Bank Negara Malaysia (BNM) menyampaikan penangguhan bayaran balik pinjaman bank yang secara khusus diberikan kepada peminjam perniagaan dan individu yang terjejas oleh penyebaran virus corona atau covid-19. Penangguhan bayaran balik pinjaman bank bermula dari menunda pembayaran ansuran kredit/pinjaman hingga 6 bulan.
Penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau lebih dikenali sebagai moratorium yang boleh membantu Anda meringankan beban bayaran balik akibat PKP yang diumumkan kerajaan Malaysia.
Penangguhan ini tidak dilaksanakan secara automatik, Anda sebagai peminjam perlu memohon penangguhan bayaran balik pinjaman bank secara manual.
Terdapat sekitar 20 bank yang memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan. Berikut adalah senarai bank yang menawarkan penangguhan pinjaman balik:
Nombor | Nama Bank | No Telefon |
---|---|---|
1. | CIMB / CIMB Islamic | 03-62047788 |
2. | Maybank / Maybank Islamic | 1-300-88-6688 |
3. | Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic | 03-76268899 |
4. | Affin Bank / Affin Islamic | 03-82302222 |
5. | AmBank | 03-21788888 |
6. | Bank Islam | 03-26900900 |
7. | Standard Chartered Saadiq | 1-300-88-8888 |
8. | Alliance Bank | 03-55169988 |
9. | Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) | 03-26113888 |
10. | SME Bank | 03-26037700 |
11. | AIBIM | 03-20268002 |
12. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | 1300-88-1900 |
13. | Agro Bank | 1-300-88-2476 |
14. | Bank Muamalat | 1-300-88-8787 |
15. | Bank Rakyat | 1-300-80-5454 |
16. | HSBC Amanah | 1-300-88-2626 |
17. | Public Bank | 1-800-22-5555 |
18. | OCBC Al Amin Bank Berhad | 03-83149310 |
19. | MBSB Bank | 03-20963000 |
20. | RHB Bank / RHB Islamic | 03-9206 8118 |
Dokumen Untuk Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank
Berikut adalah senarai dokumen yang Anda perlukan untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik bank.
Untuk Pemilik Perniagaan | Untuk Individu |
---|---|
Penyata bank sebelum dan selepas Covid-19 | Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran/pengurangan OT/gaji dilucutkan) |
Jualan bulanan sebelum dan selepas Covid-19 | Slip gaji yang menunjuk pengurangan sebelum dan selepas Covid-19 |
Pesanan atau tempahan yang dibatalkan | Penyata bank sebelum dan selepas Covid-19 |
Untuk dapatkan penyata bank, sila rujuk artikel berikut contoh cara dapatkan penyata bank Rakyat secara online.
Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank
- Pergi ke bank tempat Anda membuat pinjaman atau hubungi pihak bank yang terlibat.
- Bagitau pegawai bank bahawa Anda ingin buat penangguhan bayaran pinjaman.
- Pihak bank akan berikan jadual dan terma pembayaran balik yang baru.
- Jika Anda bersetuju dengan jadual dan terma tersebut, Anda boleh menyatakan persetujuan.
- Sekiranya Anda tidak bersetuju, langkah lain yang boleh diambil iaitu menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau memohon bantuan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.
Ramai rakyat Malaysia yang hilang punca pendapatan kerana terjejas oleh virus covid-19, semoga virus covid-19 cepat hilang sehingga kewangan Anda membaik semula.