Pelanggan OCBC Bank dinasihatkan untuk menukar kata laluan OCBCB internet banking mereka secara berkala, untuk tujuan keselamatan akaun. Supaya akaun internet banking Anda tidak mudah digodam atau terkena hacking.
Walau bagaimanapun, disebabkan perubahan password yang kerap, Anda mungkin terlupa kata laluan perbankan internet OCBC Anda. Tapi jangan risau kerana kami boleh bantu Anda untuk menyelesaikan masalah terlupa kata laluan OCBC online Anda.
Lupa Login ID dan password OCBC online banking sering terjadi kepada sebahagian pelanggan yang sudah lama tidak log masuk system atau akaun profile OCBC Bank. Di bawah kami kongsikan cara dapatkan kembali akaun OCBC internet banking Anda.
Lupa Username OCBC Online
Bercakap tentang perbankan internet OCBC, Anda sudah tentu akan menerima ID Pengguna dan diminta untuk membuat kata laluan apabila Anda telah mendaftar untuk perkhidmatan tersebut.
Kemudian, ID Pengguna dan kata laluan mesti dimasukkan setiap kali Anda ingin membuat transaksi menggunakan Perbankan Internet OCBC.
Jika Anda tak boleh login OCBC internet banking, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk dapatkan maklumat Login ID Anda:
- Lawati pautan rasmi OCBC Bank https://internet.ocbc.com.my
- Klik Forgot Login ID/Password?
- Pilih Jenis Kad OCBC Bank Anda.
- Masukkan Nombor Kad Debit Anda.
- Masukkan Expire Date Kad/PIN Anda.
- Pilih Jenis Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Date of Birth Anda.
- Masukkan Kod Captcha yang tersedia.
- Klik Next.
- Username akaun Anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Jika Anda mahu kemaskini no telefon, Anda boleh baca panduan cara tukar no telefon OCBC bank yang telah kami kongsikan.
Lupa Password OCBC Internet Banking
Sekiranya Anda terlupa kata laluan OCBCB online, Anda boleh ikuti langkah di bawah ini:
- Buka pautan rasmi OCBC Bank di https://internet.ocbc.com.my
- Klik Forgot Login ID/Password?
- Kemudian, pilih Jenis Kad OCBC Bank Anda.
- Masukkan Nombor Kad Debit akaun Anda.
- Masukkan Expire Date Kad/PIN Anda.
- Seterusnya, pilih Jenis Kad Pengenalan yang Anda inginkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Date of Birth Anda.
- Masukkan Security Extra.
- Klik Next.
- Sila buat Password Baharu yang Anda inginkan.
- Sahkan sekali lagi Password Baharu Anda.
- Klik Confirm.
- Selesai.
Check Login ID Melalui ATM OCBC
Pergi kemana-mana mesin ATM OCBC terdekat, selepas itu sila ikuti langkah berikut:
- Masukkan kad ATM OCBC
- Masukkan PIN ATM OCBC
- Pilih menu Other/Lainnya
- Pilih menu ADM/Daftar e-Banking/Register e-Banking
- Pilih Online Banking selepas itu pilih Check Login ID
- Login ID/User ID Anda akan terpapar di skrin.
FAQ OCBC Bank
Beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan OCBC Bank:
1. Bagaimana saya boleh mengakses OCBC OneTouch?
OCBC OneTouch tersedia pada aplikasi perbankan mudah alih OCBC pada telefon Iphone dan Android. Anda dapat memuat turun atau mengemas kini kepada aplikasi Perbankan Mudah Alih OCBC terkini.
2. Bolehkan pembayaran Bil melalui JomPAY?
Urus niaga pembayaran bil dapat melalui JomPAY tertakluk kepada Tempoh Pembayar Standard JomPAY yang dikeluarkan oleh MyClear.
3. Berapa withdrawal limit OCBC Bank?
Had untuk pengeluaran tunai tempatan dan luar negara adalah RM300, RM1,000, RM2,000, RM3,000 atau RM5,000 sehari bergantung pada had harian yang Anda telah mendaftar. Anda boleh menyesuaikan had pengeluaran Anda melalui ATM, Perbankan Internet atau di mana-mana cawangan OCBC.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.