Lupa Username Password Affin Bank
Lupa Username Password Affin Bank

Lupa Username Password Affin Bank Online AffinAlways

Posted on

Perkhidmatan perbankan internet AffinAlways telah menjadi perkhidmatan yang perlu dimiliki oleh pelanggan, kerana dengan perkhidmatan ini setiap transaksi akan menjadi lebih mudah dan selamat.

Lalu bagaimana jika tak boleh login AffinAlways sebab lupa username dan password? Terlupa username dan password Affin Bank online sering berlaku kepada pengguna yang dah lama tidak menggunakan perkhidmatan Affin Bank online banking AffinAlways.

Bagi Anda yang ingin dapatkan semula hak akses akaun Affin Bank online banking/AffinAlways Anda tidak perlu risau, sebab kami akan kongsikan step cara reset password dan cara dapatkan username Anda secara online tak perlu kena pergi ke kaunter. Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Lupa Username Password Affin Bank
Lupa Username Password Affin Bank

Lupa Username Affin Bank

Sekiranya Anda tak boleh login perkhidmatan internet banking Affin Bank kerana terlupa username, Anda boleh dapatkan semula username Anda dengan ikuti step berikut:

  1. Buka pautan rasmi Affin Bank online banking https://www.affinalways.com
  2. Klik Login > Personal.
  3. Klik Forgot Username. Forgot Username Affin Bank Online
  4. Pilih Jenis Kad Anda. Maklumat Forgot Username Affin Bank
  5. Masukkan Nombor Kad Anda.
  6. Pilih Jenis Kad Pengenalan.
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  8. Masukkan PIN Kad Anda.
  9. Klik Request TAC.
  10. Nombor TAC akan dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
  11. Klik Continue.
  12. Username Anda akan dipaparkan pada skrin.
  13. Selesai.

Lupa Password Affin Bank

Bagi Anda yang lupa password AffinAlways atau Affin Bank online, Anda boleh reset password AffinAlways melalui cara berikut:

Card with PIN

Cara yang pertama iaitu Anda boleh memulihkan password Anda menggunakan Card with PIN:

  1. Lawati pautan rasmi Affin online https://www.affinalways.com
  2. Klik Personal.
  3. Klik Forgot Password. Forgot Password Affin Bank Online
  4. Klik Card with PIN. Card with PIN Affin Bank
  5. Klik Continue.
  6. Masukkan Username akaun Anda. Lupa Password Affin Bank
  7. Pilih Jenis Kad Affin Bank Anda.
  8. Masukkan Nombor Kad Anda.
  9. Masukkan Nombor PIN Kad.
  10. Klik Request TAC.
  11. Masukkan Kod TAC yang dihantar melalui SMS.
  12. Klik Continue.
  13. Cipta Kata Laluan baru.
  14. Sahkan Kata Laluan Anda.
  15. Klik Login.
  16. Selesai.

Challenge Questions

Cara yang kedua iaitu melalui Challenge Questions. Anda hanya perlu masukkan jawapan mengenai soalan yang diberikan:

  1. Buka laman web https://www.affinalways.com
  2. Klik Personal.
  3. Klik Forgot Password. Forgot Password Affin Bank Online
  4. Klik Challenge Questions. Challenge Question Affin Bank
  5. Klik Continue.
  6. Masukkan Username akaun Anda.  Lupa Password Challenge Question
  7. Klik Continue.
  8. Masukkan Jawapan untuk semua soalan yang disediakan.
  9. Klik Request TAC.
  10. Masukkan TAC 6 digit yg dihantar melalui SMS.
  11. Klik Continue.
  12. Buat Kata Laluan baru.
  13. Sahkan Kata Laluan baru.
  14. Klik Login.
  15. Selesai.

Macam mana kalau tidak dapatkan TAC di telefon bimbit, apa perlu buat? Untuk penyelesaian masalah ini, Anda boleh baca cara kemaskini no telefon Affin Bank.

Sebab Terlupa Nama Pengguna dan Kata Laluan AffinAlways

Sebab lupa nama pengguna dan kata lalauan selalunya disebabkan oleh beberapa faktor. Tetapi secara amnya, masalah terlupa nama pengguna dan password disebabkan oleh perkara berikut:

  • Nama pengguna dan kata laluan dibuat daripada gabungan huruf dan nombor yang sukar diingat.
  • Nama pengguna dan kata laluan mempunyai nombor dan aksara khas yang jarang digunakan.
  • Mengingati terlalu banyak nama pengguna atau kata laluan untuk mengakses log masuk aplikasi lain.

Semoga perkongsian diatas boleh membantu dapatkan semula hak akses akaun online banking Anda.