Pendidikan zakat Selangor merupakan aspek penting dalam pembangunan sesebuah negara. Namun, bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 dan B40), kos pendidikan di peringkat sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi (IPT) sering menjadi beban yang berat.
Untuk membantu meringankan beban ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS).
Dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan serta proses permohonan yang teratur, diharapkan bantuan ini dapat menjadikan pendidikan lebih mudah diakses oleh semua golongan masyarakat.
Bagi mereka yang memenuhi kriteria kelayakan, jangan ragu untuk memohon bantuan ini demi masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak atau anda.
Apa itu Pendidikan Zakat Selangor SPAZAS
SPZAS merupakan singkatan bagi Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor.
Bantuan ini disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan tujuan utama untuk membantu golongan M40 & B40 yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi (dalam / luar negara).
Bantuan ini bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dapat terus mengejar pendidikan tanpa halangan kewangan yang besar.
Kelayakan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor IPT
Sumbangan ini diberikan kepada individu yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Dilahirkan dan menetap di Selangor, atau bermastautin di Selangor tidak kurang dari tiga (3) tahun.
- Bagi permohonan SPZAS IPT dalam negara, pelajar boleh berada di peringkat pengajian Sijil, Pra-Diploma, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, atau Ijazah Sarjana.
- Bagi permohonan SPZAS IPT luar negara, pelajar boleh berada di peringkat Sijil, Sijil Profesional, Ijazah Sarjana Muda, atau Ijazah Sarjana di mana-mana negara.
- Pendapatan seisi rumah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan asnaf), dengan jumlah lebihan tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.
1. Dokumen yang Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen wajib saat membuat permohonan SPZAS:
- Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar).
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga.
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga.
- Bil api/bil air terkini (dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan).
- Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan (jika tidak ada slip gaji) terkini (dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi diri/suami/isteri/ibu dan bapa serta semua tanggungan yang bekerja dan tinggal bersama.
- Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap terkini yang mengandungi pengesahan tajaan daripada IPT.
- Borang/surat pengesahan pemastautin ketua keluarga/penjaga terkini (dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan).
- Penyata akaun bank pemohon (pelajar) yang masih aktif (bagi pengesahan nombor akaun bank).
- Pasport/Visa pemohon (pelajar) (untuk permohonan SPZAS IPT luar negara).
- Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkaitan).
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (jika berkaitan).
Sila muat turun borang permohonan di bawah ni:
Borang | Muat Turun |
---|---|
Borang Pengesahan Belajar | Muat Turun Borang |
Borang Pengesahan Pemastautin | Muat Turun Borang |
Borang Pengesahan Pendapatan | Muat Turun Borang |
Manual Permohonan SPZAS | Muat Turun Borang |
2. Jenis Pendidikan yang Disediakan
Permohonan SPZAS IPT dalam negara dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat:
- Sijil.
- Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi.
- Diploma/Diploma Lanjutan.
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional.
- Ijazah Sarjana (Master).
Manakala, permohonan SPZAS IPT luar negara terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat:
- Sijil/Sijil Profesional.
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional.
- Ijazah Sarjana (Master).
3. Proses Permohonan dan Kelulusan
Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 16 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
Permohonan masih boleh dihantar dalam tempoh 5 hari sebelum tamat tempoh permohonan.
Walau bagaimanapun, permohonan yang dikemukakan dengan maklumat atau dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memeriksa dan memastikan semua maklumat dan dokumen dilampirkan dengan betul sebelum menghantar permohonan.
4. Kadar Sumbangan
Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan yang berbeza mengikut peringkat pengajian:
- SPZAS IPT dalam negara: RM700.
- SPZAS IPT luar negara: RM1,000 hingga RM2,500.
5. Cara Mohon Bantuan Zakat Pendidikan Anak Selangor IPT Online
Berikut adalah langkah-langkah cara memohon bantuan zakat pendidikan anak Selangor secara online:
- Anda pergi la kat laman web https://spzas.zakatselangor.com.my/ guna pelayar internet Anda.
- Kalau Anda baru pertama kali, kena daftar akaun dulu.
- Anda akan nampak borang permohonan. Isi dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Pastikan sebelum hantar, semak balik semua maklumat yang Anda isi.
- Tekan je butang Hantar.
- Sebelum dapat bantuan, Anda kena tunggu dulu keputusan. Biasanya, dalam tempoh tertentu Anda akan diberitahu status permohonan.
- Maklumat lanjut atau keputusan akan dihantar ke email Anda atau akaun dalam laman web. Jangan lupa rujuk kalau ada perkembangan.
6. Semakan Status Permohonan IPT
Berikut adalah langkah-langkah semakan status permohonan bantuan pendidikan Zakat Selangor IPT:
- Masuk ke laman web https://spzas.zakatselangor.com.my/ menggunakan pelayar internet Anda.
- Dalam ruang yang disediakan, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor identiti pemohon yang telah digunakan semasa membuat permohonan bantuan pendidikan.
- Selepas masukkan nombor identiti, klik butang Semak.
- Laman web akan memproses maklumat yang diberikan. Tunggu sebentar sehingga status permohonan muncul di skrin.
- Skrin akan memaparkan status permohonan bantuan pendidikan berdasarkan nombor identiti yang dimasukkan. Status tersebut antara lain Dalam Proses, Lulus, atau Tidak Lulus.
- Jika status permohonan menunjukkan Dalam Proses atau memerlukan tindakan lanjut, laman web mungkin akan memberikan arahan atau maklumat lanjut tentang langkah yang perlu diambil.
- Jika status permohonan menunjukkan Lulus, pastikan untuk merujuk maklumat lanjut tentang tarikh bayaran dan langkah yang perlu diambil untuk menerima bantuan tersebut.
Kelayakan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor Rendah Menengah
Untuk memastikan bantuan ini disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir dan menetap di negeri Selangor atau bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Pemohon hanya boleh memohon untuk tanggungan yang berikut:
- Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja).
- Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja).
- Sekolah Menengah (13-18 tahun) SMK/SAM/MRSM/SBP/STAM/STPM di dalam dan di luar negeri Selangor.
- Pendapatan seisi rumah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan) tetapi jumlah lebihan tidak melebihi RM11,000.
1. Dokumen yang Diperlukan
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu memuat naik enam (6) dokumen penting. Dokumen-dokumen ini adalah sebagai berikut:
- Kad pengenalan ketua keluarga.
- Kad pengenalan pasangan.
- Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga).
- Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)).
- Penyata akaun bank ketua keluarga.
- Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan).
Sila muat turun borang permohonan di bawah ni:
Borang | Muat Turun |
---|---|
Borang A - Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga | Muat Turun Borang |
Borang B - Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS(MAIS) | Muat Turun Borang |
2. Proses Permohonan dan Kelulusan
Proses permohonan dan kelulusan bantuan ini adalah penting untuk memastikan bantuan tersebut dapat dicapai oleh mereka yang memerlukan dengan segera:
- Proses kelulusan mengambil masa 14 hari bekerja.
- Bayaran akan dijalankan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun pemohon.
- Permohonan pada lima hari terakhir akan memerlukan tempoh 30 hari selepas tarikh tutup permohonan untuk pembayaran.
3. Kadar Sumbangan SPZAS Sek. Ren & Men
Sumbangan yang diberikan melalui program SPZAS Sek. Ren & Men adalah sebanyak RM200.00 bagi setiap tanggungan. Berikut adalah kadar sumbangan untuk setiap peringkat persekolahan:
- Pra sekolah / Tadika: RM200.00 (per tanggungan).
- Sekolah Rendah Kebangsaan: RM200.00 (per tanggungan).
- Sekolah Rendah Agama: RM200.00 (per tanggungan).
- Sekolah Menengah: RM200.00 (per tanggungan).
5. Cara Mohon Bantuan Zakat Pendidikan Anak Selangor Online
Berikut adalah langkah-langkah cara memohon bantuan zakat pendidikan anak Selangor rendah dan menengah:
- Klik pautan https://spzasrm.zakatselangor.com.my guna pelayar internet Anda.
- Anda kena daftar akaun dulu.
- Isi dan muat naik dokumen yang berkaitan permohonan zakat pendidikan Selangor.
- Semak balik semua maklumat yang Anda isi. Tekan butang Hantar.
- Anda kena tunggu keputusan. Maklumat lanjut atau keputusan akan dihantar ke email Anda atau akaun dalam laman web.
4. Semakan Status Permohonan Rendah / Menengah
Berikut adalah langkah-langkah semakan status permohonan bantuan pendidikan Zakat Selangor menggunakan nombor kad pengenalan:
- Anda boleh guna pelayar internet dan pergi ke laman web https://spzasrm.zakatselangor.com.my/.
- Dalam ruangan yang ada, taipkan nombor kad pengenalan yang Anda guna masa buat permohonan bantuan pendidikan tu.
- Selepas taip nombor kad pengenalan, tekan butang Semak Status Permohonan.
- Laman web akan paparkan status permohonan bantuan pendidikan berdasarkan nombor kad pengenalan yang Anda masukkan.
- Kalau status tunjuk Lulus, pastikan Anda baca betul-betul tarikh bayaran dan apa yang perlu Anda buat untuk terima bantuan tu.
Maklumat Lanjut dan Hubungi
Pemohon yang memerlukan maklumat lanjut atau ingin bertanya lebih lanjut mengenai bantuan ini boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343.
Pendidikan adalah hak semua individu. Dengan adanya SPZAS, golongan M40 & B40 di Selangor dapat mengharungi aliran pendidikan tanpa perlu risau akan masalah kewangan.
Semoga bantuan ini terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.