PPBU Bank Rakyat Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan

Posted on

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) yang disediakan oleh Bank Rakyat adalah satu inisiatif yang sangat bernilai bagi para pelajar Malaysia yang berhasrat untuk mengejar ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang pengajian.

PPBU Bank Rakyat merupakan suatu bentuk sokongan kewangan yang boleh membantu Anda meraih impian pendidikan mereka tanpa terbeban oleh masalah kewangan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat penting tentang PPBU, siapa yang layak memohon, dan keutamaan bidang pengajian yang diberikan.

PPBU Bank Rakyat
PPBU Bank Rakyat

Bidang Pengajian yang Diberikan Keutamaan

PPBU adalah pembiayaan yang memberikan keutamaan kepada pelajar dalam bidang pengajian tertentu.

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) tidak dikenakan sebarang kadar faedah.

Program PPBU berdasarkan konsep Qardhul Hassan, yang bermaksud pembiayaan ini adalah bentuk pinjaman yang diberikan tanpa sebarang tambahan faedah atau syarat tambahan dalam pembayaran balik.

Dengan kata lain, pelajar yang menerima PPBU hanya perlu membayar balik jumlah yang diterima semasa pengajian dan tidak perlu membayar sebarang faedah tambahan.

Bagi mereka yang berminat untuk memohon PPBU Ijazah Sarjana Muda, berikut adalah bidang-bidang pengajian yang diberikan keutamaan:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-Undang
  • Sains Aktuari

Jika anda merancang untuk mengejar ijazah dalam salah satu daripada bidang-bidang ini, PPBU mungkin adalah pilihan terbaik untuk anda.

Siapa Yang Layak Memohon PPBU?

Tidak semua orang layak untuk memohon PPBU. Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi.

Berikut ni syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon PPBU, dan tidak melebihi umur 30 tahun apabila tamat pengajian (Ijazah Sarjana Muda).
  • Pemohon mesti menjalani pengajian secara sepenuh masa. Pelajar separuh masa tidak layak memohon.

Syarat Kelayakan Akademik yang Diperlukan

Selain syarat umur dan jenis pengajian, syarat kelayakan akademik juga perlu dipenuhi.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan akademik yang diperlukan untuk membuat permohonan PPBU Ijazah Sarjana Muda:

  • Sekurang-kurangnya Diploma dengan PNGK minimum 3.00 atau
  • Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.00 atau
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.00 atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz yang setaraf dengan STPM.

Dengan memenuhi syarat-syarat ini, anda akan mempunyai peluang untuk mendapatkan PPBU untuk mengejar ijazah sarjana muda.

Cara Mohon PPBU Bank Rakyat Online

Semua permohonan dan penyerahan dokumen sokongan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal Yayasan Bank Rakyat.

Permohonan PPBU hanya boleh dilakukan semasa tempoh permohonan berlangsung serta sepenuhnya secara atas talian.

Pemohon digalakkan membuka akaun di Portal YBR sebelum membuat permohonan untuk memudahkan proses.

Cara Daftar PPBU Bank Rakyat

Untuk memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) melalui online, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka pelayar web anda dan pergi ke laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat dengan menaip alamat URL berikut dalam pelayar anda: https://application.yayasanbankrakyat.com.my.
  2. Selepas anda sampai di laman web klik butang Daftar, anda akan diberi notis mengenai pemprosesan data peribadi. Anda perlu membaca notis ini dan memberikan persetujuan anda dengan mengklik butang kebenaran yang diberikan.
  3. Lepas tu klik butang Proceed to Regisration.
  4. Anda akan dibawa ke borang pendaftaran dalam talian. Anda perlu mengisi maklumat peribadi anda dengan tepat seperti yang diperlukan. Maklumat diperlukan termasuk:
    • Nama.
    • Nombor kad pengenalan / pasport.
    • Butiran perhubungan seperti nombor telefon, alamat emel, dan alamat surat-menyurat.
    • Butiran maklumat pendidikan anda.
  5. Anda perlu memilih dan mengesahkan kata laluan (password) untuk akaun anda di laman web ini. Pastikan kata laluan yang anda pilih selamat dan mudah diingati. Pastikan anda juga menyediakan alamat emel yang sah, kerana ia akan digunakan untuk tujuan pengesahan.
  6. Selepas mengisi borang pendaftaran dan memilih kata laluan, anda perlu setuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Bank Rakyat.
  7. Selepas pendaftaran selesai, anda akan diminta untuk mengesahkan maklumat anda melalui emel atau proses pengesahan lain yang disediakan oleh laman web.
  8. Setelah akaun anda diaktifkan dan maklumat anda disahkan, anda boleh log masuk ke laman web dan mengemukakan permohonan PPBU anda. Pastikan anda memasukkan maklumat dengan teliti dan menyediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa proses permohonan, anda boleh menghubungi Yayasan Bank Rakyat untuk mendapatkan bantuan.

Pastikan anda mematuhi semua tarikh dan syarat yang dinyatakan dalam proses permohonan.

Semak Status Keputusan Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat

Selepas tempoh penilaian permohonan berakhir, anda boleh menyemak keputusan permohonan PPBU anda secara dalam talian melalui laman web Yayasan Bank Rakyat.

Untuk semak status keputusan pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat boleh melalui laman web, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan https://application.yayasanbankrakyat.com.my.
  2. Untuk semak status keputusan, anda perlu log masuk ke akaun yang anda gunakan semasa membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat.
  3. Setelah log masuk, cari pilihan atau tab yang berkaitan dengan Status Keputusan.
  4. Sekarang, anda akan dapat melihat status keputusan permohonan Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat anda. Keputusan boleh berupa Lulus, Gagal, atau Dalam Pertimbangan.
  5. Selain status, anda juga mungkin mendapat maklumat tambahan mengenai tindakan seterusnya yang perlu diambil jika permohonan anda diterima atau perlu membuat sebarang pembayaran atau pengesahan.
  6. Sekiranya keputusan anda adalah Lulus, Anda boleh mencetak atau menyimpan maklumat keputusan untuk rujukan anda.
  7. Selepas semak status selesai, pastikan anda log keluar dari akaun anda.

Semak status keputusan secara berkala untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat anda.

Anda juga akan dimaklumkan melalui emel dan SMS mengenai keputusan permohonan anda.

Nota: Pengumuman keputusan pembiayaan dalam tempoh satu(1) ke dua(2) bulan setelah tarikh tutup permohonan.

Kelayakan Penjamin

Penjamin bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bayaran balik pembiayaan dilakukan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak yang memberi pembiayaan, dalam hal ini Bank Rakyat.

Kriteria penjamin PPBU adalah seperti berikut:

  • Ibu atau Bapa: Seorang daripada ibu atau bapa pelajar boleh bertindak sebagai penjamin. Ini bermaksud salah seorang daripada ibu atau bapa pelajar akan mengambil tanggungjawab sebagai penjamin untuk pembiayaan tersebut.
  • Individu Lain: Selain daripada ibu atau bapa, seorang individu lain yang juga adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke bawah semasa tempoh permohonan boleh juga menjadi penjamin. Individu ini juga perlu bekerja dan mempunyai pendapatan minimum sebanyak RM1,000.00 atau lebih.

Sebagai penjamin, individu ini akan ditanya dan mungkin perlu memberikan jaminan bertulis atau menandatangani perjanjian yang mengikat mereka untuk memenuhi tanggungjawab bayaran balik jika pelajar yang menerima pembiayaan tersebut gagal atau tidak dapat membuat bayaran.

Tempoh Pembiayaan PPBU

Tempoh Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bergantung kepada peringkat pengajian yang anda pilih.

Untuk Ijazah Sarjana Muda, tempoh maksimum adalah 4 tahun.

Jangan lupa bahawa tempoh penajaan oleh Yayasan Bank Rakyat adalah sepadan dengan tahun semasa permohonan dikemukakan.

Oleh itu, pastikan anda merancang pengajian anda dengan teliti.

Jumlah Tajaan

Jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bergantung kepada peringkat pengajian anda.

Untuk Ijazah Sarjana Muda, jumlah maksimum adalah RM12,000 setahun.

Sekiranya anda telah menerima tajaan kewangan lain untuk pengajian anda, anda masih boleh memohon PPBU.

Walau bagaimanapun, anda perlu membuat pilihan sama ada untuk meneruskan tajaan sedia ada atau menerima Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) oleh Yayasan Bank Rakyat.

Ingatlah bahawa pelajar tidak dibenarkan menerima dua tajaan dalam satu tempoh yang sama.

Jadi, jika anda ingin mengejar impian ijazah sarjana muda anda tanpa memberatkan diri dengan bebanan kewangan, PPBU adalah satu pilihan yang patut anda pertimbangkan.

Pastikan anda memenuhi semua syarat dan mengemukakan permohonan anda dalam talian semasa tempoh permohonan berlangsung.

Pengeluaran Pertama Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)

Dalam proses pengajian, banyak pelajar mungkin tertanya-tanya bilakah pengeluaran pertama PPBU akan berlaku. Mari kita kaji dengan lebih terperinci.

Selesai Proses Dokumentasi

Pertama sekali, pengeluaran pertama PPBU akan berlaku selepas proses dokumentasi selesai.

Proses ini melibatkan penyerahan dokumen-dokumen penting yang diperlukan oleh pihak Bank Rakyat untuk memproses permohonan PPBU.

Dokumen-dokumen ini mungkin termasuk butir-butir peribadi pelajar, maklumat pendidikan, dan dokumen-dokumen sokongan lain yang diperlukan untuk mengesahkan kelayakan permohonan.

Sewaktu menjalani proses dokumentasi, penting bagi pelajar untuk memastikan semua dokumen yang diperlukan diserahkan dengan betul dan lengkap.

Penyertaan Program Pembangunan Pelajar (PPP)

Selain daripada proses dokumentasi, pengeluaran pertama PPBU juga bergantung kepada penyertaan pelajar dalam Program Pembangunan Pelajar (PPP).

PPP adalah program yang direka khas untuk memberi latihan dan panduan kepada pelajar mengenai pengurusan kewangan dan komitmen yang perlu mereka ambil semasa menerima PPBU.

Pelajar yang berjaya menerima PPBU akan dijemput untuk menyertai PPP sebagai sebahagian daripada syarat penerimaan PPBU.

Melalui PPP ini, pelajar akan diberikan maklumat penting tentang bagaimana menguruskan pembiayaan mereka dengan bijak, termasuk aspek pembiayaan seperti bayaran balik dan penjimatan kewangan.

Kadar Bayaran Balik PPBU

Bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) peringkat Ijazah Sarjana Muda, bayaran balik dan kadar insentif berdasarkan Capaian Purata Gred Kumulatif (CGPA) adalah seperti berikut:

CGPAPERATUS BAYARAN BALIK (%)INSENTIF (%)
3.50-4.000100
3.33-3.491090
3.00-3.322080
2.75-2.995050
2.50-2.747030
<2.491000
  • CGPA antara 3.50 hingga 4.00: Bayaran balik adalah 0% (tidak perlu dibayar balik) dengan insentif sebanyak 100%.
  • CGPA antara 3.33 hingga 3.49: Bayaran balik adalah 10% dengan insentif sebanyak 90%.
  • CGPA antara 3.00 hingga 3.32: Bayaran balik adalah 20% dengan insentif sebanyak 80%.
  • CGPA antara 2.75 hingga 2.99: Bayaran balik adalah 50% dengan insentif sebanyak 50%.
  • CGPA antara 2.50 hingga 2.74: Bayaran balik adalah 70% dengan insentif sebanyak 30%.
  • CGPA kurang daripada 2.49: Bayaran balik adalah 100% (perlu dibayar balik sepenuhnya) dengan insentif sebanyak 0%.

Ini bermaksud bahawa semakin tinggi CGPA yang anda capai semasa pengajian, semakin rendah bayaran balik yang perlu anda lakukan.

Selepas Tamat Pengajian YBR

Apabila anda adalah seorang pelajar yang menerima tajaan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan telah tamat pengajian, langkah-langkah berikut perlu diambil:

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat

Selepas tamat pengajian, pastikan anda mendapatkan transkrip penuh akademik dari institusi pengajian anda. Transkrip ini akan merakamkan kesemua kursus dan pencapaian akademik anda semasa pengajian.

Setelah anda memiliki transkrip penuh akademik, anda perlu menghantarnya kepada YBR untuk tujuan rekod dan pengurusan:

  • Anda boleh menghantar salinan transkrip akademik anda melalui e-mel kepada YBR.
  • Jika anda lebih selesa dengan penghantaran melalui pos, anda boleh mencetak salinan transkrip akademik anda dan menghantarnya kepada alamat yang diberikan oleh YBR.

Menghantar transkrip penuh akademik adalah langkah penting untuk melengkapkan proses tajaan dan menjaga rekod pendidikan anda dengan betul.