Penangguhan Bayaran Pinjaman Public Bank

Posted on

Public Bank menawarkan bantuan penangguhan bayaran pinjaman bagi para pelanggan yang terjejas dampak COVID-19 dan mengalami kesukaran untuk membayar balik ansuran bulanan. Public Bank juga memberikan pilihan bantuan sesuai keperluan yang Anda inginkan.

Di bawah ini merupakan panduan cara mohon penangguhan bayaran pinjaman Public Bank atau moratorium Public Bank.

Penangguhan Bayaran Pinjaman Public Bank

Kelayakan

Di bawah ini adalah kelayakan mohon moratorium Public Bank.

  • Pelanggan Individu: Semua individu B40, M40 dan T20
  • Pelanggan Perniagaan: semua perusahaan mikro
  • Semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Nota: Yang kedudukan kewangan mereka terjejas oleh pandemik COVID-19

Jenis Penangguhan

Sila pilih jenis penangguhan, pastikan pilihan tersebut sesuai dengan keinginan Anda.

  • Pilihan 1: Pelanggan diberi penangguhan ansuran selama 6 bulan dan pada akhir tempoh bulan ke-6, ansuran akan diteruskan pada ansuran bulanan asal pada bulan ke-7 dan seterusnya.
  • Pilihan 2: Pelanggan perlu membayar 50% daripada ansuran bulanan sedia ada selama 6 bulan dan ansuran akan diteruskan pada ansuran bulanan asal pada bulan ke-7 dan seterusnya.
  • Pilihan 3: Penjadualan semula dengan pengurangan dalam ansuran dan penagguhan ansuran untuk 6 bulan pertama.

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Public Bank

Cara mohon penangguhan bayaran pinjaman Public Bank disediakan dalam beberapa cara, Anda boleh memohon melalui Platform Online, lengkapkan Borang Permohonan dan hantar e-mel kepada hpcovidsupport@publicbank.com.my

  1. Cara Mohon melalui Platform Online
  2. Cara Mohon Melalui Borang Permohonan
  3. Cara Mohon Melalui emel

Langkah berikutnya:

  1. Lengkapkan borang permohonan secara detail.
  2. Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga berjaya.
  3. Selesai.

FAQ Penangguhan Bayaran Pinjaman Public Bank

Soalan lazim yang berkaitan dengan penangguhan bayaran pinjaman Publik Bank:

1. Bagaimana saya mengetahui status permohonan saya?

Resit akaun penerima permohonan akan diberi serta-merta. Makluman kelulusan akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk pemohon individu)/14 hari kalendar (untuk pemohon perniagaan) dari tarikh pilihan dibuat.

2. Adakah dokumen yang perlu dikekemukakan?

Pelanggan tidak perlu mengemukakan apa-apa dokumen kerana ia berdasarkan perakuan sendiri.

Itulah panduan penangguhan bayaran pinjaman Public Bank. Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Public Bank Anda boleh hubungi Customer Service Public Bank di +603-2179-9999