Minimum Balance Maybank
Minimum Balance Maybank

Minimum Balance Maybank Agar Akaun Tak Dorman

Posted on

Kita semua tahu betapa pentingnya ada akaun bank yang sentiasa aktif, lagi-lagi dengan Maybank yang memang popular di Malaysia. Tapi ramai antara kita yang masih keliru tentang berapa sebenarnya jumlah minimum yang kena ada dalam akaun supaya akaun tu tak kena ‘beku’.

Dengan simpan jumlah minimum ni, akaun kita akan sentiasa aktif dan kita pun boleh guna duit kita bila-bila masa tanpa masalah. Jom kita belajar lebih lanjut tentang baki minimum ni dan cara-cara untuk pastikan akaun kita sentiasa dalam keadaan baik.

Minimum Balance Maybank
Minimum Balance Maybank

Minimum Balance Maybank

Baki minimum akaun Maybank berbeza-beza bergantung pada jenis simpanan yang dipilih. Berikut adalah maklumat mengenai jumlah baki yang didepositkan di Maybank seperti yang dipetik dari laman web rasmi di https://www.maybank2u.com.my

Lazimnya, jumlah pengeluaran mengambil kira had minimum yang perlu dikekalkan bagi akaun Anda. Had minimum ini bergantung kepada jenis akaun yang Anda gunakan. Contohnya:

  • Kawanku Savings Account: Had minimum yang perlu dikekalkan adalah RM1.
  • Basic Savings Account: Had minimum yang perlu dikekalkan adalah RM20.
  • Maybank2u Savers: Had minimum yang perlu dikekalkan adalah RM250.
  • Maybank2u Savers-i: Had minimum yang perlu dikekalkan adalah RM250.
  • Yippie Savings Account: Had minimum yang perlu dikekalkan adalah RM1.
  • Golden Savers Savings Account: Had minimum yang perlu dikekalkan adalah RM1.
  • imteen Account: Had minimum yang perlu dikekalkan adalah RM1.

Bank menetapkan baki minimum bukan tanpa sebab. Kewujudan baki ini akan memastikan akaun bank Anda sentiasa aktif.

Walaupun Anda tidak berurus niaga dalam masa tertentu, selagi masih ada baki dalam akaun, akaun simpanan Anda akan kekal aktif.

Minimum balance Maybank dalam akaun akan digunakan oleh pihak bank untuk yuran pentadbiran akaun.

Selepas menemui akaun simpanan yang sesuai, segera buka akaun sama ada secara online atau datang ke cawangan Maybank terdekat.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah soalan lazim mengenai baki minima Maybank.

1. Berapakah minimun duit yang perlu ada dalam akaun syarikat?

Baki minimum bagi akaun semasa syarikat adalah RM1. Namun, akan terdapat caj dwi-tahunan sebanyak RM10 jika baki akaun semasa kurang daripada RM1000.

2. Berapakah minimum baki akaun MAE?

Tiada baki minima yang perlu dikekalkan dalam akaun MAE.

3. Kalau basic saving akaun berapa baki minima?

Baki minimum yang perlu dikekalkan pada setiap masa untuk akaun Basic Saving adalah RM20.

4. Berapa baki minimum yang perlu ada untuk current account?

Bagi akaun semasa, tiada baki minimum yang perlu ada.