PruBSN Touch merupakan sebuah portal pelanggan yang memberikan aksesibiliti kepada anda untuk melihat maklumat sijil anda dan melakukan perkhidmatan kendiri terpilih pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Anda boleh mengakses PruBSN Touch menggunakan pelayar Google Chrome, Internet Explorer, FireFox, dan Mozilla. PruBSN Touch telah dioptimumkan untuk diakses melalui peranti mudah alih yang menggunakan sistem operasi iOS atau Android.
Semua pelanggan PruBSN (peserta) yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) sijil aktif boleh mendaftar sebagai pengguna PruBSN Touch.
Perkhidmatan Yang Disediakan oleh PruBSN Touch
PruBSN Touch menyediakan pelbagai perkhidmatan yang memudahkan anda menguruskan urusan insurans anda secara dalam talian.
Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang ditawarkan:
- Maklumat Sijil Anda boleh melihat maklumat terperinci mengenai sijil insurans anda, termasuk butiran perlindungan dan tempoh sah sijil tersebut.
- Butiran Sumbangan PruBSN Touch memaparkan butiran sumbangan anda, membolehkan anda melihat jumlah sumbangan yang telah dibayar dan sejarah pembayaran.
- Pembayaran Sumbangan Anda boleh membuat pembayaran sumbangan insurans anda secara dalam talian melalui PruBSN Touch, menjimatkan masa dan usaha anda.
- Butiran Tuntutan PruBSN Touch membolehkan anda melihat butiran tuntutan insurans anda, memberikan gambaran jelas mengenai status tuntutan anda.
- Maklumat Saluran Jualan Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai saluran jualan insurans PruBSN dan memahami lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan.
- Maklumat Produk dan Pemasaran PruBSN Touch memberikan anda akses kepada maklumat terkini mengenai produk dan strategi pemasaran yang sedang dijalankan.
- Panduan Cawangan dan Hospital Panel Anda boleh mencari dan mendapatkan maklumat mengenai cawangan PruBSN serta senarai hospital panel yang terdapat dalam rangkaian insurans.
- Muat Turun Borang PruBSN Touch menyediakan pautan untuk muat turun borang-borang berkaitan insurans, memudahkan anda dalam urusan berkaitan dokumen.
- Penukaran Profil Keselamatan Peribadi Anda boleh mengubah kata laluan, frase selamat, warna, dan soalan keselamatan anda secara dalam talian untuk memastikan maklumat anda selamat.
- Kemaskini Maklumat Hubungan Dalam Talian Anda boleh mengemaskini maklumat hubungan seperti alamat emel dan alamat rumah anda secara dalam talian.
- Kemaskini Maklumat e-Kredit PruBSN Touch membolehkan anda mengemaskini maklumat e-kredit anda untuk urusan pembayaran dalam talian yang lebih lancar.
- Lihat dan Muat Turun Penyata Dalam Talian Anda boleh melihat dan memuat turun penyata insurans anda dalam talian melalui PruBSN Touch.
PruBSN Touch Register dan Login
Berikut adalah step-by-step cara daftar PruBSN Touch:
- Pertama sekali, taip atau klik pautan https://app.prubsn.com.my
- Lepas tu tekan butang Register Now.
- Masukkan butiran berikut: Certificate Number (sila rujuk ejen anda), Nombor Kad Pengenalan dan Nombor telefon bimbit (sama dengan nombor semasa daftar polisi). Tekan Next.
- Secara automatik nombor TAC akan dihantar ke SMS.
- Lepas tu masukkan no TAC. Tekan Next.
- Isikan login information yang Anda nak: Username, Password dan Confirm Password. Untuk password perlu ada sekurang-kurangnya 8 character dan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (Contoh UpinBest1#). Tekan Next.
- Isikan Secure Phrase (maksimum 12 patah perkataan termasuk space dan minimum 5 patah perkataan Contoh: ipinupin). Anda perlu ingat Secure Phrase sebab setiap kali login akan keluar perkataan tersebut.
- Isikan Security Questions dan Security Answer dan pilih warna yang anda nak. (Security Questions ni untuk tujuan recovery password sekiranya anda terlupa) Tekan Submit.
- Paparan akan tunjuk Secure Phrase dan warna yang anda sudah pilih tadi. Tekan Sign In Now.
- Pada ruangan Username sila isikan username Anda. Tekan Login.
- Lepas tu pastikan paparan Secure Phrase adalah betul milik Anda. Masukkan Password anda. Tekan Submit.
- Anda kena baca Terms & Conditions. Kalau tak nak, Anda boleh scrool down dan klik I Agree.
- Tahniah Anda berjaya buat pendaftaran dan log masuk portal PruBSN.
Apa Itu TAC
Transaction Authorisation Code (TAC) ialah kod keselamatan 6 digit unik yang menyediakan lapisan tambahan pengesahan identiti untuk tujuan keselamatan apabila anda melakukan transaksi dalam talian dan untuk melindungi anda daripada akses tanpa kebenaran ke akaun anda.
TAC akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan PruBSN.
Masa penghantaran bergantung pada volum trafik pembekal perkhidmatan mudah alih anda. Secara purata, ia mengambil masa antara dua (2) hingga lima (5) minit.
Anda hanya boleh mendaftar satu (1) nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC untuk semua sijil di bawah nama anda.
TAC anda hanya boleh digunakan semasa anda masih log masuk ke PruBSN Touch. TAC anda akan tamat tempoh selepas 5 minit.
Anda boleh menggunakan satu (1) TAC untuk satu (1) transaksi atau permintaan sahaja.
Sekiranya Anda ingin menukar no penerima atau no telefon bimbit TAC, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +603-2775 7188 atau kunjungi cawangan PruBSN yang berdekatan.
PruBSN Payment Online
Berikut step by step cara nak buat pembayaran Prudential BSN Takaful secara online, supaya Anda tak perlu pening kepala fikir nak buat pembayaran insurans.
1. Debit Terus atau Kad Debit/Kad Kredit
Langkah pembayaran ni melalui Debit Terus atau Kad Debit/Kad Kredit.
- Log masuk PruBSN
- Klik menu Sumbangan, lepas tu pilih Pendaftaran Debit Terus & Kad.
- Pilih salah satu sijil takaful Anda yang tersenarai
- Tandakan kotak berikutnya jika Anda adalah pembayar sijil. Klik butang Seterusnya.
- Isikan butiran pemegang akaun, klik butang Teruskan.
- Isikan butiran pembayaran bank pilihan Anda, pastikan Anda baca klik terma dan syarat lepas tu klik Setuju. Tekan butang Teruskan.
- Anda akan di bawah ke laman web bank pilihan Anda. Isikan butiran transaksi yang diperlukan.
- Setelah transaksi selesai, Anda akan di bawa semula ke laman PruBSN Touch.
- Bagi transaksi yang berjaya RM1/RM5 akan di tolak daripada akaun Anda.
- Klik Sejarah Pendaftaran untuk mengetahui status pendaftaran Anda. Status pendaftaran Anda akan dikemaskini dalam masa 3 hari.
- Tahniah, Anda telah berjaya membuat pembayaran.
2. Call to Pay
Ikuti langkah ini untuk membuat pembayaran sumbangan anda:
- Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +603 2775 7188.
- Pilih Bahasa (Tekan 1 – Bahasa Inggeris, Tekan 2 – Bahasa Malaysia).
- Tekan 1 untuk Pelanggan dan masukkan Nombor IC.
- Tekan 0 untuk bercakap dengan Wakil Khidmat Pelanggan.
- Tekan 1 untuk Pembayaran.
Waktu Operasi Khidmat Pelanggan: Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).
3. Perbankan Internet
Anda boleh memilih untuk membayar melalui perbankan internet melalui bank pilihan anda.
Platform perbankan dalam talian berikut tersedia untuk anda membuat pembayaran anda.
- Maybank2u
- CIMB Clicks
- Affin Online
- Bank Islam
- myBSN
- iRakyat
4. Melalui Cawangan
Jika anda lebih suka melawat untuk membantu pembayaran anda. Anda boleh membuat pembayaran melalui:
- Cash
- Cheque
- Credit Card
Reset Password PruBSN Touch / Terlupa Username
Terlupa kata laluan atau username PruBSN Touch? Jangan risau, sebab sekarang PruBSN dah senang kan cara untuk reset kata laluan Anda.
Kalau Anda terlupa kata laluan untuk log masuk ke akaun PruBSN Touch boleh ikuti step ni.
- Anda pergi ke muka surat log masuk https://app.prubsn.com.my. Lepas tu, klik kat Forgot Username/ Password.
- Masukkan nombor NRIC Baru/ NRIC Lama/ Nombor Pasport dalam bahagian maklumat sijil.
- Taip kod Transaction Authorisation Code (TAC) yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang Anda daftar.
- Sahkan frasa selamat Anda untuk tengok Username.
- Klik Reset Password.
- Taip Password Baru Anda dan pastikan taip semula kata laluan baru tu.
- Sahkan yang kata laluan dah berjaya ditukar dan klik Sign in now untuk masuk balik akaun Anda.
Anda dah boleh tukar kata laluan PruBSN Touch Anda yang baru. Jadi, jangan risau kalau terlupa kata laluan lagi. Follow je langkah ni, pasti Anda boleh masuk balik akaun dengan mudah.
Bila nak tukar password atau kata laluan lagi, Anda juga boleh menukar kata laluan anda di bawah menu My Profile selepas anda log masuk ke akaun PruBSN Touch anda.
Akaun PruBSN Kena Block / Tak Boleh Login
Akaun anda akan deactivated secara automatik jika anda tidak log masuk ke PruBSN Touch selama 365 hari.
Untuk mengaktifkan semula akaun PruBSN Touch anda, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +603-2053 7118 atau pergi ke mana-mana cawangan PruBSN untuk mendapatkan bantuan.
Anda nak tau camne nak hubungi Customer Service Centre PruBSN kalau akaun Anda kena block, kan? Kami tunjuk step by step yang Anda kena buat:
1. Call Customer Service Centre
Cara hubungi customer service centre PruBSN:
- Ambil telefon Anda dan pastikan Anda ada kredit atau line yang mencukupi.
- Dail nombor +603-2775 7188. Ini nombor Customer Service Centre PruBSN.
- Tunggu je sekejap sampai line dicapai. Kadang-kadang kena bersabar sikit, sebab orang lain pun nak contact dorang jugak.
- Bila dah connect, operator kat seberang tu akan jawab panggilan Anda. Anda cakap je kat dorang yang akaun Anda kena block.
- Operator akan tanya beberapa butiran untuk sahkan identiti Anda. So, pastikan Anda ada maklumat seperti nama, nombor sijil, atau apa-apa yang dia mintak.
- Selepas dorang sahkan identiti Anda, dorang akan explain kenapa akaun Anda kena block dan cara nak atasi.
- Ikut je arahan dorang. Mungkin Anda kena bagi maklumat tambahan atau ikut langkah yang dorang cakap.
- Bila semua settle, operator akan bagitau yang akaun Anda dah tak block lagi.
- Selesai.
2. Walk-in Branch PruBSN
Cara pergi ke cawangan / branch PruBSN:
- Check lokasi branch PruBSN yang paling dekat dengan Anda. Anda boleh cari alamat dia kat website PruBSN.
- Pastikan Anda bawak dokumen pengenalan diri yang sah. Boleh bawak IC atau pasport.
- Kalau ada, bawak juga nombor sijil insurans Anda. Ini untuk buktikan identiti Anda.
- Pergi ke branch PruBSN yang Anda dah pilih. Kalau tak pasti alamat, boleh tanya Waze atau Google Maps.
- Sampai je, cari kaunter layanan pelanggan atau kaunter bantuan. Kalau tak pasti, boleh tanya staff sana.
- Bila dah jumpa kaunter, cakap je yang akaun Anda kena block. Staff kat kaunter tu akan bagi borang atau tunjuk camne nak proceed.
- Isi borang tu dengan betul. Kalau ada butiran yang tak pasti, boleh tanya staff sana.
- Kalau staff mintak dokumen pengenalan diri atau nombor sijil, bagi je dengan confident. Dorang guna ni untuk sahkan identiti Anda.
- Tunggu je sekejap. Kadang-kadang Anda kena tunggu sebab staff lain pun ada urusan dengan pelanggan.
- Bila giliran Anda, staff akan explain kenapa akaun Anda kena block dan cara nak atasi.
- Ikut je arahan dorang. Kadang-kadang kena isi borang tambahan atau sign dokumen.
- Bila semua settle, pastikan Anda tanya kalau ada langkah tambahan yang perlu Anda buat.
Statements PruBSN
PruBSN telah memperkenalkan versi elektronik statements/penyata, yang membolehkan Anda melihatnya secara dalam talian melalui PruBSN Touch.
Manfaat Penyata
Menggunakan statement dalam talian mempunyai pelbagai kebaikan yang akan membuatkan pengurusan kewangan Anda menjadi lebih mudah dan efisien. Beberapa manfaatnya adalah:
- Anda boleh mengakses statement Anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
- Dengan statement dalam talian, risiko untuk statement hilang dapat dikurangkan.
- Anda dapat membantu menjimatkan penggunaan kertas.
Jenis Statement
Jenis statement online yang tersedia di PruBSN Touch:
- Statement Tahunan
- Statement Sumbangan Takaful Keluarga (untuk tujuan deklarasi cukai)
- Laporan Dana Tahunan
Akses Statement di PruBSN Touch
Bagi pengguna yang telah mendaftar di PruBSN Touch, Anda mempunyai akses untuk melihat, cetak, dan muat turun statement tahunan untuk sijil Anda melalui platform dalam talian ini.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengakses statement dalam talian di PruBSN Touch:
- Log masuk ke akaun PruBSN Touch Anda.
- Pilih Profil setelah log masuk berjaya.
- Dalam senarai dropdown, pilih Muat Turun statement.
- Pilih tahun statement yang Anda mahu lihat.
Senarai semua statement dalam tahun tersebut akan dipaparkan dan boleh dimuat turun satu persatu. Anda boleh melihat, mencetak, dan menyimpan statement dalam talian untuk tiga (3) tahun.
Cara Mengatasi Masalah Ketika Gagal Memuat Turun Statement
Sekira Anda tidak dapat memuat turun statement selepas mengklik butang download di halaman statement.
Kemungkinan besar ia berkaitan dengan Pop-up Blocker yang diaktifkan dalam Internet Explorer. Mudah je untuk menyelesaikan masalah ini dengan mematikan Pop-up Blocker.
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukannya:
- Buka Internet Explorer.
- Klik kanan pada ikon Alat yang terletak di bahagian kanan atas.
- Pilih Pilihan Internet.
- Klik pada tab Privasi, dan batalkan pemilihan kotak untuk mematikan Pop-up Blocker.
- Pilih OK untuk mengesahkan perubahan.
Setelah mengikuti langkah-langkah di atas, statement akan terbuka dalam tab baru dan Anda boleh meneruskan untuk mencetaknya dalam format PDF.
Dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PruBSN Touch, kini anda dapat menguruskan urusan insurans anda dengan lebih mudah dan cekap.
Melalui portal ini, PruBSN memastikan bahawa pelanggan mereka dapat menikmati kemudahan dan kebolehcapaian yang tinggi, menjadikan pengurusan insurans lebih mesra pengguna.