke handphone Anda melalui SMS.
- Sila buat Kata Laluan Anda yang baru.
- Masukkan sekali lagi Kata Laluan baru Anda untuk disahkan.
- Seterusnya, klik Confirm.
- Tahniah, Anda berjaya menukar password BSN Anda.
Cara ini digunakan bagi Anda yang masih boleh log masuk akaun myBSN. Dan untuk Anda yang terlupa username dan password BSN online banking myBSN, Anda boleh ikuti langkah di bawah ini.
Soalan Lazim
Beberapa soalan lazim berkaitan dengan internet banking BSN:
1. Adakah langkah keselamatan yang perlu saya ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan saya?
Jangan login MyBSN melalui mana-mana pautan emal, adalah lebih selamat jika Anda menaip alamar URL, iaitu www.mybsn.com.my dan login dari sana.
2. Sekiranya ada masalah untuk login, apa yang perlu saya buat?
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 atau +603-2613-1900 (luar negara). BSN sedia membantu Anda 24 jam sehari.
3. Bolehkah saya gunakan Username sebagai Kata Laluan?
Sebagai langkah keselamatan, Anda dinasihati tidak menggunakan Username sebagai Kata Laluan. Sentiasa gunakan kata laluan yang berlainan daripada nama pengguna.