Kewujudan aplikasi perbankan melalui smartphone memudahkan pelanggan Public Bank melakukan pelbagai transaksi tanpa perlu bersusah payah kena pergi ke bank atau ATM.
Tetapi apa yang berlaku apabila Anda ingin log masuk ke PBe, Anda terlupa User ID atau Password akaun profil PBe Anda, dan adakah Anda tahu bahawa ramai juga pemilik akaun PBe yang tidak ingat User ID dan Password Public Bank online banking mereka.
Nasib baik, kini pemilik akaun tidak perlu bersusah payah kena pergi ke bank hanya untuk sekadar reset kata laluan atau ID Pengguna akaun Public Bank yang terlupa. Cukup melalui smartphone atau laptop maka permohonan reset kata laluan boleh dilakukan.
Lupa Password Public Bank Online Banking
Berikut adalah langkah-langkah cara dapatkan semula password dan User ID Public Bank online banking PBe.
- Buka website Public Bank https://www.pbebank.com
- Klik Login>PBe.
- Klik Reset Password/Reactivate User ID.
- Klik Reset using Your Account Number or ATM/Debt/Credit Card Number.
- Masukkan User ID Anda.
- Pada Product Type, pilih produk Public Bank Anda.
- Masukkan Nombor Kad Anda.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Masukkan Security Code.
- Klik Next.
- Seterusnya, masukkan New Password.
- Pada Confirm New Password, masukkan semula kata laluan yang Anda tadi buat.
- Klik Next.
- Sila pilih opsi di bawah untuk mengesahkan permintaan Anda.
- Masukkan kod PAC yang dihantar ke nombor handphone yang berdaftar.
- Klik Next.
- Kini Anda dapat login ke akaun Anda.
- Selesai.
Nota: User ID PBe Anda akan dipaparkan pada bahagian Creation selepas Anda memasukkan nombor kad ATM dan nombor kad pengenalan Anda.
Baca juga panduan cara tukar limit transfer Public Bank melalui online.
FAQ Public Bank
Beberapa soalan lazim mengenai User ID dan Password Public Bank:
1. Macam mana cara membuat kata laluan yang kukuh?
Password yang kuat mesti mengandungi gabungan nombor, abjad dan aksara khas. Pertimbangkan untuk menggunakan gabungan huruf kecil dan besar, Contoh: B4H45A6aul
2. Saya tidak dapat meneruskan namun saya memasukkan ID sementara yang betul. Apa yang mesti saya buat?
ID sementara Anda hanya sah dalam 30 hari. Sila mohon semula untuk ID Sementara dan Kata Laluan baharu di cawangan pemegang akaun Anda.
3. User ID sementara saya disekat, apa yang mesti saya buat?
Anda telah melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan. Anda dapat hubungi sokongan pelanggan PBe di 03-2179-9999 untuk bantuan.
Itulah maklumat terkini mengenai cara reset kata laluan Public Bank online banking PBe, semoga maklumat tersebut bermanfaat.