Kalau kereta tu dah jadi sebahagian dari hidup kita, renew insurans kereta Etiqa memang tak boleh elak. Tapi, jujur cakap, proses nak renew insurans kereta ni boleh jadi leceh, kan?
Barisan panjang kat kaunter, tunggu nombor giliran, dan tak lupa juga, kadang-kadang kita kena ulang-alik ke sana sini untuk uruskan dokumen.
Memang buang masa, tenaga, dan kadang-kadang buat kita stress habis.
Tapi, sekarang dah ada cara mudah nak elak semua masalah ni. Dengan kemudahan teknologi yang ada, Anda dah boleh renew insurans kereta secara online je.
Tak perlu keluar rumah, tak perlu tunggu lama, semua boleh settle dengan beberapa klik je. Hanya perlu masukkan maklumat kenderaan, pilih polisi yang sesuai, buat bayaran online, dan siap! Insurans Anda pun dah di renew, dan Anda boleh teruskan perjalanan dengan tenang.
Cara Renew Insurans Kereta Etiqa Online
Sila ikuti step cara renew insurans kereta Etiqa secara online di bawah ni:
- Layari laman web https://www.etiqa.com.my/v2/car-insurance-takaful
- Anda akan melihat 2 jenis bahagian iaitu Takaful Kereta dan Insurans Kereta. Sila baca maklumat yang tertera pada kedua-dua bahagian. Lepas tu klik Apply Online pada insurans yang Anda inginkan.
- Masukkan Nombor Plat Kenderaan pada ruangan, klik Find My Vehicle. Macam kami, memang guna insurans dari Etiqa jadi dia ada record. Sekiranya Anda belum pernah daftar ataupun renew, Anda boleh klik New Car With No Plate Number.
- Jumlah harga insurans dan maklumat kenderaan Anda akan dipaparkan.
- Pilih Sum Covered, lepas tu klik Add Bank Account.
- Masukkan maklumat akaun bank. Klik Continue.
- Sila baca maklumat yang dinyatakan dalam laman Declaration dengan berhati-hati. Lepas tu tAnda bahagian declaration.
- Pilih payment method, macam kami guna Maybank2u. Klik Pay Now.
- Sila klik Download transaction summary untuk memuat turun semua dokumen insurans Anda yang diperlukan.
- Selesai.
Lepas Anda berjaya perbaharu insuran kereta Etiqa, kami nasihatkan Anda untuk semak insurans kereta Etiqa secara online, untuk pastikan kalau insurans Anda dah betul-betul dikemaskini.
Sebelum tamat tempoh, pastikan bahawa Anda memperbaharui maklumat insurans seperti alamat, nombor telefon, dan maklumat kereta. Langkah ni untuk pastikan bahawa Anda mendapat perlindungan yang sepenuhnya sekiranya terjadi kemalangan.
Kelebihan Insurans Kereta Etiqa
Berikut adalah beberapa kelebihan jika Anda memperbaharui insurans dengan Etiqa:
- Etiqa menawarkan pelbagai jenis takaful dan insurans untuk memenuhi keperluan Anda, termasuk perlindungan kereta, rumah, dan pelancongan.
- Etiqa menawarkan banyak cara untuk membuat pembelian dan memperbaharui insurans, termasuk melalui laman web, aplikasi, dan cawangan. Proses pembelian dan pembaharuan insurans juga mudah dan pantas.
- Etiqa menawarkan pelbagai pilihan plan dan tahap perlindungan yang disesuaikan dengan keperluan dan bajet Anda.
- Etiqa mempunyai pasukan bantuan dan sokongan pelanggan yang berkualiti tinggi yang sentiasa sedia untuk membantu dan membimbing Anda sepanjang proses pembelian dan pembaharuan insurans.
Dengan memperbaharui insurans dengan Etiqa, Anda boleh memastikan bahawa Anda mendapat perlindungan yang lengkap, mudah, dan berpatutan. Etiqa juga menawarkan bantuan dan sokongan pelanggan yang berkualiti tinggi, sehingga Anda boleh merasa yakin dan selesa dengan proses pembaharuan insurans.
Itulah cara renew insurans kereta Etiqa secara online. Anda boleh memastikan bahawa insurans kereta Anda selalu dalam keadaan yang baik dan memastikan keselamatan dan keselesaan Anda sewaktu berkendara.