Maybank Debit Card Limit
Maybank Debit Card Limit

Cara Tukar Maybank Debit Card Limit Secara Online

Posted on

Pada masa ini, Maybank membenarkan pelanggan menukar had pemindahan atau transaksi. Langkah ini diambil oleh Maybank supaya pelanggan lebih selesa melakukan transaksi melalui kad ATM dan online.

Cara tukar limit kad debit Maybank senang je, Anda hanya perlu gunakan Maybank2u atau mesin ATM.

Bagi pelanggan yang ingin tingkatkan limit kad debit Maybank, boleh ikuti langkah yang kami kongsikan di bawah ini.

Maybank Debit Card Limit
Maybank Debit Card Limit

Maybank Debit Card Limit

Maybank telah menukar Had Pembelian Maksimum Kad Debit Maybank daripada RM5,000 kepada RM10,000 untuk Kad Debit Klasik dan daripada RM10,000 kepada RM20,000 untuk Kad Debit Platinum.

Pemegang kad boleh menukar had pembelian pilihan mereka melalui ATM dan laman website Maybank2u.

Kelebihan Kad Debit Maybank

Dibawah ini adalah ciri dan kelebihan kad debit Maybank:

  • Kad ATM boleh digunakan di dalam atau luar negara.
  • Bayar bil atau pindahkan wang.
  • Tetapkan had pembelian sehingga RM10,000.
  • Had pembelian lalai harian sebanyak RM3,000.
  • Beli di berjuta-juta kedai di seluruh dunia yang menerima VISA.
  • Jejaki transaksi dalam talian melalui Maybank2u.
  • Tiada keperluan pendapatan untuk permohonan, tiada kewangan dan caj lewat atau yuran tahunan.
  • Keselamatan cip pintar.

Cara Tukar Maybank Debit Card Limit Maybank2u

Anda dapat menggunakan Maybank2u untuk menukar limit transaksi kad debit Maybank Anda, berikut cara penukaran limit transaksi yang dapat Anda ikuti:

  1. Login ke Maybank2u Anda.
  2. Pilih Settings.
  3. Pilih Manage Debit Cards.
  4. Klik pada ikon edit untuk menukar had pembelian Anda. Pilih limit transaksi baru yang Anda inginkan.
  5. Klik Save/Confirm.
  6. Request Secure TAC atau SMS TAC. Klik Confirm.
  7. Status pengesahan akan dipaparkan dan SMS akan dihantar kepada Anda mengenai status limit transfer.

Baca juga cara dapatkan kad MAE Maybank dan aktifkan.

Cara Tukar Limit Transaksi Maybank di ATM

Anda juga dapat menukar limit transaksi kad debit Maybank Anda melalui ATM, sila ikuti langkah di bawah ini:

  1. Masukkan kad ATM dan No PIN Anda.
  2. Kemudian pilih Other Transaction.
  3. Pilih Other Services.
  4. Pilih Overseas/ Plus ATM Service.
  5. Pilih Activate (Temporary).
  6. Masukkan No kad pengenalan Anda (Identity Card Number) pilih Confirm.
  7. Keluarkan Kad ATM dan ambil resit.

Sila pilih cara penukaran kad debit Maybank yang paling mudah untuk Anda. Semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.