Terlupa no pinjaman PTPTN sering dialami oleh banyak orang. Sudah tentu ada banyak sebab mengapa seseorang melupakan nombor pinjaman PTPTN, mungkin dalam jangka masa yang panjang tidak membuka akaun PTPTN secara dalam talian, dan tidak mengingat nombor itu lagi.
Sekiranya ini berlaku kepada Anda, pihak PTPTN telah menjangkakannya melalui 4 pilihan yang berbeza untuk mendapatkan nombor pinjaman Anda dengan segera.
Tenang, jangan panik, nombor akaun pinjaman PTPTN Anda pasti akan berjumpa kembali sekiranya Anda mengikuti langkah-langkah di bawah:
Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN
Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun PTPTN online, boleh guna cara dibawah ini:
- Pergi ke laman web PTPTN.
- Sila masuk menggunakan akaun PTPTN Anda.
- Pilih menu Penyata Baki.
- Klik menu Pendaftaran untuk Direct Debit.
- Klik Permohonan Baru.
- Klik Mohon.
- Maklumat Pinjaman akan terlihat beserta No Pinjaman.
Sekiranya Anda ingin buat bayaran balik PTPTN boleh melalui portal PTPTN.
Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN
Cara ini boleh Anda cuba sekiranya dahulu Anda mendaftar PTPTN secara manual dan Anda masih menggunakan email yang sama semasa buat akaun PTPTN dahulu.
- Sila buka laman PTPTN.
- Pilih Terlupa Kata Laluan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Tick I’m not a robot, Teruskan.
- Sila buka email yang berdaftar di perkhidmatan PTPTN (Email Anda yang dahulu didaftarkan semasa buat akaun PTPTN).
- Sila buat kata laluan baru, lepas tu login.
- Klik menu Penyata Baki.
- Klik menu Pendaftaran untuk Direct Debit.
- Klik Permohonan Baru.
- Kemudian akan keluar nama dan IC Anda. Klik Mohon
- Maklumat no baki pinjaman PTPTN Anda akan terlihat, sila salin dan simpan nombor.
Careline PTPTN
Tugas careline PTPTN untuk membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan nombor PTPTN.
- Hubungi careline PTPTN di nombor 0321933000.
- Anda akan diarahkan kepada perunding careline PTPTN.
- Maklumkan kepada perunding careline, Anda ingin mempunyai nombor PIN atau nombor pinjaman Anda.
- Perunding careline akan menanyakan beberapa soalan untuk pengesahan.
- Setelah disahkan, perunding careline akan memberi Anda nombor pin atau nombor pinjaman.
Whatsapp PTPTN
Anda dapat menghubungi pihak PTPTN melalui aplikasi whatsapp. Whatsapp PTPTN
Sila pilih negeri di Malaysia, seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan lain-lain.
Seterusnya sila klik pautan whatsapp tersebut, secara automatik Anda akan terhubung kepada nombor tersebut.
Itulah langkah-langkah cara dapatkan nombor pinjaman PTPTN yang boleh Anda cuba, semoga berjaya.