Cara tukar kad ATM Maybank terbaru boleh dilakukan melalui mesin tukar kad ATM Maybank yang dikenali mesin KIOSK Maybank. Melalui mesin KIOSK Maybank ini, Anda boleh dapatkan kad gantian serta merta dan tak perlu beratur panjang di cawangan.
Pelanggan bank dinasihatkan untuk menukar kad ATM mereka dengan segera sebelum kad ATM expired. Sekiranya kad ATM tamat tempoh atau expired, kad debit Maybank tidak boleh digunakan untuk membuat transaksi kewangan.
Untuk mengetahui tempoh aktif kad ATM, pelanggan boleh semak pada bahagian belakang kad (valid thru). Tempoh sah (valid thru) ialah tempoh di mana pemegang kad boleh menggunakan kad debit untuk membuat transaksi, dari masa kad kredit dikeluarkan sehingga hari terakhir bulan dan tahun seperti yang dinyatakan pada kad debit.
Lokasi Mesin Tukar Kad ATM Maybank
Senarai kiosk penggantian kad debit Maybank di cawangan Maybank
- Kuala Lumpur Main
- Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
- KLCC
- Mid Valley Forex Booth
- Jalan Gombak, Kuala Lumpur
- Bangsar Baru
- Ampang Point
- Shah Alam Main
- Rawang (Jalan Bandar Rawang 2)
- Jalan 222, Petaling Jaya
- USJ 10/1G, Subang Jaya
- Puchong Jaya
- Setia Alam
- Klang (Jalan Kepayang)
- Pandan Indah
- Kajang
- Bandar Baru Bangi
- Nilai
- Seremban Main
- Batu Pahat, Jalan Zabedah
- JB Main (JB City Square)
- Muar, Johor.
- Melaka Main
- Taiping, Perak
- Penang Road (KOMTAR)
- Kangar
- Alor Setar
- Kota Bharu Main
- Kuala Terengganu
- Kuantan (Bukit Ubi)
Cara Menggunakan Mesin Tukar Kad ATM Maybank
Berikut langkah-langkah cara menggunkan mesin Kiosk Maybank.
- Kunjungi cawangan Maybank yang menyediakan mesin Express Debit Card Replacement Kiosk
- Sesampai di depan mesin Kiosk.
- Masukkan kad ATM yang ingin Anda tukar dan tekan no PIN Anda.
- Pilih jenis kad baru yang Anda inginkan.
- Masukkan MyKad Anda. Kemudian, imbas ibu jari Anda.
- Tunggu sekejap, kad ATM baru dah keluar.
Selain melalui mesin layan diri penukaran kad debit Maybank, Anda juga boleh menukar kad ATM Maybank melalui Maybank2u. Sila baca artikel cara tukar kad ATM Maybank melalui online.
Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Baru
Sekiranya Anda dah dapatkan kad ATM Maybank baru, sila ikuti langkah dibawah ini untuk aktifkan kad ATM tersebut.
Pengaktifan boleh dilakukan melalui saluran berikut:
Maybank2u
- Laman web Maybank2u (www.maybank2u.com.my)
- Log masuk ke laman web Maybank2u
- Pergi ke Settings
- Pilih Cards
- Pilih Manage Debit Cards
- Pilih Activate
ATM Maybank
- Masukkan Kad ATM Anda
- Pilih Bahasa
- Masukkan PIN Anda
- Pilih Transaksi Lain
- Pilih Perkhidmatan Lain, skrin Seterusnya
- Pilih Pengaktifan Kad
Soalan Lazim
1. Apakah yang perlu saya lakukan apabila kad debit saya akan tamat tempoh?
Anda boleh meneruskan untuk penggantian kad debit melalui Maybank2u, Kiosk Kad Debit Maybank atau cawangan Maybank terdekat.
2. Siapa yang boleh memohon penggantian Kad Debit Maybank melalui Maybank2u?
Semua Ahli Kad Debit Maybank sedia ada yang ingin menggantikan Kad Debit mereka atas sebarang sebab boleh memohon, kecuali PIN Hilang, Dicuri dan Terlupa.
3. Apakah jenis Kad Debit Maybank yang boleh diganti melalui Maybank2u?
Semua kad debit sedia ada boleh diganti dengan pengecualian yang berikut:
- Kad Debit Visa Maybank FC Barcelona
- Kad Gambar Debit Visa Maybank
- Kad Debit Visa Perdana Maybank
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu.