Maybank Customer Service
Maybank Customer Service

Maybank Customer Service Contact Number Email Chat

Posted on

Maybank sentiasa mengutamakan kemudahan dan keselamatan perbankan untuk setiap pelanggannya. Maybank customer service adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Maybank untuk membantu pelanggan mendapatkan maklumat yang diperlukan dan sebagai salah satu perkhidmatan untuk menyelesaikan setiap masalah pelanggan pada akaun Maybank.

Pada artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk hubungi Maybank customer service dan maklumat yang berkaitan dengan Maybank.

Maybank Customer Service
Maybank Customer Service

Maybank Customer Service

Apakah Customer Service (CS) penting? Sudah tentu, perkhidmatan pelanggan adalah sangat penting. Customer service mempunyai tanggungjawab dalam melayan aduan pelanggan yang mana pada masa akan datang juga akan menjadi penilaian kepada pihak bank itu sendiri.

Bagi Anda sebagai pelanggan Maybank, Anda tidak perlu risau apabila mengalami aduan tertentu. Kerana Maybank menyediakan Maybank Customer Service 24 hours. Maybank akan melayan aduan atau menjawab soalan pelanggan secara terperinci.

Untuk mengemukakan aduan atau bertanya sesuatu mengenai Maybank, Anda boleh hubungi melalui E-mel, Chat atau No Telefon. Anda boleh menghubungi 1-300 88 6688 (malaysia). Jika Anda berada di luar negara, Anda boleh menghubungi +603-7844 3696 (Overseas).

Pihak Maybank sedia melayani pelbagai aduan, dari masalah kad debit, kad kredit, penipuan hingga pertanyaan mengenai produk perbankan.

Maybank Customer Service 24 Hours

Bagi Anda yang menjadi mangsa penipuan ataupun jenayah, Anda boleh hubungi nombor berikut +603 5891 4744, nombor tersebut boleh Anda hubungi 24 hours atau 24 jam termasuk hari Ahad.

Maybank Customer Service Email

Anda juga dapat hubungi Maybank melalui alamat email mgcc@maybank.com.my

Untuk mempercepatkan email Anda di balas pihak Maybank, kami nasihatkan Anda untuk menyertakan:

  • Nombor Kad Pengenalan ataupun Nombor Passport
  • Nombor Akaun Maybank
  • Nombor Telefon

Maybank Customer Service Chat

Melalui Live Chat, pelanggan juga boleh bertanyakan soalan mengenai Maybank. Live Chat akan aktif dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk Cuti Umum).

Pelanggan juga boleh terlibat dalam perbualan/chatting interaktif dengan menghantar gambar atau teks. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan maklumat promosi dengan menggunakan perkhidmatan Live Chat.

Maybank Live Chat kini tersedia di Maybank2u dan aplikasi Maybank untuk semua pelanggan sahaja.

Cara hubungi Maybank customer service chat.

Laman maklumat Maybank2u

  1. Pergi ke halaman permohonan Kad Kredit atau Akaun Premier Maybank2u.
  2. Klik pada ikon Live Chat Maybank untuk memulakan percakapan/chatting.

Website Maybank2u

  1. Log masuk ke akaun Maybank2u Anda.
  2. Klik pada Contact Us dan mula percakapan/chatting.

Aplikasi Maybank

  1. Log masuk ke aplikasi Maybank Anda
  2. Klik pada menu dan pilih Need Help?
  3. Ketik pada ikon Maybank Live Chat untuk memulakan percakapan/chatting

Itulah maklumat tentang cara menghubungi customer service Maybank2u, semoga membantu.