Sekarang ini, dunia semakin digital dan moden, termasuklah dalam urusan kewangan. Teknologi semakin maju memudahkan kita untuk membuat pembayaran dan urusan kewangan secara dalam talian.
PruBSN turut mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan PruBSN online payment validate, satu platform yang memudahkan lagi urusan kewangan anda.
Di bawah ni kami kongsikan langkah-langkah cara bayaran insurans Prudential BSN takaful secara online.
App PruBSN Online Payment
Dengan PruBSN online e-Payment Validate, anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian tanpa perlu lagi beratur panjang atau membazirkan masa.
Semuanya dapat diselesaikan hanya dengan beberapa klik sahaja.
Selain itu platform ini membantu anda menguruskan masa anda dengan lebih cekap. Tiada lagi perlu merancang jadual khas untuk membayar akaun PruBSN kita.
Anda boleh melakukannya di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai dengan anda.
Dengan menggunakan app PruBSN Touch untuk urusan bayaran akaun anda, anda boleh berasa yakin bahawa maklumat peribadi dan polisi anda berada dalam tangan yang selamat.
Kelebihan PruBSN E-Payment Validate
Berikut adalah senarai kelebihan dari PruBSN e-Payment Validate.
- PruBSN mengamalkan piawai keselamatan tertinggi untuk melindungi maklumat anda daripada ancaman dalam talian.
- Semua transaksi yang anda lakukan akan direkodkan dalam akaun anda.
- Dengan pembayaran dalam talian, anda boleh mengelakkan caj lewat atau denda kerana pembayaran lewat.
- PruBSN menyediakan sokongan pelanggan yang baik Anda boleh call +603-2775 7188.
Senarai Bayaran Online
Anda boleh buat bayaran melalui online:
- Maybank / Maybank2u
- CIMB / CIMB Clicks
- Affinbank
- BSN / myBSN
- KFH Online
- Alliance Bank
- OCBC Bank
- Standard Chartered
- UOB
- HSBC
- Public Bank / PBe
- Ambank
- Hongleong Connect
- Bank Islam
- Bank Rakyat / iRakyat
- Bank Muamalat
- RHB Bank / RHBNow
- Credit Card
- Grab
- Boost
Cara Bayaran Online PruBSN E-Validate
Sekiranya Anda ingin buat bayaran untuk akaun PruBSN, Anda boleh ikuti langkah berikut:
- Lawati pautan https://app.prubsn.com.my/PruBSNPay/validate
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti Proposal number / Certificate number, Participant NRIC number dan Payment frequency.
- Masukkan Image Text, klik butang Validate.
- Semak semula maklumat yang anda telah masukkan dan sahkan bahawa segala maklumat adalah betul. Klik butang Proceed to make Payment.
- Anda perlu memilih kaedah pembayaran yang sesuai untuk anda.
- Selepas pengesahan, transaksi anda akan diproses. Anda akan menerima pengesahan pembayaran melalui e-mel atau mesej teks.
Nota: Proposal number / Certificate number adalah nombor polisi, Anda boleh tengok dekat medical card yang ada 8 nombor.
PruBSN online payment validate adalah satu langkah terbaik ke arah kemudahan dalam urusan bayaran akaun pruBSN secara online.