Pinjaman Peribadi RHB

Posted on

Adakah Anda bosan bekerja di syarikat dan ingin memulakan perniagaan Anda sendiri dan menjadi usahawan?

Sudah tentu tidak mudah untuk memulakan perniagaan baru, banyak cabaran menyertainya.

Begitu banyak cabaran, bermula dari memikirkan perniagaan apa yang akan diusahakan, menyiapkan semua yang diperlukan, terutama yang paling penting ialah menyediakan modal untuk memulakan perniagaan.

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan modal usaha, salah satunya adalah dengan memohon pinjaman wang melalui pelbagai agensi pinjaman.

Anda boleh cuba memohon pinjaman peribadi RHB bank (RHB Easy-Pinjaman Ekspres).

Permohonan pinjaman Anda akan diproses dalam masa 24 jam sahaja (1 hari bekerja), selepas itu Anda dapat mengetahui status permohonan diluluskan atau tidak diluluskan.

Pinjaman Peribadi RHB

Cara Memohon Pinjaman Peribadi RHB Bank

Anda dapat memohon RHB Easy-Pinjaman Ekspres melalui mana-mana cawangan RHB Bank Berhad berdekatan.

Selepas Anda membuat permohonan, pihak RHB Bank akan memberikan keputusan permohonan dalam tempoh 24 jam sahaja.

Sekiranya semua syarat dan dokumen sudah OK. Duit pula akan masuk ke dalam akaun bank pilihan Anda dalam tempoh 1 sampai 2 hari bekerja selepas lulus.

Sebelum membuat permohonan sila baca dengan teliti maklumat syarat, fi atau caj, jenis pinjaman dan jadual pinjaman peribadi RHB Bank.

Min. jumlah pembiayaan RM2,000
Maks. jumlah pembiayaan Sehingga RM150,000
Min. tempoh pinjaman 1 Tahun (12 bulan)
Maks. tempoh pinjaman 5 Tahun (60 bulan)
Jenis Pinjaman
Konvensional (Tak Bercagar)
Kadar Keuntungan 8.18% p.a hingga 14.52% p.a
Had Umur 21 hingga 55 Tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun
Jaminan Tiada jaminan diperlukan
Tempoh kelulusan 1 hari bekerja

Kelayakan Pinjaman Peribadi RHB

Syarat-syarat kelayakan yang diberikan oleh pihak RHB Bank tidak begitu sukar. Berikut ialah sayarat kelayakan permohonan pinjaman peribadi RHB Bank.

Syarat Umum

  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Berpendapatan bulanan RM1,500 sebulan (RM18,000 setahun).
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) oleh mana-mana bank atau AEON Kredit (M) Berhad.
  • Berumur antara 21 hingga 55 tahun.
  • Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Untuk Bekerja Sendiri

  • Pemohon memiliki syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lebih dari 1 tahun.
  • Mempunyai akaun semasa syarikat.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman RHB Easy-Pinjaman Ekspres terbahagi ke dalam 2 jenis pekerjaan iaitu:

Bekerja Sendiri

  • Salinan borang BE/BE e-Form terkini dengan resit bayaran cukai.
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat dari SSM.
  • Salinan penyata akaun semasa syarikat 6 bulan terkini.

Kakitangan Swasta

  • Salinan penyata caruman KWSP 6 bulan terkini.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.

Fi dan Caj

Tidak ada fi dan caj untuk pemprosesan sekiranya pinjaman Anda lulus. Kecuali, caj duti setem sebanyak 0.5% dikenakan dan akan ditolak dari jumlah pinjaman pemohon yang lulus.

Anda dapat mengambil perlindungan Insurans dengan pembiayaan RHB Easy Pinjaman Ekspres Anda. Polisi Insurans yang ditawarkan iaitu Easy-Insurans Kasih Income Aid (EIKIA) dan Personal Smart Shield (PSS).

Perlu Anda ketahui jika pihak RHB akan mengenakan caj penamatan awal sebanyak RM200 bilamana Anda mahu menamatkan pembiayaan Anda dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pinjaman lulus.

Jadual Pinjaman Peribadi RHB

Anda boleh melihat jadual pinjaman melalui link jadual pinjaman peribadi RHB, sehingga Anda boleh tahu kiraan bayaran balik.

Untuk mengelakkan kemungkinan buruk, pilih jangka masa pinjaman dengan jangka panjang, kerana semakin lama tempoh pembayaran pinjaman, semakin kecil kadar faedah pinjaman.