Kad debit Alliance Bank adalah salah satu jenis kad yang boleh digunakan untuk melakukan transaksi di mana-mana sahaja di dunia.
Namun, kad ini mempunyai tarikh luput dan jika Anda tidak memperbaharui kad Anda, ia tidak akan dapat digunakan lagi. Oleh itu, penting untuk Anda memperbaharui kad Anda sebelum ia expired.
Biasanya, pihak bank akan hantar kad debit baru ke alamat rumah Anda tiga (3) bulan sebelum Kad Debit/-i sedia ada Anda tamat.
Kad akan dihantar melalui kurier ke alamat di Malaysia/Singapura. Dan jika alamat ialah alamat Peti Surat, kad baharu Anda akan dihantar melalui surat biasa.
Tapi, kalau alamat surat-menyurat Anda adalah alamat luar negara macam Indonesia, Thailand, Australia, Anda boleh menghubungi pihak Alliance Bank untuk mengatur agar kad dihantar ke alamat luar negara dimana caj kurier akan dikenakan dan ditanggung oleh pelanggan.
Sebagai alternatif, Anda boleh mengemas kini alamat surat menyurat ke alamat tempatan 3 bulan sebelum pihak Alliance Bank menghantar Kad Debit/-i baharu Anda.
So sila semak alamat surat menyurat bagi akaun Semasa atau Simpanan terkini Anda terlebih dahulu dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Alliance Bank di +603 5516 9988 atau melalui Allianceonline.
Bila Anda dah dapatkan kad debit baru tu, Anda dinasihatkan untuk segera aktifkan kad debit Alliance Bank baharu Anda dalam masa 1 bulan melalui laman web allianceonline, aplikasi mudah alih allianceonline atau di mana-mana mesin ATM.

Cara Renew Kad Alliance Bank Expired di Cawangan
Sekiranya Anda tidak menerima kad Anda, Anda boleh mengunjungi cawangan Alliance Bank yang berdekatan untuk menggantikan Kad Debit/-i Anda tanpa sebarang bayaran.
Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk memperbaharui kad debit Alliance Bank di cawangan:
- Langkah pertama yang perlu Anda lakukan adalah pergi ke cawangan Alliance Bank terdekat. Pastikan Anda membawa kad lama Anda dan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport.
- Sekali Anda tiba di cawangan, pergi ke kaunter dan beritahu kakitangan bahawa Anda ingin memperbaharui kad debit Anda yang telah tamat tempoh. Kakitangan bank akan memberikan borang permohonan untuk Anda diisi.
- Pada borang permohonan, Anda perlu mengisi butiran peribadi seperti nama, alamat, dan nombor telefon. Kemudian, serahkan borang permohonan dan dokumen pengenalan diri yang diperlukan seperti kad pengenalan atau pasport.
- Setelah kakitangan bank menerima borang permohonan dan dokumen yang diperlukan, mereka akan memproses permohonan Anda. Anda perlu menunggu sebentar sementara mereka mengambil kad baru Anda.
- Setelah kakitangan bank selesai membuat kad baru Anda, mereka akan memberikannya kepada Anda. Pastikan Anda memeriksa butiran pada kad baru Anda dan pastikan semuanya betul. Kemudian, kakitangan bank akan memberitahu Anda langkah-langkah untuk mengaktifkan kad baru Anda.
Pengaktifan Kad Debit
Lepas Anda dapatkan kad debit baru, Anda dinasihatkan untuk segera aktifkan Kad Debit/-i tersebut selewat-lewatnya 1 bulan selepas tamat tempoh Kad Debit/-i sedia ada Anda.
Sebab selepas itu, Kad Debit/-i baru tidak boleh diaktifkan lagi. Anda boleh memohon Kad Debit/-i baharu di cawangan Alliance Bank yang berdekatan.
Bila Anda telah berjaya mengaktifkan Kad Debit/-i baharu Anda, sila musnahkan kad lama atau tamat tempoh anda serta-merta dengan memotongnya kepada beberapa bahagian dan memastikan bahagian cip dan jalur magnetik rosak sepenuhnya.
Pastikan PIN 6 Digit Kad Debit/-i Anda ada bersama Anda dan jangan pernah bagi ataupun dedahkan PIN Kad Debit/-i anda kepada sesiapa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Alliance Bank di +603-5516 9988.