Cetak Penyata Bank Maybank Online dan Cawangan

Posted on

Anda rasa pening kepala sebab nak dapatkan penyata bank Maybank tapi tak tahu macam mana nak buat? Lagi-lagi bila nak buat loan rumah, nak semak rekod perbelanjaan, atau nak buat urusan rasmi yang memerlukan penyata bank terkini.

Ramai yang rasa susah hati sebab tak tahu proses yang betul atau takut tersilap langkah. Kadang-kadang, ada yang terpaksa ambil cuti kerja semata-mata untuk pergi ke cawangan bank, lepas tu kena beratur panjang dan tunggu lama.

Sebenarnya, tak perlu pening-pening kepala atau bazir masa. Kami nak kongsikan satu rahsia mudah dan cepat untuk dapatkan penyata bank Anda.

Ada pelbagai cara yang Anda boleh pilih sama ada nak dapatkan secara online atau terus ke cawangan.

Cara Print E-Statement Maybank Online

Sebelum Anda boleh dapatkan penyata akau Mayabank, Anda harus memiliki akaun yang berdaftar terlebih dahulu. Sila baca panduan cara daftar maybank2u online banking.

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar, lanjutkan langkah-langkah dibawah:

  1. Masuk ke Maybank2u Anda.
  2. Pilih menu e-Bills & Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  3. Klik menu View untuk melihat secara detail.
  4. Tekan sama ada Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days.
  5. Jika statement bank atau penyata bank keluar tekan simbol Save.
  6. Lepas ni, Anda bolehlah print salinan akaun bank atau e-Statement tersebut.

Kelebihan cetak penyata akaun Maybank melalui Maybank2u ialah Anda dapat jimat masa dan wang.

Cara Langgan Penyata Maybank Online

Untuk makluman. Maybank akan berikan bank statement untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan, iaitu penghujung bulan Mac, Jun, September dan Disember

Sekiranya Anda ingin statement bank dihantar ke emel Anda. Anda boleh setkan langkah berikut:

  1. Log masuk Maybank2u.
  2. Pilih e-Bills & Statements
  3. Pilih Statements.
  4. Pilih alamat email yang ingin digunakan untuk tujuan penerimaan penyata.
  5. Masukkan kata laluan.
  6. Sekiranya Anda dah dapatkan emel statement dari m2u@stmts.maybank2u.com.my, Anda perlu lakukan langkah ni.
  7. Open attachment atau file PDF tu, kemudian masukkan password/kata laluan.
  8. Sila print/cetak penyata bank tersebut.

Cara Cetak E-Statement Maybank MAE

Sila muat turun dahulu aplikasi mobile banking Maybank di Google Playstore atau App Store.

  1. Sila buka aplikasi Maybank2u di handphone Anda.
  2. Masukkan username dan password.
  3. Pilih menu Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  4. Klik menu View untuk melihat secara detail.

Cetak Penyata Mini di ATM

Bila nak dapatkan penyata mini yang mengandungi 10 urusniaga terkini, Anda gunakan cara ni.

  1. Masukkan kad ATM dan tekan PIN Anda.
  2. Tekan Lain- lain Urusniaga.
  3. Tekan Lain- lain Perkhidmatan
  4. Tekan Penyata Ringkas/Penyata Mini
  5. Satu resit akan dikeluarkan mengandungi urusniaga akaun tersebut.
  6. Selesai.

Cetak Salinan Akaun Maybank di Cawangan

Bila nak cetak salinan akaun di cawangan, Anda boleh follow step berikut:

  1. Pastikan Anda bawa kad pengenalan (IC) dan buku bank atau kad ATM Maybank.
  2. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terdekat dengan Anda.
  3. Setibanya di cawangan, terus ke mesin nombor giliran dan pilih Perkhidmatan Pelanggan. Ambil nombor giliran dan tunggu hingga nombor Anda dipanggil.
  4. Bila nombor giliran dipanggil, pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan dan beritahu petugas yang Anda nak dapatkan penyata bank. Pastikan Anda maklumkan tempoh penyata yang diperlukan (contohnya, 3 bulan terakhir).
  5. Anda mungkin perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkan penyata bank.
  6. Serahkan kad pengenalan (IC) dan buku bank atau kad ATM kepada petugas kaunter untuk pengesahan identiti.
  7. Ada sesetengah cawangan mungkin mengenakan caj nominal untuk mendapatkan penyata bank fizikal.
  8. Selepas semua proses selesai, petugas kaunter akan mencetak dan memberikan penyata bank Anda.

Itulah cara-cara dapatkan penyata bank Maybank melalui online dan offline, semoga membantu ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *