PBe Engage Login
PBe Engage Login

Cara Guna App PBe Engage Login Public Bank Online

Posted on

Mobile banking merupakan perkhidmatan perbankan online yang memudahkan pelanggan membuat transaksi tanpa perlu kena pergi ke bank.

Salah satu bank yang telah menyediakan perkhidmatan mobile banking ialah Public Bank. Walau bagaimanapun, tidak semua pengguna atau pelanggan Public Bank mengetahui cara login dan menggunakan aplikasi mobile banking PBe Engage.

Di bawah ini kami kongsikan apa itu PBe Engage login dan cara menggunakannya.

PBe Engage Login
PBe Engage Login

PBe Engage

Aplikasi PBe Engage boleh dimuat turun dengan mudah dan percuma melalui Play Store atau App Store. Dalam aplikasi PBe Engage, pelanggan Public Bank akan diberi akses untuk membuat pindahan ke akaun Public Bank atau ke akaun bank lain.

Semua pelanggan individu Public Bank baharu dan sedia ada yang berdaftar dengan PBe boleh menggunakan PB engage MY.

Dengan aplikasi ini, pelanggan juga boleh membuat pelbagai transaksi seperti topup, bayar bil, check baki, sejarah transaksi dan banyak lagi.

Untuk menggunakan aplikasi PBe Engage, pelanggan mesti mendaftar dan mengaktifkannya terlebih dahulu. Pastikan juga Anda sudah mempunyai akaun Public Bank sebelum mengaktifkan atau mendaftar, agar proses pendaftaran menjadi lebih mudah. Sila baca artikel cara daftar Public Bank online.

Bagi memudahkan pelanggan, Public Bank membolehkan pelanggan membuat pengaktifan PBe Engage secara online. Jadi Anda tidak perlu bersusah payah datang ke bank.

Ciri Aplikasi PBe Engage

PB engage MY menyediakan antara muka pengguna yang menyegarkan dan ciri baharu berikut untuk memudahkan pengalaman perbankan Anda:

  • Quick Access / Check Balance.
  • Ciri pindahan atau pembayaran terus daripada halaman baki akaun Anda.
  • Urus niaga bertarikh masa hadapan.
  • Pembayaran QR DuitNow.
  • Kongsi resit transaksi melalui aplikasi messenger dan e-mel.
  • Transaksi disahkan dengan token SecureSign.
  • Dan banyak lagi.

Cara Aktifkan App PB engage MY

Di bawah ini merupakan langkah cara aktifkan aplikasi PBe Engage.

  1. Lancarkan PB engage MY apabila berjaya dimuat turun dari App Store atau Google Play. Cara Aktifkan App PB engage MY
  2. Masukkan ID Pengguna PBe Anda.
  3. Sahkan Personal Login Phrase (PLP) Anda.
  4. Masukkan kata laluan PBe Anda.
  5. Daftar Soalan Cabaran PBe (untuk pengguna PBe baharu sahaja).
  6. Pilih akaun pendebitan pilihan Anda.
  7. Aktifkan Quick Access / Quick Balance.
  8. Daftarkan peranti Anda dan sahkan pengaktifan Anda dengan memasukkan PBe Authentication Code (PAC) atau kod SecureSign.
  9. Aktifkan PB SecureSign.
  10. Setelah selesai, Anda akan dapat mengakses akaun Anda.

Sekiranya Anda kehilangan HP Anda. Sila Log masuk ke PB engage MY dari peranti mudah alih yang lain. Pada Settings, ketik pada Device Management dan padamkan peranti yang hilang. Sebagai alternatif, hubungi Sokongan Pengguna PBe di 603-2179 9999 untuk mendapatkan bantuan.