Ramai pelanggan Maybank yang mengalami masalah tak terima notifikasi secure2u Maybank ketika akan buat pemindahan wang, ada juga pelanggan yang nak bayar bil guna maybank2u yang tak dapat notifikasi ini.
Bila Anda tak terima secure2u Maybank, tentu sahaja Anda tak boleh membuat transfer atau pembayaran bil.
Sekiranya Anda sedang mengalami masalah ini, Anda tak perlu risau sebab kami akan kongsikan 4 cara atasi masalah tak terima notifikasi secure2u Maybank yang pasti berjaya.
Cara Atasi Masalah Tak Terima Notifikasi Secure2u Maybank
Secure2u adalah ciri keselamatan dalam bentuk kod laluan sebagai satu bentuk pengesahan pelanggan untuk membuat transaksi melalui Maybank2u selain daripada User ID dan kata laluan. Secure2u berfungsi sebagai alternatif kepada SMS TAC
Sebelum ini ada yang tanya kepada kami bagaimana cara kalau kita tak terima notifikasi secure2u Maybank, apa perlu buat? Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Update Aplikasi Maybank2u
Biasanya bila Anda dah lama tak update aplikasi Maybank2u, memang Anda tidak boleh membuat transaksi untuk Maybank2u. Jadi apa yang perlu Anda lakukan adalah.
- Sila buka Google Playstore atau App Store
- Buat carian Maybank2u
- Klik butang Update, kemudian Anda perlu tunggu sehinggalah proses update dah selesai
- Selepas kemaskini aplikasi Maybank2u, Anda boleh membuat transaksi untuk Maybank2u
Melalui Aplikasi Maybank2u
Dah update tapi secure2u masih belum sampai? Cuba langkah berikut.
- Buka aplikasi Maybank2u Anda
- Jangan login terlebih dahulu, sila klik bahagian secure2u
- Lepas tu sila tunggu sebentar, dan nanti akan keluar notifikasi untuk secure2u
- Sila klik Approve, dan transaksi Anda pun berjaya
Untuk makluman, Anda juga boleh tukar kad ATM Maybank secara online melalui aplikasi Maybank2u.
Uninstall dan Install Aplikasi Maybank2u
Sekiranya cara diatas tidak berjaya menyelesaikan masalah Anda, sila ikuti langkah berikut.
- Unintsall aplikasi Maybank2u Anda
- Kemudian Anda perlu install semula aplikasi Maybank2u
- Selepas itu, sila membuat pendaftaran aplikasi secure2u seperti biasa
Customer Service Maybank
Sekiranya 3 cara diatas masih tak menyelesaikan masalah Anda, apa yang perlu Anda lakukan adalah Anda perlu menghubungi customer service Maybank di 1 300 88 6688 (Malaysia) dan +603 7844 3696 (overseas).
Alternatif selain hubungi customer service Maybank, Anda juga boleh kunjungi www.maybank2u.com.my dan gunakan perkhidmatan Live Chat untuk membantu menyelesaikan masalah Anda.
Untuk makluman, efektif pada 8 Mac 2021 jika Anda telah melakukan pendaftaran Secure2u pada telefon bimbit Anda, pengesahan transaksi perbankan Anda melalui laman M2U dibenarkan menerusi Secure Verification.
Anda hanya perlu klik Approve atau Reject dalam tempoh 30 saat tanpa perlu menunggu untuk mendapatkan SMS TAC. Penggunaan akses Secure2u akan mempermudahkan lagi setiap transaksi perbankan Anda pada masa hadapan. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu.