Cara Buat Maybank Appointment ASB Temujanji Online

Posted on

Ramai pelanggan membuat pelaburan di Maybank sebab melabur dengan Pembiayaan ASB/-i adalah mudah dan menguntungkan.

ASB Maybank adalah suatu kemudahan pembiayaan berjangka berlandaskan Shariah bagi memudahkan anda untuk melabur di dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Di bawah ini kami kongsikan maklumat lengkap mengenai ASB dan cara buat appointment Maybank ASB.

Maybank Appointment ASB
Maybank Appointment ASB

Konsep Shariah

Kontrak Shariah yang digunakan untuk produk ini ialah Murabahah (kos berserta keuntungan) berdasarkan aturan Tawarruq (Komoditi Murabahah).

Ia adalah kaedah jualan di mana kos dengan harga penambahan adalah diketahui oleh Anda di mana Anda akan membayar harga dalam tempoh masa yang dipersetujui.

Aset yang mendasari urusniaga jualan merupakan komoditi khusus patuh Shariah yang boleh dipasarkan.

  1. Mengikut pembiayaan secara Komoditi Murabahah, Maybank memperoleh/membeli komoditi patuh Shariah daripada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 1) atas permintaan Anda.
  2. Maybank kemudian menjual komoditi kepada Anda dengan harga jual bank yang terdiri daripada harga komoditi campur margin/keuntungan Maybank. Anda membayar secara berjangka dalam tempoh masa yang dipersetujui.
  3. Kemudian, Anda akan melantik Maybank sebagai wakil untuk menjual komoditi kepada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 2).
  4. Maybank, sebagai wakil Anda kemudian menjual komoditi kepada pihak ketiga (Peniaga Komoditi 2) pada harga jual mengikut amaun pembiayaan.
  5. Hasil penjualan komoditi akan diremit kepada Anda, vendor atau pihak berkepentingan mengikut terma dan syarat pembiayaan.

Untuk transaksi Komoditi Murabahah di bawah kemudahan pembiayaan ini, pada setiap masa Maybank menjadi ejen bagi pihak Anda, dalam melaksanakan transaksi Komoditi Murabahah.

Cara Buat Appointment Maybank ASB

Sekiranya Anda mempunyai pertanyaan atau aduan mengenai ASB, kami nasihatkan Anda untuk membuat temujanji setelah itu kunjungi cawangan yang Anda pilih.

Cara buat appointment ASB sangat mudah, Anda hanya perlu isikan maklumat seperti nama, no kad pengenalan, tarikh dan masa.

  1. Buka pautan Appointment ASB Maybank.
  2. Pilih Multiple banking transaction, remittance and fixed deposit and ASNB Cara Buat Appointment Maybank ASB
  3. Isikan borang temujanji Maybank. Sila pilih tarikh dan masa yang sesuai untuk Anda. Sebaik sahaja Anda telah menjadualkan janji temu, Anda akan menerima pemberitahuan dengan butiran janji temu Anda.

Keselamatan pelanggan dan pegawai Maybank adalah keutamaan Maybank. Semua pegawai di cawangan Maybank telah diberi vaksin sepenuhnya, dan Maybank berharap Anda juga begitu.

Sebelum Anda kunjungi cawangan Maybank, sila pastikan Anda:

  • Tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19.
  • Adalah dikategorikan di bawah risiko rendah dalam profil MySejahtera.
  • Tidak bersentuhan rapat dengan seseorang yang positif Covid-19.

Jika Anda tidak memenuhi mana-mana perkara di atas, sila jadualkan semula temujanji Anda. Untuk pilihan yang lebih selamat dan mudah, sila gunakan website M2U, aplikasi M2U MY atau aplikasi MAE. Pihak Maybank menghargai pemahaman Anda tentang perkara ini.