Bagi Anda yang selalu menggunakan Maybank2u online banking, Anda perlulah tahu bahawa nombor TAC adalah sangat penting dalam proses transaksi.
Setiap transaksi yang dibuat memerlukan pengesahan kod TAC. Sekiranya Anda tidak memasukan kod TAC tentu sahaja transaksi yang Anda lakukan tidak akan berjaya.
Kenapa tak dapat nombor TAC Maybank2u, dah request beberapa kali tapi kod TAC tak dihantar ke telefon bimbit, apa perlu buat?
Tak perlu risau, berikut kami kongsikan cara atasi atau penyelesaian tak dapat kod TAC Maybank2u.

Apakah Itu TAC
TAC adalah Transaction Authorization Code yang mempunyai 6 digit nombor yang akan dihantarkan kepada pengguna bagi melengkapkan proses transaksi online. Kod TAC ini akan dihantar melalui mesej (SMS) kepada nombor telefon pengguna yang telah berdaftar untuk menerima kod TAC.
Untuk makluman, kod TAC tidak boleh didedahkan kepada sesiapa selain pemilik akaun sendiri untuk tujuan keselamatan.
Kenapa Tak Dapat Nombor TAC Maybank2u
Ini adalah beberapa langkah yang boleh Anda lakukan sebelum Anda request SMS TAC / OTP Anda sekali lagi.
- Pastikan Anda mempunyai sambungan internet yang baik dan stabil pada handphone Anda.
- Semak tetapan spam / penghantar blok / penghantar disenaraihitamkan / blok kod pendek untuk memastikan nombor kod pendek SMS Maybank (nombor telefon 5 digit) tidak disenaraikan sebagai nombor yang disekat.
- Jika Anda telah memasang aplikasi antivirus pada handphone Anda, sila matikan atau uninstall antivirus tesebut. Kemudian request TAC sekali lagi.
- Pastikan ruang/kotak masuk SMS Anda tersedia untuk membolehkan SMS baharu diterima.
- Anda juga boleh menukar kad SIM Anda kepada peranti lain dan meminta TAC sekali lagi.
- Mulakan semula (restart) handphone Anda dan minta TAC sekali lagi.
Sekiranya masalah masih berlaku, sila kemaskini no telefon Maybank agar proses transaksi perbankan Anda sentiasa berjaya.
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai TAC Maybank2u
1. Sejak akhir-akhir ni memang susah dapat tac dari Maybank, apa perlu buat?
Untuk makluman, efektif pada 8 Mac 2021 jika Anda telah melakukan pendaftaran Secure2u pada telefon bimbit Anda, pengesahan transaksi perbankan Anda melalui laman M2U dibenarkan menerusi Secure Verification.
Anda hanya perlu klik Approve atau Reject dalam tempoh 30 saat tanpa perlu menunggu untuk mendapatkan SMS TAC. Penggunaan akses Secure2u akan mempermudahkan lagi setiap transaksi perbankan Anda pada masa hadapan.
2. Kenapa susah sangat nak dapat TAC? Dari semalam tak dapat?
Untuk makluman pengguna lain, kalau Anda tukar telco (nombor sama), sila call pihak bank untuk kemaskini maklumat Anda. Kalau tak, TAC tak dapat. Proses akan ambil masa 2 jam (maksimum 2 hari bekerja).
3. Saya tak dapat TAC sejak penukaran telco, boleh bantu?
Lazimnya, jika Anda telah menukar Telco walaupun masih mengekalkan nombor telefon yang sama, Anda perlu mengemaskini Telco tersebut untuk mengelakkan sebarang kesulitan bagi menerima TAC.
Tidak perlu bimbang, Maybank akan memberikan garis panduan kepada Anda. Bagi mengemaskini Telco Anda yang terkini Anda boleh menghantarkan SMS <Update> kepada nombor 66300. Anda boleh merujuk kepada contoh dibawah: SMS Update dan hantarkan SMS kepada nombor 66300.
4. Adakah kerana menukar telco, nombor masih sama, boleh menyebabkan kegagalan untuk mendapatkan nombor TAC?
Ya, benar bahawa Anda tidak akan menerima TAC sekiranya Anda ada melakukan pertukaran Telco dan tidak memaklumkan kepada pihak Maybank bagi pertukaran tersebut.
Maklumat Lanjut
Anda tidak perlu bimbang, Maybank sedia membantu Anda. Sila hubungi customer servie Maybank untuk bantuan lanjut.
- 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Overseas)
- Email: mgcc@maybank.com.my
- Fraud Hotline: +603 5891 4744
Itu sahaja perkongsian kali ini semoga bermanfaat.