Pinjaman Peribadi AEON
Pinjaman Peribadi AEON

Cara Mohon Pinjaman Peribadi AEON Credit Online

Posted on

Membiayai perniagaan sama sukarnya dengan menjalankannya. Sekiranya Anda sudah mempunyai perniagaan, Anda pasti mahu perniagaan tersebut terus berjalan dengan lancar? Perniagaan mesti terus berkembang sehingga menjadi lebih besar.

Walau bagaimanapun, mengembangkan perniagaan bukanlah perkara yang mudah, dana tambahan diperlukan agar perniagaan dapat berkembang sesuai harapan.

Mencari dana untuk perniagaan sememangnya bukan perkara yang mudah, banyak orang yang memohon pinjaman kepada bank misalnya untuk mendapatkan dana agar perniagaan itu dapat dikembangkan dengan lebih maju.

Salah satu cara yang digunakan seseorang untuk mengembangkan perniagaannya adalah dengan menggunakan pinjaman dalam bentuk pinjaman peribadi.

Salah satu syarikat yang boleh Anda cuba untuk memohon pinjaman peribadi untuk bisnes Anda iaitu AEON Credit Service.

Pinjaman Peribadi AEON

Apakah Personal Finacing AEON

Pembiayaan peribadi AEON Credit ialah produk kewangan yang ditawarkan oleh syarikat AEON Credit untuk membantu individu menguruskan kewangan peribadi.

Produk ini menyediakan pinjaman cash kepada individu untuk memenuhi keperluan kewangan seperti membayar bil, membeli barang atau untuk modal perniagaan.

Pembiayaan Peribadi AEON Credit juga menawarkan kadar faedah yang kompetitif dan syarat permohonan yang mudah dipenuhi.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi AEON

Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash adalah Pembiayaan Islam tanpa jaminan yang tidak memerlukan jaminan. Konsep Syariah yang terpakai adalah konsep Tawarruq.

AEON Credit menawarkan skim pembiayaan peribadi kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira jenis pekerjaan.

Tak kira Anda bekerja di sektor awam, swasta, atau bekerja sendiri, Anda dapat mohon AEON iCash. Pesara dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga tidak diketepikan dan boleh mohon pinjaman ini.

Min. jumlah pembiayaan RM1,000
Maks. jumlah pembiayaan Sehingga RM100,000
Min. tempoh pinjaman 6 bulan
Maks. tempoh pinjaman 84 bulan
Jenis Pinjaman
Islamik (Tak Bercagar)
Kadar Keuntungan 7.92% p.a hingga 14.4% p.a
Had Umur 18 hingga 65 Tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Tentera / Pesara Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri / Kakitangan Kerajaan
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun
Jaminan Tiada jaminan diperlukan
Tempoh kelulusan 1 hingga 7 hari bekerja

Anda boleh memohon pinjaman AEON iCash Personal Financing dengan mengunjungi mana-mana cawangan AEON berdekatan. Untuk permohonan secara online sila step dibawah ini.

Permohonan Online

Kelayakan Pinjaman Peribadi AEON Credit

Aeon tidak mengenakan syarat yang sukar untuk pemohon, kerana itulah pinjaman dari AEON ramai yang diluluskan.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.

Syarat Bekerja Sendiri/Berniaga

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas

Syarat Pekerja Swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat Kakitangan Awam

  • Status pekerjaan ialah tetap.

Dokumen Yang Diperlukan

Selepas Anda memenuhi syarat kelayakan diatas, seterusnya sila sediakn dokumen dibawah ini untuk sokongan permohonan pinjaman.

Untuk Kerja Sendiri

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.

Untuk kerja makan gaji dibayar tunai

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji dibayar ke bank

  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Baca cara semak status status pinjaman AEON Credit

Fi dan Caj

AEON Credit mengenakan caj jika permohonan pinjaman Anda lulus. Berikut ialah senarai caj yang dikenakan kepada pemohon.

  • Caj pemprosesan sebanyak 4% dari jumlah pinjaman RM1,000 hingga RM10,000.
  • Caj pemprosesan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman RM10,100 hingga RM100,000.
  • Caj maksimum dihadkan kepada RM400 .

Caj tersebut mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Jadual Pinjaman Peribadi AEON

Sila lihat jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing. Klik pada pautan jadual pinjaman peribadi AEON untuk maklumat lebih lengkap.